Monday, 21 February 2022

Adakah mayit mengetahui orang yang hadir ziarahi kubur mereka?

 

Perkara ini khilaf para ulama.

 

a) ada yang mengatakan mereka tidak mengetahui, kerana alam mereka telah terpisah.

 

b) ada sebahagian menyatakan mereka mengetahui.

 

 

Pendapat (b) menggunakan beberapa dalil, antaranya adalah hadith berikut:-

 

Hadith pertama


Nabi Muhammad SAW bersabda:

 

 مَا مِنْ رَجُلٍ يَمُرُّ بِقَبْرِ الرَّجُلِ الَّذِي كَانَ يَعْرِفُهُ فِي الدُّنْيَا فَيُسَلِّمُ عَلَيْهِ، إِلَّا رَدَّ اللَّه عَلَيْهِ روحه حَتَّى يرد عَلَيْهِ السَّلَام

 

 

Tidaklah seorang laki-laki melintas ke kuburan laki-laki meninggal yang dikenalinya saat di dunia, kemudian ia mengucap salam kepadanya, kecuali Allah mengembalikan roh kepada (jasad)nya sehingga yang meninggal itu boleh menjawab salam kepadanya.

 

Takhrij

 

HR. Hibban dalam al-Majruhin 1/480, daripada Abu Hurairah ra.

 

Ulama sekali lagi khilaf menentukan darjat hadith ini. Sebahagian mengatakan ianya sahih.

 

Tetapi dhaif menurut majoriti ulama hadith. Antaranya Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 10/380, az-Zahabi dalam Mizan I'tidal 2/565, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4493.

 

 

Hadith kedua

 

 

 آنس مَا يكون الْمَيِّت فِي قَبره إِذا زَارَهُ من كَانَ يُحِبهُ فِي دَار الدُّنْيَا

 

Sesenang-senangnya mayat di alam kubur adalah ketika diziarahi oleh orang yang dicintainya semasa di dunia

 

 

Takhrij

 

HN. as-Suyuthi dalam Busyra al-Kaib 1/10 dan Syarah al-Shudur 1/202, juga ditemukan dalam Irsyadul ‘Ibad hal. 32, tanpa sanad.

 

Ini jelas menunjukkan ketidakasahihan hadith tersebut, kerana gagal tapisan pertama yakni keberadaan sanad yang sah.

 

 

Hadith ketiga

 

 

عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم

 

Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda: Tak seorang pun yang berziarah ke makam saudaranya dan duduk di dekatnya, kecuali ia merasa senang dan menjawabnya hingga meninggalkan tempatnya.

 

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abu Duniya dalam al-Qubur, sepertimana disebutkan al-Iraqi dalam Takhrij Ihya 4/216, dan beliau mendhaifkan hadith tersebut kerana terdapat perawi yang tidak dikenali, Abdullah bin Sam’an.

 

 

 

قال ابن القيم الأحاديث والآثار تدل على أن الزائر متى جاء علم به الميت وسمع سلامه وأنس به ورد عليه وهذا عام في حق الشهداء وغيرهم فإنه لا يوقت قال وهو أصح (بشرى الكئيب بلقاء الحبيب للحافظ جلال الدين السيوطي ١/ ١٠)

 

Ibnu al-Qayyim berkata: Hadith dan dalil dari para Sahabat menunjukkan bahawa ketika penziarah datang, maka mayit mengenalnya, mendengar salamnya, senang dengan kedatangannya dan menjawab salamnya. Hal ini berlaku umum, baik untuk orang yang mati syahid atau yang lainnya, dan hal ini berlaku setiap waktu. Ibnu al-Qayyim berkata: Ini adalah pendapat yang lebih kuat” (al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuthi dalam Busyra al-Kaib 1/10).

 

 

 

Prinsip asas dalam perkara ghaib yang perlu diketahui

 

 

Seseorang yang telah mati, dan berada di alam kubur, dia sibuk dengan dirinya sendiri, dan akan mempertanggung jawabkan seluruh amalannya.

 

Mengimani bahawa tidak ada yang mengetahui perkara ghaib kecuali hanya Allah Azza wa Jalla semata, sedangkan para Nabi dan RasulNya tidak mengetahui perkara ghaib, kecuali pada hal-hal yang telah dikhabarkan oleh Allah ta’ala kepada mereka.

