Matan hadith
الْمُخْتَلِعَاتُ وَالْمُنْتَزِعَاتُ هُنَّ الْمُنَافِقَاتُ
Terjemahan
Isteri-isteri yang minta khuluk
dan mencabut diri (dari pernikahan),mereka itu wanita-wanita munafik
Takhrij
HR. Ibnu Abi Syaibah dalam
Musannafnya no. 15707, an-Nasaie no. 3461, Ahmad no. 9347, daripada Abu
Hurairah ra.
Terdapat perbezaan di kalangan
ulama.
Sebahagiannya menilai hadith ini
tidak sahih, seperti Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad Ahmad no. 9358, dan
di https://islamarchive.cc/H_96620
Sanadnya sahih menuruth Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 632
Syeikh Ahmad Syakir menilai
hadith ini sahih dalam Umdatul Tafsir 1/279
Hadith ini punca masalah dia pada
rantai sanad, apakah Hasan al-Basri mendengar dari Abu Hurairah ra
Sukar nak tentukan 100% ni sahih
atau dhaif ...kerana terdapat perbezaan yang kuat dikalalngan ulama dalam
menentukan apakah Hasan al-Basri mendengar dari Abu Hurairah atau tidak.
-Jika ia, hadith itu menjadi
sahih
-Jika tak, hadith itu menjadi
dhaif (Nasbur Rayah 2/476).
Walaupun beliau melakukan tadlis,
sebahagian ulama menerima hadithnya untuk dijadikan hujjah apabila beliau
menyebutkan haddatsana seperti dinukilkan az-Zahabi dalam al-Tadzkirah hal.
301.
dan Ibnu Hajar menerima tadlis
dari Hasan al-Basri kerana beliau termasuk kategori tabien yang tinggi (Kibarit
tabien) dan an'anah dari beliau bermaksud benar dia melakukan tadlis dan
tadlisnya itu tidaklah sama dengan tadlis muhadditsin yang lain (tadlis
khafi)(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 91675; al-Mursal al-Khafiy Wa ‘Alaqatuhu Bi
At-tadlis hal. 452).
Lagipun terdapat hadith penguat
lain dari sahabat Tsauban ra. (HR. Tirmidzi no. 1186, dari Uqbah bin Amr (HR.
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 17/339).(Fatwa Soaljawab Islam no. 117185).
Maka orang awam boleh saja taqlid
mana mana pendapat yang mereka yakini.
No comments:
Post a Comment