Monday, 15 November 2021

Hadith wirid selepas solat jumaat

 

Matan hadith

 

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ قَالَ :مَنْ قَرَأَ إذا سَلَّمَ الإمامُ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ أنّ يُثْنِيَ رِجْلَهُ فَاتِحَةَ الكِتَابِ وقُلْ هُوَ الله أحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ سَبْعاً سبعاً غَفَرَ الله له ما تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وما تَأخَّرَ وأُعْطِيَ مِنَ الأجْرِ بِعَدَدِ كُلّ منْ آمَنَ بالله ورَسُولِه.

 

Terjemahan

 

Dari Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda, ‘Barang siapa yang membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan surah An-Nas (al-mu`awwidzatain) masing-masing sebanyak tujuh kali ketika imam selesai membaca salam solat Jumaat, sebelum melipat kakinya, Allah akan mengampuni dosanya yang lalu dan sekarang, dan diberi pahala sebanyak orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

 

 

Takhrij

 

HR. Abu al-As'ad al-Qusyairi dalam al-Arbaien no. 4 sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir 2/343, daripada Anas ra.

 

Ibn Hajar al-'Asqalani menilai hadith ini bersangatan Lemah  dalam al-Khishal alMukaffirah 1/49.

 

Syeikh Al-Albani menilai sebagai Maudhu'  di dalam Dhaif Jami' no. 5758.

 

Hadith ini juga diriwayatkan sahabat lain:-

 

 

وروى ابْنُ السُّنِّيِّ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنهَا رَفَعَتْهُ: «مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ يَوْمِ الْجُمُعَةِ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، وَالْـمُعَوِّذَتَيْنِ، سَبْعَ مَرَّاتٍ، أَعَاذَهُ اللهُ بِهَا مِنَ السُّوءِ إلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

 

(HR. Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailaj no. 375, Ibnu Syahin dalam al-Targhib fi Fadhail Amal no. 475, sanadnya lemah, Dalam sanadnya terdapat perawi bernama al-Khalil bin Murrah. Imam Bukhari menilai beliau sangat lemah, munkarul hadith.)

 

 

 

وروى البيهقي **عَن أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ** رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَتْ: مَنْ قَرَأَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ، وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، سَبْعَ مَرَّاتٍ، حُفِظَ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

 

(HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 2577, Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya 2/159, sanadnya terputus).

 

Manakala dari riwayat Ibnu Sa'ad bin Mansur dari Makkhul sepertimana disebutkan Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 4/233 pula dinilai cacat oleh Ibnu Hajar.

 

Syeikh Na'San menilai hadith tersebut dhaif dalam Fatwanya no. 7287, walaupun dhaif, terdapat para fuqaha menganjurkan wirid tersebut dalam daerah fadhilat amal.

 

Rujukan

https://www.alukah.net/sharia/0/100495/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...