Monday, 15 November 2021

Solat sebelum peristiwa israk mikraj

 

1. Ya solat telah wujud, malah lebih lama lagi, pada zaman para Nabi terdahulu pun ada syariat solat.

 

Nabi saw dan para sahabat telahpun melakukan solat sebelum menerima perintah kefardhuan solat 5 waktu. Nabi diperintahkan solat semenjak wahyu pertama turun:-

 

أن جبريل أتاه في أول ما أوحي إليه فعلمه الوضوء والصلاة

 

Jibril datang kepada Rasul ketika menyampaikan wahyu pertama dan mengajarkan Rasul wudhu dan solat (HR. Ahmad 5/203, ad-Daraquthni no. 390, sanadnya hasan menurut syeikh al-Albani).

 

وقال ابن عباس: حدثني أبو سفيان في حديث هرقل، فقال يأمرنا، يعني النبي صلى الله عليه وسلم، بالصلاة والصدق والعفاف

 

Ibnu Abbas berkata, dari Abu Sufyan tentang hadith Heraklius, bahawa Nabi SAW memerintahkan kami solat, jujur, dan menjaga harga diri (HR. Bukhari no. 7).

 

Ibnu Rajab menegaskan:

 

 والأحاديث الدالة على أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يصلي بمكة قبل الإسراء كثيرة

 

Hadith yang menunjukkan Nabi mengerjakan solat sebelum israk sangatlah banyak (Fathul Bari Ibnu Rejab 2/102).

 

 

قال ابن إسحاق: وحدثني صالح بن كيسان عن عروة بن الزبير، عن عائشة رضي الله عنها، قالت: افترضت الصلاة على رسول الله صلى الله عليه وسلم أول ما افترضت عليه ركعتين ركعتين كل صلاة ثم إن الله تعالى أتمها في الحضر أربعاً، وأقرها في السفر على فرضها الأول ركعتين ]

 

Ibn Ishaq berkata: Soleh bin Kaisan menceritakan padaku dari 'Urwah bin Zubair, dari 'A'isyah RA, dia ('A'isyah) mengatakan: Solat telah difardhukan ke atas Rasulullah SAW, solat yang pertama difardhukan ke atasnya sebanyak dua raka'at, dua raka'at untuk setiap solat, kemudian Allah Ta'ala menyempurnakannya ketika bermukim menjadi empat raka'at, dan menetapkannya ketika safar atas kefardhuannya yang pertama dua raka'at (HR. Syafie no. 704,isnaduhu hasan al-Albani).

 

2. Berapa waktu  dan rakaat sebelum kefardhuan 5 waktu

 

 

Ibnu Rajab menjelaskan:

 

لكن قد قيل: إنه كان قد فرض عليه ركعتان في أول النهار وركعتان في أخره فقط...وقال قتادة: كان بدء الصلاة ركعتين بالغداة وركعتين بالعشي

 

Tetapi, ada yang mengatakan bahawa pada awalnya, solat yang diwajibkan pada Rasul adalah dua rakaat subuh dan dua rakaat waktu malam… Qatadah mengatakan, ' Solat pertama kali adalah dua rakaat subuh dan dua rakaat isyak (Tafsir Ibnu Rejab 2/599)

 

3.       Bagaimana Solat Nabi Sebelum Mi'raj

 

Seperti telah diketahui sebelum mi’raj, Rasulullah berhenti di Bait al-Maqdis untuk mengerjakan shalat. Hal ini telah dikisahkan dalam banyak hadith isra’ mi’raj. Salah satu potongan hadith ialah:

 

ثم دخلت المسجد فصليت فيه ركعتين

 

Kemudian Rasul masuk masjid dan shalat dua rakaat (HR. Muslim no. 162)

 

Ali Mula Al-Qari dalam kitab Mirqat al-Mafatih 10/ 560 telah menjelaskan hadith di atas:

 

أي: تحية المسجد، والظاهر أن هذه في الصلاة التي اقتدى به الأنبياء وصار فيها إمام الأصفياء

 

Solat tahiyatul masjid. Secara zahir, inilah solat yang diikuti oleh para Nabi, sehingga Nabi Muhammad SAW menjadi imamnya para Nabi.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 105894

 

https://konsultasisyariah.com/18402-sholat-nabi-sebelum-peristiwa-isra-miraj.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...