Monday, 15 November 2021

Hadith mengusap dahi dan wajah setelah solat

 

Dari jalur Anas bin Malik ra..

 

a.      Diriwayatkan oleh Ibnu As-Sunni dalam kitabnya 'Amal al-Yaum wa al-Lailah no.112:

 

قال: أَخْبَرَنَا سَلْمُ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَنْبَسَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ الْحَوْضِيُّ، حَدَّثَنَا سَلَّامٌ الْمَدَائِنِيُّ، عَنْ زَيْدٍ الْعَمِّيِّ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ قَالَ: «أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ»

 

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- jika sesesai dari solatnya beliau mengusap dahinya dengan tangan kanan kemudian membaca: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha pemurah dan Maha penyayang, Ya Allah jauhkanlah dari ku beban fikiran dan kesedihan".

 

 

Syekh Albani –rahimahullah- mengatakan: Sanad hadith ini palsu, yang dicurigai sebagai pemalsunya adalah Sallam Al-Madaini Ath-Thawiil, ia adalah seorang pembohong.

 

Dan Zaid Al-'Ammi juga lemah periwayatannya.

 

 

b.      Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam kitabnya Mu'jam Al-Awsath 3/289 no. 3178:

 

قال : حدثنا بكر قال نا عبد الله بن صالح قال نا كثير بن سليم اليشكري عن أنس بن مالك أن النبي صلى الله عليه و سلم كان إذا صلى وفرغ من صلاته مسح بيمينه على رأسه وقال: بسم الله الذي لا إله إلا هو الرحمن الرحيم اللهم أذهب عني الهم والحزن

 

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- jika solat dan sesesai dari salatnya beliau mengusap kepalanya dengan tangan kanan kemudian membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ya Allah jauhkanlah dari ku beban fikiran dan kesedihan".

 

 

Syekh Albani mengatakan: Sanad hadith ini sangat lemah kerana Katsir bin Sulaim; Imam Bukhari dan Abu Hatim mengatakan: Periwayatan hadithnya mungkar (sangat lemah). An-Nasaie dan Al-Azdi mengatakan: Periwayatan hadithnya ditolak (matruk).

 

 

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Adi dalam kitabnya Al-Kamil 6/64:

 

قال : حدثنا بن ذريح ثنا جبارة ثنا كثير عن أنس كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بيمينه ثم يقول : بسم الله الذي لا إله غيره اللهم أذهب عني الهم والحزن ثلاثا

 

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- ketika sesesai dari solatnya beliau mengusap dahinya dengan tangan kanan kemudian membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya, Ya Allah jauhkanlah dari ku beban fikiran dan kesedihan" tiga kali.

 

 

Syekh Albani mengatakan: Katsir bin Sulaim, periwayatan hadithnya lemah. Begitu pula dengan Jubarah bin Al-Mugallis, bahkan ia lebih lemah dari Katsir kerana sebagian ulama menuduhnya sebagai pembohong.

 

[Silsilah Hadith Dhaif no.660, 1058]

 

 

c.       Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim Al-Ashbahani dalam kitabnya Akhbar Ashbahan 2/104:

 

قال : ثنا عبد الرحمن بن محمد بن حماد الطهراني ، ثنا الحسن بن يزيد الجصاص ، ثنا داود بن المحبر ، ثنا العباس بن رزين مصطفى السلمي ، عن جلاس بن عمرو ، عن ثابت البناني ، عن أنس بن مالك ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ، ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول : « بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم ، اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت ، أعوذ بك من شر ما اقترفت ، وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا ومن عذاب الآخرة »

 

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- jika solat dan sesesai dari salatnya beliau mengusap dahinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian meneruskannya mengusap wajah sampai janggotnya, kemudian membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain  Dia, Yang mengetahui yang gaib dan nyata, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ya Allah ..

 

jauhkanlah dari ku kesulitan, kesedihan, dan beban fikiran, Ya Allah .. dengan pujian-Mu aku selesai solat, dan dengan dosa-dosaku aku mengakui, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku lakukan, dan aku berlilndung kepada-Mu dari sulitnya cubaan dunia dan siksaan akhirat".

 

 

Syekh Albani mengatakan: Sanad hadith ini palsu, diantara perawinya ada Daud bin Al-Muhabbar seorang pembohong.

 

Dan Al-'Abbas bin Raziin As-Sulami; aku tidak mengetahuinya.

 

[Silsilah Hadith Dhaif no.1059]

 

 

d.      Diriwayatkan oleh Aslam Al-Wasithi dalam kitab Tarikh Wasith hal.130:

 

قال : ثنا عمار بن خالد عن محمد بن يزيد عن عنبسة بن عبد الواحد الواسطي عن عمرو بن قيس قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا انصرف من صلاته مسح جبهته بيده اليمنى وقال : بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم اللهم ، أذهب عني الهم والحزن

 

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- jika solat dan sesesai dari salatnya beliau mengusap dahinya dengan tangan kanannya, kemudian membaca: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan nyata, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Ya Allah .. jauhkanlah dari ku beban fikiran, dan kesedihan".

 

 

Syekh Albani mengatakan: Sanad hadith ini lemah dan terputus (mursal), Amru bin Qais adalah seorang tabien (tidak bertemu dengan Rasulullah).

 

Dan 'Anbasah bin Abdu Al-Waahid Al-Wasithi,  aku tidak mendapatkan biografinya.

 

[Silsilah Hadith Dhaif no.3904]

 

 

Majlis Fatwa "Al-Lajnah Ad-Daimah" Saudi Arabiyah ditanya: Apakah disunatkan mengusap wajah setelah salam dari salat?

 

 

Jawapannya: Hal itu tidak disunatkan, dan kami tidak mengetahui hadith tentang itu (yang sahih) dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam baik itu dari perkataan mahupun perbuatannya. Dan tidak pula diketahui (dinukil) dari sahabat Rasulullah sebagaimana yang kami ketahui. Dan yang terbaik dari segala kebaikan adalah Al-Ittibaa' (mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya dalam beribadah), dan keburukan adalah Al-Ibtidaa' (mengada-adakan dalam urusan ibadah). [Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah 7/72]

 

 

Dari Malik bin Al-Huwairits radhiyallahu 'anhu; Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 

 

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي [صحيح البخاري]

 

"Solatlah kalian (dengan cara) seperti kalian melihatku solat". [Sahih Bukhari]

 

 

Rujukan

 

https://umar-arrahimy.blogspot.com/2012/12/mengusap-dahi-dan-wajah-setelah-salat.html?m=1

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...