Rasulullah saw bersabda:
أَحِبُّوا الْعَرَبَ لِثَلاثٍ : لأَنِّي عَرَبِيٌّ ، وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ ، وَكَلامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ
Cintailah oleh kamu akan Arab
kerana tiga hal: kerana aku orang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan pembicaraan
ahli syurga dengan bahasa Arab”. (HR. At- Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir no.
11441, al-Hakim 4/97, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 2/699, daripada Ibnu Abbas
ra, munkar dan tiada asal menurut al-Uqaili dalam Dhuafa’ al-Kabir 3/349, palsu
menurut az-Zahabi)
dan
سَلْمَانَ، قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا سَلْمَانُ لَا تَبْغَضْنِي فَتُفَارِقَ دِينَكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَبْغَضُكَ وَبِكَ هَدَانَا اللَّهُ؟
.قَالَ: تَبْغَضُ العَرَبَ فَتَبْغَضُنِي
Dari Salman Radhiyallahu ‘anhu,
“Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda,’Wahai Salman, janganlah
engkau membenciku, dengan begitu maka engkau akan meninggalkan dienmu . Aku
berkata,’Wahai Rasulullah, bagaimana aku membenci padamu sedangkan melalui
padamu Allah memberi petunjuk kepada kami?’ Rasulullah bersabda,’Engkau membenci
Arab, maka engkau membenciku'”. (HR. Tirmidzi no. 3927, hadith hasan gharib
menurut Imam Tirmidzi, dhaif menurut syeikh al-Albani).
Kemudian dalam HR. At-Tirmidzi
no. 3928, Rasulullah bersabda;
مَنْ غَشَّ الْعَرَبَ لَمْ يَدْخُلْ فِي شَفَاعَتِي وَلَمْ تَنَلْهُ مَوَدَّتِي
Barangsiapa menipu orang-orang
Arab, maka ia tidak akan masuk dalam syafaaatku, dan tidak pula mendapatkan
kasih sayangku (di Akhirat) (Hadith gharib menurut Imam Tirmidzi, dhaif jiddan
atau palsu menurut Ibn Baz, palsu menurut syeikh al-Albani).
Ketika seseorang membenci bangsa
Arab secara umum, maka ia telah membenci Rasulullah secara khusus atau ketika
ia membenci bangsa Arab, maka hal itu boleh membuatnya membenci Rasulullah Shalallahu
Alaihi Wasallam. Maka hendaklah kita mewaspadai akan hal ini (Tuhfah Al
Ahwadzi, 9/398).
حُبُّ الْعَرَبِ إِيمَانٌ، وَبُغْضُهُمْ نِفَاقٌ
Mencintai Arab adalah bukti
keimanan, sedang membenci mereka adalah kemunafikan (HR. Hakim no. 6998,
daripada Anas bin Malik ra, dhaif
menurut az-Zahabi dan juga syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2683)
No comments:
Post a Comment