Nama malaikat Israfil sebagai
malaikat yang bertugas meniup sangkakala adalah hadith yang dhaif.
Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, dalam sebuah hadith yang sangat panjang, beliau
radhiyallahu ‘anhu menceritakan,
إِنَّ اللَّهَ لَمَّا فَرَغَ مِنْ خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، خَلَقَ
الصُّورَ فَأَعْطَاهُ إِسْرَافِيلَ فَهُوَ وَاضِعُهُ عَلَى فِيهِ، شَاخِصًا
بَصَرَهُ إِلَى الْعَرْشِ يَنْتَظِرُ مَتَى يُؤْمَرُ» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَمَا الصُّورُ؟ قَالَ: «الْقَرْنُ» قُلْتُ: كَيْفَ هُوَ؟ قَالَ: «عَظِيمٌ
وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ إِنَّ عَظْمَ دَارَةَ فِيهِ كَعَرْضِ السَّمَوَاتِ
وَالْأَرْضِ، يُنْفَخُ فِيهِ ثَلَاثُ نَفَخَاتٍ: النَّفْخَةُ الْأُولَى نَفْخَةُ
الْفَزَعِ، وَالثَّانِيَةُ نَفْخَةُ الصَّعْقِ، وَالثَّالِثَةُ نفخة القيام لرب
العالمين،
Telah menceritakan kepada kami
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala ketika selesai
menciptakan langit dan bumi, maka Allah menciptakan “ash-shuur”, kemudian
diberikan kepada Israfil dan diletakkan di mulutnya. Israfil pun melihat dengan
tajam ke arah ‘Arsy, menunggu kapan diperintahkan (untuk meniupnya).’ Aku (Abu
Hurairah) berkata,’Wahai Rasulullah, apakah “ash-shuur” itu?’ Rasulullah
menjawab,’(Yaitu) al-qarnu (semacam tanduk, terompet atau sangkakala)’ Aku (Abu
Hurairah) berkata,’Seperti apa itu?’ Rasulullah menjawab,’Sesuatu yang sangat
besar. Demi Zat yang mengutusku dengan kebenaran, sesungguhnya besarnya
bagaikan lebar langit dan bumi, yang ditiup tiga kali (pada hari kiamat), iaitu
tiupan (pertama) yang menyebabkan terkejut (nafkhotul faza’); tiupan ke dua
yang menyebabkan kematian seluruh makhluk (nafkhatu ash-sha’qi); dan tiupan ke
tiga yang menyebabkan dibangkitkannya manusia menghadap Allah (nafkhatul ba’tsi
wan nusyur) … ‘ (HR. Ibnu Abi Hatim dalam Tafsirnya 11/213, Ibnu Jarir dalam
Tafsirnya 18/559, al-Baihaqi dalam al-Ba’ts wan Nusyur Abu Ya’la dalam Musnadnya,
dhaif Ibnu Katsir).
Yang terdapat dalam hadith yang sahih
adalah penamaan malaikat yang bertugas meniup sangkakala dengan nama “shahibush
shuur” atau “shahibul qarn” (dalam bentuk isim mufrad atau tunggal, yang
menunjukkan satu orang malaikat), keduanya bermakna “pemilik, pemegang, atau
peniup sangkakala”.
Penyebutan “shahibush shuur”
terdapat dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ طَرْفَ صَاحِبِ الصُّورِ مُذْ وُكِّلَ بِهِ مُسْتَعِدٌّ يَنْظُرُ
نَحْوَ الْعَرْشِ مَخَافَةَ أَنْ يُؤْمَرَ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْهِ
طَرْفُهُ، كَأَنَّ عَيْنَيْهِ كَوْكَبَانِ دُرِّيَّانِ
Sesungguhnya mata ‘shahibush
shuur’ sejak diberi tugas (untuk meniup sangkakala pada hari kiamat) telah
bersiap sedia dengan sentiasa memandang ke arah Arasy, khuwatir kalau
(tiba-tiba) diperintahkan untuk meniupnya sebelum matanya melihat kembali (ke
arah Arasy). Kedua matanya bagaikan dua bintang yang bersinar terang [HR.
