Diceritakan dari Za’dzan,
diceritakan dari Sahabat Abdullah bin Mas’ud, diceritakan dari Sahabat Salman
Al-Farisi bahawa dahulu kala hiduplah seorang wanita yang cantik di
tengah-tengah penduduk Bani Israil. Tak hanya cantik, tetapi wanita ini juga
kaya raya dan ahli fitnah dengan kecantikan dan keanggunannya.
Rumah wanita itu selalu terbuka
lebar setiap harinya, sedangkan dia duduk telentang di atas ranjang tepat lurus
pada pintu rumahnya, sehingga setiap lelaki yang melewati rumah itu termakan
fitnah oleh kecantikannya dan tertarik untuk mendekatinya. Kemudian, wanita itu
meminta kepada setiap pelanggan untuk memberikan wang sebesar 10 keping dinar
atau lebih untuk bisa menggaulinya.
Suatu hari seorang lelaki yang
merupakan abid (orang yang ahli beribadah) dari penduduk Bani Israil melewati
rumah pelacur wanita itu. Tanpa sengaja dia melihat rumah yang terbuka dan di
dalamnya duduk seorang wanita nan cantik jelita. Hati lelaki itu pun hanyut oleh
kecantikan wanita itu, rasa ingin menggauli wanita itu.
Hati lelaki itu pun dipenuhi oleh
rasa dilema sehingga dia memohon kepada Allah SWT untuk menghilangkan hasrat
dan nafsu dalam dirinya. Namun, keinginan nafsunya tak kunjung hilang bahkan
semakin menjadi-jadi. Akalnya pun terkalahkan oleh keinginan nafsu yang semakin
membakar hati. Untuk memanuhi hasrat nafsunya, lelaki itu pun akhirnya menjual
kain tenun dan mengumpulkan wang sedikit demi sedikit hingga sampai beberapa
keping dinar, sesuai yang dibutuhkan.
Lelaki itu pun mendatangi wanita
pelacur tersebut, dan dia meminta kepada lelaki itu untuk menyerahkan wangnya
kepada perwakilan wanita itu. Lelaki itu pun diminta untuk memasuki sebuah rwang
khusus yang telah disediakan. Di sana, wanita itu berhias dengan cantiknya dan
duduk di atas ranjang. Lelaki itu pun segera mendekatinya dan duduk di samping
wanita cantik itu di atas ranjang.
Tak lama kemudian, wanita itu pun
membeberkan badannya sambil telentang dan siap untuk dimangsa. Namun, atas
rahmat Allah SWT dan berkat rutinitas ibadah yang dilakukan, hati lelaki itu
pun membisikkan hal lain, “Sesungguhnya Allah SWT melihatku dalam keadaan buruk
ini di atas Arsy, sedangkan aku melakukan perkara haram, maka leburlah semua
amalku”.
Hati lelaki itu menjadi semakin
takut akan ke-Esaan Allah, tubuhnya gemetaran, dan wajahnya pun mulai memucat.
Wanita yang tengah bersiap itu melihat wajah lelaki di hadapannya menjadi
pucat, dia pun bertanya kepada lelaki itu, “Apa yang sedang terjadi padamu ?”.
Lelaki yang ketakutan itu pun menjawab,
“Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT, Tuhanku, maka izinkanlah aku untuk
keluar !”.
Wanita cantik itu pun berkata,
“Sesungguhnya kebanyakan orang akan menginginkan apa yang telah mereka dapatkan,
maka kerjakan apa yang sekarang ada padamu !”.
Lelaki itu pun menjawab,
“Sesungguhnya aku takut kepada Allah yang Maha Agung atas Pujian-Nya,
sesungguhnya harta yang telah aku berikan kepadamu adalah milikmu secara
halal”.
Kemudian, wanita cantik itu bertanya,
“Apakah kamu belum pernah melakukan ini (zina) sekalipun ?”. Lelaki itu pun
menjawab, “Tidak”. Wanita itu pun bertanya untuk terakhir kalinya, “Dari mana
asalmu dan siapa namamu ?”.
Lelaki itu pun memberitahu nama
dan tempat tinggalnya kepada wanita itu sebelum dia pergi meninggalkannya. Dan
selama dia pergi meninggalkan wanita itu, dia bergumam dengan sendirinya,
“celaka dan kerusakan” sembari meneteskan air mata.
Rupanya, setelah kejadian itu,
wanita cantik itu pun terketuk hatinya atas rahmat Allah SWT dan berkah lelaki
itu, perasaan takut kepada Tuhan pun semakin bermunculan dalam hatinya,
sampai-sampai dia berkata kepada dirinya sendiri, “Orang itu telah melakukan
awal perbuatan dosa, namun hatinya telah dimasuki oleh ketakutan pada Tuhannya.
Sedangkan aku telah melakukan perbuatan dosa selama sekian tahun, dan Tuhan
yang dia takuti adalah Tuhanku, maka seharusnya ketakutanku lebih besar
daripada ketakutannya”.
Saat itu pula, wanita itu pun
semakin sadar dan semakin takut kepada Allah SWT, dia menutup pintu rumahnya, dia
mengenakan pakaian yang kusut nan lama sebagai bentuk kehinaan diri dan mulai
melakukan ibadah atas kehendak Allah SWT.
Wanita itu pun mulai berpikr dan
berkata pada dirinya sendiri, “Sesungguhnya jika aku bisa menemui lelaki itu,
mungkin dia bisa menikahiku dan aku ada di sisinya, aku akan belajar darinya
tentang perkara agamaku, dan dia bisa menjadi penolong bagiku untuk melakukan
ibadah kepada Tuhanku”.
