Daripada Anas bin Malik RA
berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِينًا وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا وَاحْشُرْنِي فِي
زُمْرَةِ المَسَاكِينِ يَوْمَ القِيَامَةِ
Ya Allah! Hidupkanlah aku sebagai
seorang yang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang yang miskin serta himpunkanlah
aku bersama orang-orang yang miskin di hari Kiamat (HR. Tirmidzi no. 2352).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA
berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مِسْكِينًا، وَأَمِتْنِي مِسْكِينًا، وَاحْشُرْنِي
فِي زُمْرَةِ الْمَسَاكِينِ
Ya Allah! Hidupkanlah aku sebagai
seorang yang miskin dan matikanlah aku sebagai seorang yang miskin serta
himpunkanlah aku bersama orang-orang yang miskin (HR. Ibnu Majah no. 4126).
Antara ulama yang menilai hadith
atau riwayat di atas:
Imam al-Tirmizi (279 H) menilai
hadith ini sebagai gharib di dalam Jami’nya. [Jami’ al-Tirmizi 4/577]
Imam Ibn al-Jauzi (597 H)
menghukum hadith ini sebagai tidak sahih. [al-Mawdhu’at 3/141-142]
Imam al-Nawawi (676 H) mengatakan
sanad hadith ini dhaif [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 6/196]
Imam al-Dimyathi menilai sanad
hadith adalah saqim (dhaif). [al-Matjar al-Rabih hal. 327]
Imam Ibn al-Mulaqqin (804 H)
menghukum sanad hadith ini adalah dhaif. [al-Badr al-Munir 7/367]
No comments:
Post a Comment