al-Hakim no. 8676, sahih az-Zahabi]
Adapun penyebutan “shahibul qarn”
terdapat dalam hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda,
كَيْفَ أَنْعَمُ وَقَدِ التَقَمَ صَاحِبُ القَرْنِ القَرْنَ وَحَنَى جَبْهَتَهُ
وَأَصْغَى سَمْعَهُ يَنْتَظِرُ أَنْ يُؤْمَرَ أَنْ يَنْفُخَ فَيَنْفُخَ
Bagaimana aku boleh menikmati
(kehidupan dunia), sementara ‘shahibul qarn’ telah memasukkan sangkakala ke
mulutnya, menengadahkan kepalanya, dan memasang pendengarannya untuk diizinkan
(meniupnya). Bila pun dia diperintahkan untuk meniup, maka dia akan meniupnya
[HR. Tirmidzi no. 3243, hasan]
Terdapat sebuah hadith yang
menyebutkan “shahibail qarn”, dalam bentuk isim mutsanna yang menunjukkan “dua
orang malaikat peniup sangkakala”. Dari Abu Saíd radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah
shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda,
إِنَّ صَاحِبَيِ الصُّورِ بِأَيْدِيهِمَا، أَوْ فِي أَيْدِيهِمَا
قَرْنَانِ، يُلَاحِظَانِ النَّظَرَ مَتَى يُؤْمَرَانِ
Sesungguhnya dua orang malaikat
peniup (pemilik) sangkakala, atau di kedua tangannya (memegang) dua sangkakala,
keduanya memasang pandangannya, bilamasa saja mereka berdua diperintahkan
(untuk meniupnya)[HR. Ibnu Majah no. 4273, munkar].
Dalil Ijma’ tentang Tugas
Malaikat Israfil untuk Meniup Sangkakala
Terdapat nukilan ijma’ yang
menyebutkan kesepatan ulama kaum muslimin bahawa malaikat Israfil adalah
malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada hari kiamat. Al-Qurtubi
rahimahullah berkata,
والأمم مجمعة على أن الذي ينفخ في الصور إسرافيل عليه السلام
Dan umat (Islam) telah bersepakat
bahawa (malaikat) yang meniup sangkakala (pada hari kiamat) adalah Israfil
‘alaihis salaam [Tafsir Qurtubi 7/20]
Di kitab beliau yang lain,
Al-Qurthubi rahimahullah berkata,
قال علماؤنا: والأمم مجمعون على أن الذي ينفخ في الصور إسرافيل عليه السلام.
Para ulama kami berkata (bahawa)
umat (Islam) bersepakat bahawa (malaikat) yang meniup sangkakala (pada hari
kiamat) adalah Israfil ‘alaihis salaam [at-Tadzkirah bi Ahwalil Mauta wa Umuril
Akhirah 1/488]
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah
berkata,
تنبيه اشتهر أن صاحب الصور إسرافيل عليه السلام ونقل فيه الحليمي الإجماع
Peringatan: telah masyhur
(terkenal) bahawa pemilik (peniup) sangkakala adalah Israfil ‘alaihis salaam.
Al-Halimi telah menyebutkan adanya ijma’ dalam masalah ini [Fathul Bari 11/368]
Jika terdapat ijma’, maka ijma’
tersebut adalah hujjah (dalil) yang digunakan sebagai dasar dalam masalah
aqidah. Jika tidak terdapat ijma’ dalam masalah ini, maka kewajipan kita adalah
diam, tidak mengatakan apa yang tidak dikatakan oleh Allah Ta’ala dan RasulNya
shallallahu ‘alahi wa sallam. Jika menyebutkannya terdapat faedah, maka tentu
akan sampai kepada kita dalil tegas dan jelas dalam masalah ini di dalam
Al-Qur’an dan As-Sunnah. [al-Iman Bima Ba’dal Maut hal. 112]
Ijma’ inilah yang diamalkan oleh
para ulama sejak zaman dahulu hingga sekarang ini. Setelah menyebutkan dhaifnya
hadith yang tegas menunjukkan bahawa malaikat yang bertugas meniup sangkakala
adalah Israfil, Syaikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsary hafizahullahu Ta’ala
mengatakan,
أمَّا أنَّ صاحبَ الصُّور هو إسرافيل؛ فنقلَ على ذلكَ الإجماعَ غيرُ واحدٍ
مِن العُلماء، حتَّى قال الحَريمي: (أجمعَ العُلماءُ على ذلك)، ورأيتُ لبعضِ
العُلماء؛ قال: (أجمعتْ جميعُ الأُمم على ذلك). لكن -في الحقيقة-: إذا صحَّ هذا
الإجماعُ؛ فنحنُ قائِلون به؛ لا نخرجُ عن إجماعِ الأُمَّة، وبخاصَّة: أنَّنا رأينا
كثيرًا مِن علماءِ أهلِ السُّنَّة الماضِين والمتأخِّرين والمُعاصِرين يَقولون
بِذلك، ويأخذونَه مأخَذ المُسلَّمات، لا يُناقِشون فيه، ولا يَتردَّدون في ذِكره.
بينما -في الحقيقةِ- لم يصحَّ حديثٌ صريحٌ في هذا الموضوع، ليس هنالك حديثٌ صريحٌ
-أو صحيحٌ- واحد.
Adapun bahawa ‘shahibush shuur’
adalah Israfil, maka para ulama telah menukil adanya ijma’ dalam masalah ini.