Atas izin dan rahmat Allah SWT,
wanita cantik itu pun pergi untuk mencari lelaki yang telah menyadarkan dirinya
dengan membawa beberapa bekal dan harta dalam perjalanan. Sampailah dia pada
perkampungan tempat tinggal lelaki itu seperti apa yang telah dia tanyakan pada
lelaki itu tempoh hari.
Wanita itu pun menanyakan tentang
keberadaan dan tempat tinggal lelaki itu kepada para penduduk desa, mereka pun
mengantarkan wanita itu untuk menemui lelaki itu. Sesampainya wanita itu di depan rumah lelaki
itu, penduduk desa memberitahu bahawa ada seorang wanita datang dari jauh
mencarinya.
Lelaki itu pun keluar dari dalam
rumahnya untuk menemui serang wanita yang mencarinya, sedangkan wanita itu pun
membuka cadar agar lelaki itu mengetahui dirinya. Namun, alangkah begitu
terkejutnya bahawa wanita yang mencarinya adalah seorang pelacur waktu itu.
Lelaki itu mengingat tentang apa
yang hendak terjadi antara dirinya dan wanita itu, seketika itu pula lelaki itu
menjerit keras kemudian tubuhnya jatuh tersugkur di atas tanah. Ya, lelaki itu
pun meninggal dunia saat itu pula.
Setelah proses pemakaman selesai,
wanita cantik itu pun masih terlihat sedih, dia datang jauh-jauh untuk tujuan
baik demi menemui lelaki itu, namun saat itu lelaki itu meninggal dunia.
Kemudian wanita itu pun bertanya kepada para penduduk, “Apakah dia memiliki
seorang keluarga yang memerlukan isteri ?”.
Para penduduk desa pun menjawab
kepada wanita cantik itu, “Dia memiliki seorang saudara yang soleh, tetapi
sensara dan tidak memiliki harta”. Wanita itu dengan senang hati berkata,
“Tidak masalah, kerana sesungguhnya aku memiliki harta yang cukup untuk kita”.
Pada akhirnya, wanita cantik itu
pun menikah dengan lelaki soleh yang miskin, yang merupakan saudara dari lelaki
yang dicarinya. Dari pernikahan keduanya, Allah SWT mengaruniai tujuh
keturunan, yang mana tujuh keturunan mereka merupakan nabi pada masa Bani
Israil. Hal ini dikeranakan berkah dari ketaatan, niat baik nan tulus, dan
keteguhan hati untuk bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.
Takhrij
Kisah ini dinukilkan oleh Imam
Nawawi Al-Bantani dalam Kitab Tanqihul Qaul, Bab Ke-23, Keutamaan Taubat dan ditemukan
dalam Tanbih al-Ghafilin hal. 42-43 karya asy-Syaikh al-Alim al-Faqih Abi Laits
as-Samarqandi, Durratun Nashihin hal. 204-205, Irsyadul Ibad hal. 106,
Manahijul Imdad syarah Irsyadul Ibad
2/474-475, Rawdhur Rayyahin hal. 161.
Ia merupakan sebuah hikayat
seperti disebutkan oleh penulis dengan perkataan diceritakan, jelaslah ia
sebuah kisah yang tidak diketahui bukti akan kesahihannya.
Dan hampir kesemua kitab yang
disebutkan di atas juga bermasalah, kerana banyak memuatkan hadith-hadith tidak
sahih bahkan palsu dan cerita-cerita hikayat terutamanya Durratun Nasihin dan Tanbihul
Ghafilin.
Syeikh Abu al-Fadhl al-Ghumari
Rahimahullah berkata: Dan kitab Tanbih al-Ghafilin terkandung padanya hadith-hadith
dhaif dan palsu. Maka tidak dikehendaki kepada orang awam yang tidak mengetahui
yang sahih daripada yang palsu untuk membacanya (al-Hawi Fi al-Fatawa Abu
al-Fadhl al-Ghumari 3/4).
Terutama setelah penelitian Dr KH
Ahmad Lutfi Fathullah, menemukan sebanyak 251 hadith palsu (30%) di dalamnya.
Sementara yang lemah (dhaif) 180 hadith (21,5%), amat lemah 48 hadith (5,7%),
dan belum dapat dipastikan sebanyak 56 hadith (6,7%). “Yang terakhir ini
dikategorikan demikian kerana hadith-hadith tersebut tak dikenali perawinya
atau bila dikenal, sanadnya tak diketahui.
Penemuan Kiai Lutfi ini diperkuat
dari penjelasan KH A Musta’in Syafi’i, salah satu wasiat Hadratussyaikh KH M
Hasyim Asy’ari kepada santri Tebuireng iaitu agar murid-muridnya tidak
mempelajari atau mengajarkan kitab Durratun Nasihin kecuali apabila mampu menjelaskan
hadith-hadith lemah dan palsu yang ada di dalamnya.
“Kitab Durratun Nasihin memuat
beberapa hadis lemah, untuk menjaga santri maka diingatkan agar tidak
mempelajarinya,” ujar Kiai Mustain.
Rujukan
Al-Kafi li al-Fatawi no. 675
https://www.tebuireng.co/wasiat-kh-hasyim-asyari-dan-larangan-belajar-kitab-durratun-nashihin/
https://syukrillah.wordpress.com/tag/hadis-palsu-dalam-kitab-durratun-nashihin/
No comments:
Post a Comment