Thursday, 29 July 2021

Hadith dosa bersih seperti bayi selepas bangun dari tidur jika ia bersabar

 Matan hadith

 

 

(شَدَّادُ:) سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ : " إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنًا ، فَحَمِدَنِي وَصَبَرَ عَلَى مَا ابْتَلَيْتُهُ بِهِ ، فَإِنَّهُ يَقُومُ مِنْ مَضْجَعِهِ ذَلِكَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ مِنَ الْخَطَايَا

 

Terjemahan

 

Aku pernah mendengar Nabi saw bersabda: “Allah telah berfirman: Sekiranya Aku uji salah seorang hambaKu yang mukmin, lalu ia memujiKu seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat tidurnya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 17118, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 7/279 no. 7136, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya 9/309, daripada Syaddad bin Aus ra.

 

Ibnu Katsir menilai hadith ini sahih dalam Jami’ al-Masanid wal Sunan no. 5138.

 

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini sahih lighairih.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini hasan dalam Sahih Targhib no. 3423

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...