Sampai-sampai Al-Harimi berkata,’Para ulama telah bersepakat dalam masalah
ini.’ Dan aku melihat sebahagian ulama berkata,’Seluruh umat telah bersepakat
dalam masalah ini.’ Akan tetapi pada hakikatnya, jika benar (klaim) ijma’ ini,
maka kami pun mengikutinya. Kami tidak keluar (menyelisihi) ijma’ umat ini,
khususnya ketika kami melihat banyak ulama ahlus sunnah pada zaman dahulu dan
zaman sekarang, mengatakan hal ini (bahawa Israfil adalah malaikat yang
bertugas meniup sangkakala). Mereka mengambil sikap menerima kesepakatan ini,
tidak menentangnya, dan juga tidak ragu menyebutkannya. Meskipun pada
hakikatnya, tidak terdapat hadith tegas dalam masalah ini, tidak terdapat satu
pun hadith tegas dan sahih dalam masalah ini [Syarah al-Ibanah 5/33]
Sebagaimana penjelasan Syaikh Ali
Hasan di atas, maka kita jumpai ulama dahulu dan sekarang yang tanpa ragu
menyebutkan bahawa Israfil adalah malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada
hari kiamat. Contoh ulama ahlus sunnah saat ini adalah Syaikh Dr. Shalih
Al-Fauzan hafidzahullahu Ta’ala dalam penjelasan ringkas beliau terhadap matan
kitab Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, beliau berkata,” … Kemudian Allah
memerintakan Israfil, maka Israfil meniup sangkakala untuk ke dua kalinya, maka
kembalilah ruh kepada jasadnya masing-masing.“ [at-Ta’liqat at-Mukhtasarah ala
Matni Aqidah at-Thahawiyah hal. 198]
Demikian pula Syaikh Muhammad bin
Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah ketika menjelaskan tentang tugas para
malaikat, beliau rahimahullah menyebutkan,
ثانياً: إسرافيل: موكل بنفخ الصور, وهو أيضاً أحد حملة العرش.
Yang ke dua (adalah malaikat)
Israfil, yang diberi tugas meniup sangkakala, dan dia juga salah satu malaikat
yang memikul Arasy. [Syarah Aqidah at-Thahawiyah 1/59-60]
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin
rahimahullah menyatakan bahawa malaikat Israfil juga bertugas memikul Arasy.
Dalil mengenai masalah ini adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh
Jalaluddin As-Suyuthi, dari sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إن ملكا من حملة العرش يقال له: إسرافيل، زاوية من زوايا العرش على كاهله، قد
مرقت قدماه في الأرض السابعة السفلى، ومرق رأسه من السماء السابعة العليا
Sesungguhnya seorang malaikat
dari malaikat yang memikul Arasy disebut dengan Israfil, yang memikul Arasydi
atas tengkuknya. Kedua telapak kakinya menghujam ke dasar bumi yang tujuh,
sedangkan kepalanya menjulang tinggi di atas langit yang tujuh.”[HR. Abu Nua’im
dalam Hilyatul Auliya’ 6/66 lalu beliau mendhaifkan hadith tersebut, dan
dinukilkan juga oleh As-Suyuthi dalam al-Habaik fi Akhbaril Malaik no. 100,
202, pentahqiq kitab Ahmad bin Abdul Aziz bin Ali al-Faris menjelaskan sanad
hadith ini dhaif].
Kesimpulan
Hadith yang menunjukkan bahawa
malaikat yang bertugas meniup sangkakala adalah malaikat Israfil, maka hadith
tersebut dhaif, tidak boleh digunakan sebagai dalil.
Hadith yang sahih menunjukkan bahawa
malaikat peniup sangkakala disebut dengan “shahibush shuur” atau “shahibul
qarn” (dalam bentuk mufrad atau tunggal, yang menunjukkan satu orang malaikat).
Hadith yang sahih menunjukkan bahawa
malaikat Israfil bertugas untuk mengurus dan membantu pasukan kaum muslimin di
medan jihad melawan musuh-musuh Allah.
Hadith sahih yang dimaksud oleh
Syaikh Ali Hasan tersebut diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu
‘anhu,
قِيلَ لِعَلِيٍّ، وَلِأَبِي بَكْرٍ يَوْمَ بَدْرٍ: مَعَ أَحَدِكُمَا
جِبْرِيلُ، وَمَعَ الْآخَرِ مِيكَائِيلُ وَإِسْرَافِيلُ مَلَكٌ عَظِيمٌ يَشْهَدُ
الْقِتَالَ – أَوْ قَالَ: يَشْهَدُ الصَّفَّ
Dikatakan kepada ‘Ali dan Abu
Bakar pada saat perang Badar,’Bersama kalian berdua ada malaikat Jibril, dan
bersama yang lain ada malaikat Mikail. Dan Israfil adalah malaikat yang agung,
yang menyaksikan (membantu) pertempuran.’ Atau (Rasulullah) mengatakan, ’Ada di
barisan (pasukan kaum muslimin).’(HR. Ahmad no. 1257, sahih).
