Thursday, 29 July 2021

Hadith fadhilat berqurban

 

Matan hadith

 

 

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

 

Terjemahan

 

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban)

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 1493, Ibnu Majah no. 3126daripada Aisyah ra.

 

Imam al-Tirmidzi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib

 

Imam Bukhari menilai hadith ini mursal dalam al-‘Ilal al-Kabir no. 244

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani

 

Al-Mizi dalam Tahdzibut Kamal 22/11 mengatakan terdapat perawi yang dikritik munkarul hadith oleh Abu Hatim  iaitu Abu Musni al-Khazaie.

 

Ibnu Arabi dalam ‘Aridhah al-Ahwadzi 4/3 mengatakan tidak terdapat hadith sahih mengenai fadhilat berqurban.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...