Monday, 15 November 2021

Jangan remehkan tulisan kebaikan

 

Kita tidak pernah tahu di antara posting/status kita yang mana yang bermanfaat bagi orang lain dan mereka mengamalkannya.

 

Maka jangan pernah memandang ringan tulisan kebaikan, meskipun itu hanya berupa satu atau dua kalimah, atau hanya sebuah poster nasihat dakwah.

 

Sebab tidak menutup kemungkinan itu akan bermanfaat bagi yang membacanya dan kemudian mereka diam-diam sepanjang hidupnya mengamalkannya sehingga menjadi kafarah dosa bagi penulisnya.

 

Zubaid Al-Kufiy rahimahullah mengatakan:

 

سمعت ڪلمة فنفعنـي الله بـهـا ثـلاثِيـن سنـة.

 

​Aku mendengar satu kalimah lalu Allah Ta'ala Memberiku kemanfaatannya selama tiga puluh tahun [Siyar A'lamin Nubala 5/297].​

 

Imam Ibnul Mubarak rahimahullah ditanya :

 

لو قيل لك لم يبق من عمرك إلا يومٌ ما كنتَ صانعا

 

​Seandainya dikatakan kepadamu bahawa tidak ada lagi tersisa dari umurmu kecuali satu hari lagi, apakah yang akan engkau lakukan ?" Maka beliau pun menjawab: كنت أُعلّم الناس "Aku akan mengajarkan ilmu (agama) kepada manusia (Al-Baihaqi dalam al-Madkhal 2/45)​

 

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

 

الجود بالعلم وبذله وهو من أعلى مراتب الجود ، والجود به أفضل من الجود بالمال لأن العلم أشرف من المال

 

​Kedermawanan dengan ilmu dan berupaya (menyebarkan) ilmu adalah lebih utama daripada kedermawanan dengan harta. Kerana ILMU itu LEBIH MULIA daripada HARTA (Madarijus Salikin 2/281).​

 

Imam Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:

 

من أحب أن ﻻ ينقطع عمله بعد موته فلينشر العلم

 

​Barangsiapa senang amalnya tidak terputus setelah kematiannya, maka hendaknya ia menyebarkan ilmu (At Tadzkirah hal. 55).​

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...