Monday, 21 February 2022

Hadith doa masuk bulan Rejab

 

Matan hadith

 

كَانَ النّبِي صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ رَجَب قال : اللّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ.

 

Adalah Nabi ketika memasuki bulan Rejab, beliau berdoa:

 

اللّهُمّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

 

Ya Allah, limpahkanlah barakah pada kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

 

Takhrij

 

HR. Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid Musnad no. 2346, Ibnu Sunni no. 609, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 3939, daripada Anas bin Malik ra.

 

Didhaifkan oleh al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/1399, al-Haithami dalam Majma Zawaid 3/143, Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad no. 2346 dan Syeikh Ahmad Syakir tahqiq Musnad Ahmad 4/101.

 

kata imam Baihaqi pada hadith ini dalam Syuabul Iman 3/375:

 

تفرد به زياد النميري وعنه زائدة بن أبي الرقاد قال البخاري : زائدة بن أبي الرقاد عن زياد النميري منكر الحديث .

 

Ziyad An-Numairi sendirian dalam meriwayatkan hadith ini. Sementara Zaidah bin Abi Ruqqad mengambil riwayat dari Ziyad. Bukhari mengatakan, “Zaidah bin Abi Ruqqad dari Ziyad An-Numairi, munkarul hadith.”

 

Hadith ini lemah kerana di dalam sanadnya ada dua cacat, iaitu:

 

1) Zaidah bin Abu Ruqqad Al-Bahili. Da seorang perawi yang hadithnya mungkar.

2) Ziyad bin Abdullah An-Numairi al-Bashri. Dia seorang perawi hadith yang dhaif.

 

Imam At-Thabarani menggolongkannya sebagai hadith munkar kerana salah seorang perawinya yang bernama Zaidah bin Abir Riqad dinilai sebagai seorang rawi yang munkarul hadith (Mu'jam al-Awsath no. 3939).

 

Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani dalam kitabnya yang memang menjelaskan khusus tentang Bulan Rajab Tabyiin Al-'Ujb fiimaa Warada Fi Syahri Rajab menukil perkataan Imam Al-Bukhari yang mengatakan bahawa Zaidah itu Munkarul Hadith, orang yang (selalu) meriwayatkan hadith munkar. Ini adalah sebuah kecatatan. Imam Ibnu Hibban mengatakan bahawa hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Zaidah itu tidak boleh dijadikan hujjah (Tabyiin Al-'Ujb hal. 6).

 

وروينا في حلية الأولياء بإسناد فيه ضعفٌ

 

An-Nawawi berkata di dalam kitab Al-Azkar hal. 274: "dan kami meriwayatkannya di dalam Hilyatul Auliya dengan sanad yang mengandungi sisi lemah (dhaif)."

 

AZ-Zahabi dalam Mizan I’tidal, 3/96, ketika menyebutkan biografi Zaidah bin Abi Ruqqad, dan beliau menyebutkan hadith, kemudian beliau berkomentar, “Dhaif.”

 

Al-Haithami dalam Majma’ Az-Zawaid, 2/165 mengatakan, “Hadith ini diriwayatkan Al-Bazzar dan dalam sanadnya terdapat Zaidah bin Abi Ruqqad, Al-Bukhari mengatakan: Munkarul hadith, sementara sekelompok ulama lainnya menyatakan sebagai perawi majhul (tidak dikenali).”

 

Ziyad An-Numairi adalah lemah. Dilemahkan oleh Ibnu Ma’in. Abu Hatim berkata, ‘hadithnya tidak dapat dijadikan hujjah.’ Disebutkan pula oleh Ibnu Hibban dalam kitab Adh-Dhu’afa, dia berkata, “Tidak boleh berdalil dengan riwayatnya.” (Mizan Al-I’tidal 2/91).

 

 

Kenapa tidak boleh meyakini bahawa ini hadith

 

Yup! Sama sekali tidak boleh. Kerana kalau kita meyakini ini sebuah hadith dari Nabi saw, padahal ini adalah hadith bermasalah, itu sama saja kita beranggapan bahawa Nabi mengatakan itu,  padahal TIDAK!

 

Itu namanya kita sudah berbohong dengan nama Nabi Muhammad saw. Dan itu sangat dilarang. Termasuk dosa besar. Kerana dalam hadith ada ancaman bahawa yang berbohong dengan nama Nabi saw ialah neraka. Nau'udzu billah.

 

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا ، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

 

"siapa yang berbohong atas namku, maka ia telah mengambil tempatnyadi neraka" (Muttafaq Alaih)

 

 

 

Tapi boleh beramal tak dengan hadith dhaif?

 

Hal ini terdapat perbezaan ulama.

 

a)       Ada yang mengatakan tidak boleh sama sekali dalam semua bab

b)      Ada yang membenarkan pada ruang fadhail amal, ancaman dan galakan, TETAPI mestilah dengan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan ulama. Bukan main langgar saja.

 

Disebabkan orang awam malah sebahagian asatizah pun tak mahir ilmu hadith, maka sebaiknya keluarlah dari khilaf dan beramallah dengan hadith yang maqbul (sahih/hasan) saja.

 

 

Kalau nak beramal juga mesti tidak boleh meyakini ini sebuah hadith

 

Sebenarnya tidak masalah kita membaca doa dengan lafaz hadith yg dhaif atau juga lafaz buatan sendiri ASALKAN kita tidak meyakini bahawa ini dari Nabi saw dan tidak meyakini kalau ini sunnah.

 

Kerana,

 

Jika seorang muslim berdoa semoga dipertemukan dengan bulan Ramadhan dan diberi taufiq agar dapat berpuasa di bulan tersebut dan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dengan doa-doa yang bersifat umum, maka hal itu insya Allah tidak mengapa (Syekh Abdulkarim Al-Khudhair, http://khudheir.com/text/298).

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 202017

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...