Friday, 18 February 2022

Hadith anjuran untuk banyak mengingati kematian

 

Matan hadith

 

أكثروا ذكر هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فإنه ما ذكره أحد فى ضيق من العيش إلا وسعه عليه ولا فى سعة إلا ضيقه عليه

 

Terjemahan

 

Perbanyakkanlah mengingat pemutus kelazatan (iaitu mengingati kematian) kerana jika seseorang mengingatnya saat sempit, maka dia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatnya ketika senang, maka dia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat)

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar 13/352, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 4011.

 

Dhaif menurut al-Bazzar

 

Sanadnya hasan menurut al-Haithami dalam Majmu Zawaid 10/308.

 

Ada juga sanad lain untuk hadith ini dari Abu Hurairah ra, dan hadith ini hasan sahih, iaitu HR. Tirmidzi no. 2306, at-Tahabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 8560, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 10560, Ibnu Hibban dalam Sahihnya no. 2993.

 

Hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami' no. 1211.

 

Hasan menurut Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban

No comments:

Post a Comment

Kebiasaan waktu muda akan menjadi kebiasaan waktu tua, maka peliharalah adab dikala muda

  Berkata hukamak:   من شب على شئ شاب عليه   Barang siapa pada masa mudanya biasa berbuat atas sesuatu, nescaya pada masa tuanya ter...