1.
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، اَلصَّابِرُ عَلَى دِيْنِهِ كَالْقَابِضِ
عَلَى الْجَمْرِ.
Akan datang suatu masa kepada manusia,
di mana orang yang bersabar dalam memegangi agamanya seperti orang yang
menggenggam bara api. [HR. Tirmidzi no. 2260, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi
Dhuafa’ 5/55, Ibn Batthah dalam al-Ibanah Kubra no. 31 daripada Anas bin Malik RA]
Imam Tirmidzi menilai Hadith ini
sebagai hadith gharib. Ibnu Adi menilai hadith ini munkar dalam
al-Kamil fi Dhuafa’ 6/113. Sahih pula menurut Syeikh al-Albani dengan
pengumpulan semula jalan riwayat (Silsilah Hadith Sahih no. 957).
2.
يَكُوْنُ فِي أَخِرِ الزَّمَانِ عُبَّادٌ جُهَّالٌ وَقُرَّاءٌ فَسَقَةٌ.
Akan ada di akhir masa nanti,
para ahli ibadah yang bodoh-bodoh dan para ahli Quran yang fasiq-fasiq. [HR.
Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 2/331 dan al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 7883, Ibnu
Hibban dalam al-Majruhin 2/395 dari Anas bin Malik RA]
Hadith ini berstatus dhaif,
kerana salah satu perawinya, Yusuf bin ‘Athiyyah diberi label ‘perosak’ (halik)
oleh al-Zahabi. Yahya bin Ma’in menilai hadith ini dengan komentar: laysa
bi-syai’ (bukan apa-apa), malah Ibnu Hajar menilai beliau matruk. Syeikh
al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah hadith Dhaif no. 447.
3.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai manusia saling berbangga-bangga dengan masjid-masjid. [HR. Ahmad no.
13404 dan Abu Daud no. 449 daripada Anas
bin Malik RA]
Hadith ini juga diriwayatkan oleh
al-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 8/222 dan al-Saghir; al-Nasa’i, Ibn Majah
no. 610, Sunan al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah , Sunan al-Darimi, Sahih Ibn
Hibban no. 1614, Sahih Ibnu Khuzaimah, Musnad Abi Ya’la, Musnad al-Bazzar, Misykat
al-Mashabih dan Kanz al-‘Ummal. Ibnu Khuzaimaih menilai hadith ini berstatus sahih.
4.
قَطْعِيَّةُ الرَّحِمِ، وَتَخْوِيْنُ الأَمِيْنِ، وَائْتِمَانُ الْخَائِنِ.
Terputusnya silaturrahim;
pengkhianatan orang yang dapat dipercaya; dan dipercayanya orang yang
berkhianat. [HR. al-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 2/93 no. 1356 daripada
Anas bin Malik RA]
Status hadith ini hasan menurut
as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 8208. Disahihkan pula oleh Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Sahih no. 2238 kerana pengumpulan jalan riwayatnya.
5.
مِنْ اِقْتِرَابِ السَّاعَةِ اِنْتِفَاخُ الأَهِلَّةِ وَأَنْ يُرَى
الْهِلاَلُ قَبَلاً بِفَتْحَتَيْنِ ايْ سِلْعَةً مَا يُطَّلَعُ فَيُقَالُ
لِلَّيْلَتَيْنِ.
Di antara (tanda-tanda) dekatnya
hari kiamat adalah mengembangnya atau naiknya bulan dan bulan tsabit dilihat
pada suatu waktu dan tidak terlihat (pada waktu yang lain). Dikatakan: “selama
dua malam”. . [HR. al-Thabarani dalam Mu’jam al-Saghir no. 877 daripada Abu
Hurairah RA]
Status hadith ini dhaif,
kerana terdapat perawi yang majhul iaitu Abdul Rahman bin al-Azraq al-Anthaki
(Majma Zawaid 3/149). Manakala menurut as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah
no. 506 hadith ini mempunyai jalan penguat
6.
يَذْهَبُ الصَّالِحُوْنَ الأَوَّلُ الأَوَّلُ، وَتَبْقَى حُثَالَةٌ
كَحُثَالَةِ الشَّعِيْرِ اَوِ التَّمْرِ.
Habisnya orang-orang soleh pada
generasi awal; dan yang tersisa adalah hampasnya saja; seperti hampas gandum
dan kurma. [HR. Ahmad dan Bukhari no. 6434]
Hadith ini dan yang semakna juga
diriwayatkan dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah; Mu’jam al-Kabir no. 718 dan Mu’jam
al-Awsath 3/123; Sunan al-Baihaqi; Majma’ al-Zawaid; Misykat al-Mashabih dan Kanz al-‘Ummal. Status hadith
ini sahih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 8078.
7.
اَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكُوْنَ الزُّهْدُ رِوَايَةً وَالْوَرَعُ
تَصَنُّعًا.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai zuhud hanya menjadi informasi; dan sikap warak hanya dibuat-buat. [HR.
Abu Nu’aim dalam al-Hilyah 3/141]
Status hadith ini adalah hadith
gharib menurut Abu Nua’im dinilai dhaif oleh Syeikh al-Albani dalam
Silsilah Hadith Dhaif no. 4791.
