Matan hadith
استَعينُوا على إنجاحِ الحوائج بالكتمان،فإن كل ذي نعمة محسود
Terjemahan
Mohonlah pertolongan atas
keberhasilan tercapainya keperluan dengan tetap merahasiakannya, Kerana setiap
orang yang mendapatkan kenikmatan boleh menjadi sasaran sifat hasad
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 20/94, Ibnu Hibban dalam al-Majruhin 1/404, Abu Nua'im dalam Hilyatul
Auliya ,6/100, al-Uqaili dalam Dhuafa al-Kabir 2/108, Ibnu Adi dalam al-Kamil
fi Dhuafa 3/404, daripada Jabir ra.
Dhaif di sisi at-Thabarani, Ibnu
Hibban, Abu Nu'aim, al-Uqaili, Ibnu Adi.
az-Zahabi menilai hadith ini
munkar dalam Mizanul I'tidal 2/141.
Selain itu, ia juga didhaifkan
oleh az-Zailaie, al-Zurqani, al-Ajluni, Ibnu Hajar, Ibn Qaisarini, as-Samhudi,
as-Suyuthi, dan as-Safarini.
Paslu menurut as-Saghani dalam
al-Dar al-Multaqath no. 30
Cuma syeikh al-Albani menilai hadith ini jayyid dengan himpunan semua jalan riwayat dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1453
No comments:
Post a Comment