Namun, terdapat nukilan ijma’
yang menunjukkan bahawa malaikat yang bertugas meniup sangkakala pada hari
kiamat adalah malaikat Israfil. Ijma’ inilah yang masyhur dan diamalkan oleh
para ulama ahlus sunnah, baik ulama zaman dahulu maupun zaman sekarang, sebagaimana
penjelasan Syaikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsary hafizahullah.
Malaikat Israfil selain meniup
sangkakala, tugasan lainya termasuk memikul Arasy.
Syarh Al-‘Aqidah Al-Washithiyyah,
1/59-60 (Maktabah Asy-Syamilah). Beliau juga menjelaskan di kitab yang lain,
وذلك أن الله سبحانه وتعالى يأمر اسرافيل وهو أحد الملائكة الموكلين بحمل
العرش أن ينفخ في الصور
Sesungguhnya Allah Ta’ala
memerintahkan Israfil, iaitu salah seorang malaikat yang diberi tugas memikul Arasy,
untuk meniup sangkakala (Ibnu Utsaimin Syarah Al-‘Aqidah As-Safariyaniyyah,
1/467).
Kisah yang
menyebutkan saiz Malaikat Israfil (juga sebahagian malaikut pemikul Arasy)
Dikatakan pula dalam hadith (HR.
al-Qurthubi dalam Tafsirnya Surah al-Fathir ayat 1 dari az-Zuhri- riwayat
Israiliyat), bahawa Hamalat al-Arasy memiliki sayap lebih besar dan banyak
dibandingkan dengan Malaikat Jibril dan Malaikat Israfil. Dikatakan bahawa
Hamalat al-Arasy memiliki sayap berjumlah 2400 sayap dimana satu sayapnya
menyamai 1200 sayap Malaikat Israfil, sedangkan Malaikat Israfil mempunyai 1200
sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Rasulullah
S.A.W pernah melihat akan rupa sebenar Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, iaitu
ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril
dalam keadaan rupanya yang sebenar, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan
kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap:
رأَيْتُ جِبريلَ عندَ سِدرةِ المُنتهى وعليه سِتُّمئةِ جَناحٍ ينثُرُ مِن
ريشِه تهاويلَ الدُّرِّ والياقوتِ
Aku melihat Jibril tatkala di
Sidratul Muntaha, dirinya memiliki enam ratus sayap yang menaburkan dari
bulunya intan dan permata dengan warna yang berbeza-beza (HR. Ahmad no. 3748,
sanadnya jayyid lagi qawi menurut al-Albani).
Apabila dibuka satu sayap maka
gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada
Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat
Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada
Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat
daripada kamu?" Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada." Malaikat
Israfil mempunyai 1200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat
Jibril. Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil
paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril, "Tidak, Malaikat yang memikul
Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1200
sayap Malaikat Israfil".
Sedangkan Syeikh Muhammad Nawawi al-Bantani
menyebutkan "Mereka adalah tingkatan tertinggi para Malaikat dan Malaikat
yang pertama kali diciptakan, dan mereka berada di dunia sebanyak 4 Malaikat,
pada saat kiamat akan berjumlah 8 Malaikat dengan bentuk kambing hutan. Jarak
antara telapak kakinya sampai lututnya sejauh perjalanan 70 tahun burung yang
terbang paling cepat. Adapun sifat dari Arasy, dikatakan bahawa Arasy adalah
permata berwarna hijau dan Arsy adalah makhluk yang paling besar dalam penciptaan.
Dan setiap harinya Arasy dihiasi dengan 1000 warna daripada cahaya, tidak ada
satu makhluk pun dari makhluk Allah Taala yang sanggup memandangnya. Dan segala
sesuatu seluruhnya di dalam Arasy seperti lingkaran ditanah lapang...Dikatakan
sesungguhnya Arasy merupakan kiblat para penduduk langit.. sebagaimana Kaabah
sebagai kiblat penduduk bumi..."(Qathrul
Ghaits hal. 4).
Nabi Muhammad
Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
أذن لي أن أحدث عن ملك من ملائكة الله من حملة العرش إن ما بين شحمة أذنه
إلى عاتقه مسيرة سبعمائة عام
Aku telah diizinkan untuk
menceritakan tentang malaikat dari malaikatnya Allah yang memikul Arasy,
sungguh jarak antara cuping telinga dan bahunya sepanjang perjalanan tujuh
ratus tahun (HR. Abu Daud no. 4728, sahih).
No comments:
Post a Comment