Monday, 15 November 2021

Asal lafaz-lafaz tambahan pada zikir اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام

 Asalnya ia adalah doa ketika melihat Baitullah, sebagaimana yang dilakukan sahabat Umar apabila ia melihat baitullah ia berdoa;

 

اللهم انت ااسلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام

 

Ya Allah Engkau Maha Penyelamat dan dari Engkau keselamatan, maka hidupkanlah kami ya Tuhan kami dalam keselamatan (Takhrij Zaadul Maad Syeikh al-Arnauth 2/207 daripada Sa'id bin al-Musayyib ra, sanad hasan).

 

Syaikh Al-Jazari dalam Tashhih Al-Mashahibi menambahkan doa tersebut dengan lafaz;

 

منك السلام وإليك يرجع السلام فحينا ربنا بالسلام وأدخلنا دارك السلام

 

 

Al-Baidhawi mengatakan bahawa setelah selesai solat hendaknya tertib. Apabila tidak tertib setelah solat maka cukup kiranya mengucapkan;

 

االلهم انت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام.

 

Zikir lengkap dengan lafaz-lafaz tambahan tersebut ditemukan dalam kitab Ihya Ulumuddin 1/435:

 

اللهم أنت السلام ومنك السلام وإليك يعود السلام حينا ربنا بالسلام وأدخلنا دار السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام

 

Tambahan lafaz-lafaz zikir selepas solat dalam zikir ini:-

 

اللهم أنت السلام ومنك السلام تباركت يا ذا الجلال والإكرام

 

Adalah bidaah menurut Fatwa Lajnah Daimah 24/147-149 dan Fatwa Syabakah Islamiyah no. 121916, kerana lafaz-lafaz tersebut berasal dari hadith yang tidak sahih.






Rujukan

 

Fatwapedia no. 1873

 

https://al-maktaba.org/book/9472/333



No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...