 

Sebagaimana firman Allah:

 

"(Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diridhaiNya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya." (QS. Al-Jin: 26-27)

 

Dalam ayat lain Allah Azza wa Jalla berfirman:

 

"Dan di sisi Allah-lah kunci-kunci yang ghaib." [QS. Al-An’am :59].

 

Maka berbicara atau meyakini sesuatu yang berkaitan dengan alam kubur tanpa dalil dari Al-Quran mahupun hadith sahih adalah tidak boleh dilakukan.

 

Sebab perbahasan kubur adalah perkara ghaib yang sulit dijangkau akal fikiran, perasaan ataupun penyelidikan mahupun pengalaman seseorang.

 

 

Alam kubur juga dinamakan alam barzakh. Sedangkan kata barzakh bererti pemisah antara dua hal (QS ar-Rahman: 20).

 

Sehingga bila seseorang meninggal dunia akan ada dinding pembatas yang amat tebal dan memisahkan antara dunia dan akhirat.

 

Kerana itu, sesungguhnya seseorang yang telah mati, dan berada di alam kubur, dia sibuk dengan diri sendiri, mempertanggungjawabkan seluruh amalannya.

 

Kerananya jika dia seorang yang soleh, maka akan mendapatkan nikmat kubur, sedangkan jika dia orang kafir, akan mendapatkan siksa kubur. Dengan demikian dia tidak akan sempat memikirkan orang lain, walaupun keluarganya sendiri di dunia.

 

Mujahid menjelaskan, alam barzakh itu adalah alam yang memisahkan antara dunia dan akhirat atau alam antara sesudah mati dan hari kebangkitan (Tafsir Ibnu katsir dan at-Thabari).

 

Al-Ashfahani menjelaskan, alam barzakh adalah alam pemisah antara manusia dan kesempatan mencapai darjat yang tinggi di akhirat.

 

Seperti di firmankan dalam surah al-Mukminun ayat 11,

 

“… Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.”

 

 

Kesimpulan

 

Daripada kita sibuk nak tentukan arwah melihat/mengetahui atau tak amalan dan perbuatan orang yang hidup, lebih baik kita fokuskan kepada amalan yang sahih dari hadith Nabi yang lain seperti, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat, amal jariah, doa dan istighfar kepada mereka dan mengamalkan nasihat tunjuk ajar amal kebaikan yang pernah mereka tunjuki pada kita.

 

 

Dalilnya:-

 

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

 

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR. Muslim no. 1631).

 

 

مَن سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بها بَعْدَهُ، كُتِبَ له مِثْلُ أَجْرِ مَن عَمِلَ بها، وَلا يَنْقُصُ مِن أُجُورِهِمْ شيءٌ، وَمَن سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بها بَعْدَهُ، كُتِبَ عليه مِثْلُ وِزْرِ مَن عَمِلَ بها، وَلا يَنْقُصُ مِن أَوْزارِهِمْ شيءٌ

 

Siapa yang menghidupkan sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya maka dicatat untuknya mendapatkan pahala seperti orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Siapa yang menghidupkan tradisi yang buruk di tengah kaum muslimin, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya, maka dia mendapatkan dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun. (HR. Muslim no. 2398, Ahmad no. 19674).

 

 

سَبْعٌ يَجْرِيْ لِلْعَبْدِ أَجْرُهُنَّ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ وَهُوَ فِي قَبْرِهِ : مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا ، أَوْ أَجْرَى نَهْرًا ، أَوْ حَفَرَ بِئْرًا ، أَوَ غَرَسَ نَخْلًا ، أَوْ بَنَى مَسْجِدًا ، أَوْ وَرَثَ مُصْحَفًا ، أَوْ تَرَكَ وَلَدًا يَسْتَغْفِرُ لَهُ بَعْدَ مَوْتِهِ

 

“Ada tujuh amalan yang pahalanya tetap mengalir untuk seorang hamba setelah dia meninggal, padahal dia berada di dalam kuburnya:”

 

(1) orang yang mengajarkan ilmu agama,

(2) orang yang mengalirkan sungai (yang mati)

(3) orang yang membuat sumur,

(4) orang yang menanam kurma,

(5) orang yang membangun masjid,

(6) orang yang memberi mushaf al-Quran, dan

(7) orang yang meninggalkan seorang anak yang senantiasa memohonkan ampun untuknya setelah dia wafat.” (HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 7289, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3449, hasan lighairih).

