Friday, 18 February 2022

Hadith-hadith panji hitam

 

Hadith 1

 

إذا رأيتم الرايات السود خرجت من قبل خراسان فأتوها ولو حبوا ، فإن فيها خليفة الله المهدي

 

Jika kalian melihat panji-panji Hitam keluar dari Qabl Khurasan, maka datangilah mereka walau dengan merangkak kerana padanya ada Khalifah Allah, al-Mahdi (HR. al-Hakim no. 8578, Baihaqi dalam Dalail an-Nabuwah 6/516).

 

 

Hadith 2

 

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى، وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ، عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلاَثَةٌ كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لاَ يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلاً لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لاَ أَحْفَظُهُ فَقَالَ ‏”‏ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

 

Rasulullah SAW bersabda, Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu (Kaabah). Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian terbit panji-panji hitam dari Qibali al-Masyriq (sebelahnya timur), lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu, kemudian dikatakan bahawa Tsauban RA berkata: Kemudian beliau SAW menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal, lalu bersabda, Maka jika kamu melihatnya, berbaiatlah walaupun dengan merangkak di atas salju, kerana dia adalah khalifah Allah al-Mahdi.

 

Takhrij hadith 1 dan 2

 

HR. Ibnu Majah no. 4084, al-Bazzar 2/120, Ahmad no. 22441, al-Hakim 4/510, daripada Tsauban ra.

 

Ibnu Jauzi mendhaifkan hadith ini dalam al-Ahadith al-Wahiyah no. 1445.

 

Hadith ini munkar menurut az-Zahabi dalam Mizanul ‘Itidal 3/218, kerana adanya perawi Syiah, Ali bin Zaid.

 

Hadith munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 85

 

Syeikh al-Arnauth mendhaifkan sanad hadith ini dalam Takhrij Musnad.

 

 

Hadith 3

 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ صَالِحٍ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي زِيَادٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أَقْبَلَ فِتْيَةٌ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ فَلَمَّا رَآهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اغْرَوْرَقَتْ عَيْنَاهُ وَتَغَيَّرَ لَوْنُهُ قَالَ فَقُلْتُ مَا نَزَالُ نَرَى فِي وَجْهِكَ شَيْئًا نَكْرَهُهُ فَقَالَ إِنَّا أَهْلُ بَيْتٍ اخْتَارَ اللَّهُ لَنَا الْآخِرَةَ عَلَى الدُّنْيَا وَإِنَّ أَهْلَ بَيْتِي سَيَلْقَوْنَ بَعْدِي بَلَاءً وَتَشْرِيدًا وَتَطْرِيدًا حَتَّى يَأْتِيَ قَوْمٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَعَهُمْ رَايَاتٌ سُودٌ فَيَسْأَلُونَ الْخَيْرَ فَلَا يُعْطَوْنَهُ فَيُقَاتِلُونَ فَيُنْصَرُونَ فَيُعْطَوْنَ مَا سَأَلُوا فَلَا يَقْبَلُونَهُ حَتَّى يَدْفَعُوهَا إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي فَيَمْلَؤُهَا قِسْطًا كَمَا مَلَئُوهَا جَوْرًا فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلْيَأْتِهِمْ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ

 

Dari 'Alqamah dari Abdullah dia berkata: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, tiba-tiba seorang pemuda dari Bani Hasyim datang, ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat mereka, maka kedua mata beliau terlihat berbinar-binar dan berubah wajahnya." Abdullah berkata: "Lalu saya bertanya, "Kenapa kami masih melihat di wajah anda ada sesuatu yang kami benci?" beliau menjawab: "Sesungguhnya kami adalah ahli bait yang Allah memilihkan akhirat buat kami atas dunia. Dan sungguh, sepeninggalku nanti ahli baitku akan menemui musibah, bencana dan pengusiran, sehingga suatu kaum dari timur datang dengan membawa bendera-bendera hitam, mereka meminta (diterapkannya) kebaikan namun ditolak. Kemudian mereka berperang dan mendapatkan kemenangan, akhirnya mereka diberi apa yang mereka minta, lalu kaum tersebut tidak mau menerima sehingga mereka menyerahkan urusan tersebut kepada seorang laki-laki dari ahli baitku, lantas ia memenuhinya dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi dengan kejatahan. Barangsiapa dari kalian mendapatinya, maka berbaiatlah walau dalam keadaan merangkak di atas salju."

 

Takhrij

 

HR. Abi Syaibah 7/527, Ibnu Majah  no. 4082,  Abu Ya’la dalam Al-Musnad 9/17, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Hadith ini menurut Imam Waki’ bin al-Jarrah dan Imam Ahmad tidak diakui.

 

Hadith ini dhaif jiddan, al-Mizzi berkata: "Terdapat perawi lemah hafalan dan Syiah, Yazid bin Abi Ziyad (Lisanul Mizan 3/304, Taqribut Tahzib).

