Matan hadith
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنّ اللَّهَ تَعَالى يُحِبّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ
عَمَلاً أَنْ يُتْقِنَهُ
Terjemahan
Dari Aisyah r.a., sesungguhnya
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila
bekerja, mengerjakannya secara professional/tekun/teliti.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Awsath 1/275, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman tetapi dengan sanad yang
berbeza, no. 4929, 4930 dan 4931.
Imam al-Thabarani mengatakan
hadith ini tidak diriwayatkan daripada Hisyam melainkan melalui jalur Mus’ab
dan Bisyr telah bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini
(al-Mu’jam al-Awsath 1/275).
Imam al-Haithami berkata hadith
ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan pada sanadnya terdapat Mus’ab bin Thabit.
Ibn Hibban berpendapat Mus’ab seorang perawi yang thiqah dan sekumpulan ulama’
mengdhaifkannya (Majma’ al-Zawaid 4/98).
Imam al-Bushiri menghukum sanad
hadith ini adalah dhaif disebabkan dhaifnya Mus’ab bin Thabit (Ithaf
al-Khiyarah 3/382).
Syeikh al-Albani menyatakan jika
pada sanad Imam al-Baihaqi itu bagi orang yang melihat keadaan perawi selain
daripada Bisyr. Maka di sisiku sanad hadith ini adalah kuat kerana perkataan
al-Munawi pada Bisyr tidaklah mencacatkan keadaan Bisyr itu. Tambahan pula,
Bisyr adalah seorang yang thiqah dengan dirinya sendiri, bahkan lebih tinggi
daripada itu lagi.
Selain itu juga, bagi hadith
ini terdapat sokongan atau syahid (daripada hadith yang lain) yang
menguatkannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi (Silsilah
Hadith Sahih 3/106).
Rujukan
Irsyad al-Hadith no. 217
No comments:
Post a Comment