 

 

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

 

Siapa yang mengajak ke jalan petunjuk, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya siapa yang mengajak kepada kesesatan maka dia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun.”(HR. Muslim no.  2674).

 

 

Syaikhul Islam mengatakan,

 

النبي صلى الله عليه وسلم لم يجعل للأب مثل عمل جميع ابنه ، ولا نعلم دليلا على ذلك ، وإنما جعل ما يدعوه الابن له من عمله الذي لا ينقطع

 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah menjadikan pahala untuk bapa sama dengan pahala amal anaknya. Kami tidak mengetahui adanya dalil tentang itu. Namun beliau jadikan ajakan kebaikan kepada anaknya, bahagian dari amal orang tuanya, yang tidak akan terputus. (Jami’ul Masail Ibnu Taimiyah, 4/266).

 

Sabda Nabi saw:

 

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

 

Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu” (HR. Ahmad no. 10610, sanadnya hasan).

 

 

Bagaimanakah jika anak tidak soleh dan tidak mempunyai kecukupan harta untuk jariah?

 

 

Jangan risau, kita masih mempunyai lagi satu talian alternatif untuk beramal bagi orang yang telah tiada.

 

Yakni, doa dan istighfar sesama muslim, perintahnya umum, disebutkan dalam al-Quran dan hadith.

 

Perintah istighfar bukan saja ditujukan untuk dosa mustaghfir (orang yang beristighfar). Tapi juga diperintahkan untuk dimintakan bagi saudara seiman. Sejumlah ayat menunjukkan akan anjuran istighfar model ini.

 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman kepada Rasul-Nya Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

 

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

 

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan (QS. Muhammad: 19).

 

Doa Nabiyullah Ibrahim dan Nuh ‘alaihima al-salam menjadi bukti akan keutamaan istighfar untuk kaum mukminin dan mukminat.

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

 

(Doa Nabi Ibrahim): Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)(QS. Ibrahim: 41).

 

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

 

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan (QS. Nuuh: 28).

 

Allah mengabadikan sifat Ahlussunnah wal Jama’ah dalam Al-Qur'an, yang salah satu sifat mereka suka mendoakan kebaikan kepada saudara seiman mereka.

 

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

 

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".” (QS. Al-Hasy: 10)

 

Syaikh Abdurrahman bin Nashir al-Sa’di berkata dalam menafsirkan doa ini, “Doa ini mencakupi semua kaum mukminin, terdahulu dari kalangan sahabat, orang sebelum dan sesudah mereka. Ini merupakan bahagian dari keutamaan iman, bahawa kaum mukminin sebahagian mereka mengambil manfaat dari sebahagian yang lain, sebahagian mereka mendoakan kebaikan untuk sebahagian yang lain kerana sebab sama-sama beriman. Di mana iman ini mewajibkan adanya ikatan persaudaraan antara kaum mukminin yang di antara cabangnya adalah sebahagian mereka mendoakan kebaikan untuk sebahagian yang lain dan sebahagian mereka mencintai sebahagian yang lain.”

 

Memohonkan ampunan untuk kaum mukminin adalah bahagian dari mendoakan kebaikan untuk mereka. Ini merupakan hak persaudaraan seiman. Iaitu berharap agar Allah memberikan ampunan atas dosa-dosa mereka dengan dihilangkan dosa tersebut dan hukuman atasnya dari mereka.

 

Tentang keutamaan istighfar untuk kaum mukminan ini ditunjukkan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

 

مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً

 

Siapa yang beristighfar (memintakan ampunan) untuk orang-orang beriman laki-laki dan perempuan maka Allah mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”(HR. al-Thabarani dan dihasankan Syaikh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’ no. 6026. Al-Haithami berkata tentangnya dalam Majma’ al-Zawaid 1/213, sanadnya baik)

 

Ini dikuatkan dengan keterangan lain, bahawa siapa yang mendoakan saudara muslimnya tanpa diketahui oleh yang didoakan maka ada malaikat yang mengaminkan doanya tersebut dan mendoakan kebaikan semisalnya untuk dirinya.

 

Dari Abu Darda’ Radhiyallahu 'Anhu, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda,

 

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لِأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

 

Doa seorang muslim untuk saudaranya (muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang ditugasi menjaganya. Setiap kali orang muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, nescaya malaikat yang menjaganya berkata, “Amin (semoga Allah mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.” (HR. Muslim no. 2733)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...