 

Dhaif menurut Syiekh al-Albani dan al-Hafiz Abu Thahir dalam Takhrij Sunan Ibnu Majah.

 

Hadtih 4

 

يَخْرُجُ مِنْ خُرَاسَانَ رَايَاتٌ سُودٌ لَا يَرُدُّهَا شَيْءٌ حَتَّى تُنْصَبَ بِإِيلِيَاءَ

 

(Pasukan yang membawa) Panji hitam akan muncul dari Khurasan. Tak ada kekuatan yang mampu menahan laju mereka dan mereka akhirnya akan mencapai Jerusalem, di tempat itulah mereka akan mengibarkan benderanya.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 2269, Ahmad no. 8775, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 3/31, daripada Abu Hurairah ra.

 

Dhaif menurut at-Thabarani .

 

Dhaif menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam al-Qaulul Musaddad 1/35, kerana dhaifnya perawi bernama Risydin bin Sa’d.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4825.

 

Sanandnya dhaif jiddan menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad.

 

Hadith 5

 

Sebuah atsar yang dinisbahkan kepada sayidina Ali bin Abi Thalib ra, berikut bunyinya :

 

عن علي قال إذا رأيتم الرايات السود فالزموا الأرض ولا تحركوا أيديكم ولا أرجلكم! ثم يظهر قوم ضعفاء لا يوبه لهم، قلوبهم كزبر الحديد، هم أصحاب الدولة، لا يفون بعهد ولا ميثاق، يدعون إلى الحق وليسوا من أهله، أسماؤهم الكنى ونسبتهم القرى، وشعورهم مرخاة كشعور النساء حتى يختلفوا فيها بينهم ثم يؤتي الله الحق من يشاء.

 

Jika kamu melihat bendera-bendera hitam, maka tetaplah di tanah [mu] dan janganlah menggerakkan tangan dan kakimu, kemudian muncul kaum yang lemah, tidak ada yang menghiraukan mereka, hati mereka seperti potongan besi, mereka adalah shahibul daulah, mereka tidak menepati perjanjian dan kesepakatan, mereka mengajak kepada kebenaran tetapi mereka bukan termasuk ahlinya, nama mereka adalah kuniyah dan nisbah mereka kepada desa, rambut mereka terjuntai seperti rambut wanita hingga akhirnya mereka berselisih di antara mereka kemudian Allah akan mendatangkan kebenaran kepada orang yang Dia kehendaki

 

Takhrij

 

AR. Nu’aim bin Hammad dalam al-Fitan hal. 210 no. 573, Kanzul Ummal no. 31530.

 

Namun demikian riwayat diatas juga tidak luput dari cacat dan kelemahan. Bahkan Nu’aim bin Hammaad sendiri dituding sering menukilkan riwayat yang munkar, sebagaimana yang dinyatakan oleh imam az-Zahabi : “Tidak diperbolehkan seorangpun untuk berhujjah dengannya dan sungguh ia telah menulis kitab Al-Fitan maka ia mendatangkan di dalamnya riwayat-riwayat yang menghairankan dan riwayat-riwayat mungkar (Siyar A’lam An Nubala  10/60).

 

Dhaif jiddan menurut (https://dorar.net/fake-hadith/751, Fatwa Soaljawab Islam no. 226321, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 323989).

 

 

Kesimpulan

 

Secara umum hadith tentang pasukan panji hitam berstatus lemah bahkan ada yang munkar.

 

Para ulama hadith umumya berpendapat bahawa semua hadith yang berbicara panji hitam yang akan keluar di akhir zaman tidak ada yang selamat dari kelemahan. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnul Jauzi di dalam kitabnya Al-Ahadith Al-Wahiyah no. 1445, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam kitab Al-Qaulul Musaddad hal. 45, Ibu Katsir dalam Bidayah wa Nihayah dan termasuk al Albani sendiri menyatakannya dalam kitabnya Silsilah Hadith Dhaif 1/95 no. 6434.

 

Imam Ibnu Katsir mengatakan:

 

Semua sanad hadith pasukan panji hitam bermasalah. Kerana terdapat perawi-perawi kurang kredibiliti dalam sanad hadith masing-masing (al-Bidayah wa al-Nihayah 6/278).

 

Malah Imam Ahmad sendiri melarang semua penyebaran riwayat mengenai panji-panji hitam kerana semua riwayatnya tidak sahih.



**Rujukan**


https://bimbinganislam.com/hadits-pasukan-panji-hitam-dari-timur/

https://bincangsyariah.com/kolom/bagaimanakah-kualitas-hadis-panji-hitam-yang-dinubuwatkan-rasulullah/

http://www.konsultasislam.com/2017/07/hadits-panji-hitam.html?m=1








No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...