8.
أَنْ يَكُوْنَ الْوَلَدُ غَيْظًا، وَ الْمَطَرُ قَيْظًا، وَ تَفِيْضُ
اللُّئَامُ فَيْضًا.
Anak menjadi sebab kemarahan;
hujan menjadi sebab panas; dan para pencela menjadi menyebar-luas. [HR.
al-Thabarani dalam Mu’jam al Kabir 10/228 dari Ibnu Mas’ud RA]
Hadith palsu menurut Fatwa
Soaljawab Islam no. 265083 dalam satu hadith yang panjang. Terdapat perawi
pendusta bernama Saif bin Miskin (al-Majruhin no. 446). Az-Zahabi menilai
beliau wahi dalam Mukhtasar Mustadrak al-Hakim no. 5465. Hadith ini didhaifkan
juga oleh al-Baihaqi, al-Iraqi dan as-Sakhawi.
9.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَسُوْدَ كُلُّ قَبِيْلَةٍ مُنَافِقُوْهَا،
وَكَانَ زَعِيْمُ الْقَوْمِ اَرْذَلُهُمْ، وَسَادَ الْقَبِيْلَةَ فَاسِقُوْهُمْ.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai setiap kabilah dipimpin oleh orang-orang munafiqnya; pemimpin suatu kaum
adalah orang-orang yang terburuk di kalangan mereka; dan yang memimpin suatu
kabilah adalah orang-orang fasik di kalangan mereka. [HR. al-Thabarani dalam
Mu’jam al-Kabir 10/228 dari Abdullah bin Mas’ud; al-Tirmidzi no. 2211 dari Abu
Hurairah RA]
Status hadith ini dhaif (dari Ibnu Mas’ud sama), dari Abu Hurairah
juga dhaif menurut Syeikh al-Albani dan al-Hafiz Abu Thahir dalam takhrij
mereka pada kitab Sunan Tirmidzi.
10.
اَنْ تُزَحْزَفَ الْمَحَارِبُ وَتُخْرِبَ الْقُلُوْبُ.
Dihiasnya mihrab-mihrab dan
kosongnya hati-hati. [HR. al-Thabarani dari Ibnu Mas'ud RA]
Hadith ini juga diriwayatkan oleh
al-Haithami, al-Baihaqi, Ibn al-Najjar dan al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz
al-‘Ummal. Status hadith ini menurut al-Baihaqi dan al-Haithami bersanad dhaif.
11.
فُشُوُّ التِّجَارَةِ حَتَّى تَعِيْنَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى
التِّجَارَةِ، وَقَطْعُ الأَرْحَامِ، وَفُشُوُّ الْقَلَمِ، وَظُهُوْرُ
الشَّهَادَاتِ بِالزُّوْرِ.
Merebaknya dunia perdagangan,
sampai-sampai seorang isteri membantu suaminya untuk berdagang; terputusnya
silaturrahim; tersebarnya dunia tulis-menulis (teknologi informasi); maraknya
persaksian-persaksian palsu. [HR. Ahmad no. 3870 dan Bukhari dalam Adabul
Mufrad no. 1049 daripada Ibnu Mas’ud RA]
Status hadith ini adalah sahih
menurut Syeikh Ahmad Syakir dalam Musnad Ahmad 5/333, dan Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Sahih no. 647.
Yang dimaksudkan tersebarnya
dunia “tulis menulis” adalah banyaknya tulisan-tulisan, namun sedikitnya ulama.
Maksudnya: Masyarakat mencukupkan diri dengan mempelajari tulisan-tulisan,
tanpa bergaul dengan orang-orang yang ahli ilmu.
12.
اَنْ يُتَّخَذَ الاَمَانَةُ مَغْنَمًا وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا،
وَيُتَعَلَّمُ الْعِلْمُ لِغَيْرِ دِيْنٍ.
Amanat dijadikan sebagai barang
jarahan (rampasan); zakat dijadikan sebagai ganti rugi; dan ilmu dipelajari untuk
tujuan selain agama. [HR. Tirmidzi no. 2211 dari Abu Hurairah RA]
Hadith ini dan yang semakna juga
diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsath;
al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid; al-Tibrizi dalam Misykat al-Mashabih; dan
al-Muttaqi al-Hindi. Status hadith ini adalah dhaif (lihat no. 9)
13.
إِذَا أَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَ عَقَّ أُمَّهُ، وَأَدْنَى
صَدِيْقَهُ وَأَقْصَى أَبَاهُ، وَارْتَفَعَتِ الأَصْوَاتُ فِي الْمَسَاجِدِ.
Jika seorang suami patuh pada isterinya
dan menderhakai ibunya; dia dekat kepada temannya, namun jauh dari ayahnya; dan
suara-suara menggema di masjid-masjid. [HR.Tirmidzi no. 2211 dari Abu Hurairah
RA]
Imam Tirmidzi menilai hadith ini
gharib. Status hadith ini adalah dhaif (lihat no. 9).
14.
إِذَا ظَهَرَتِ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتِ الْخُمُوْرُ،
وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الأُمَّةِ أَوَّلَهَا.
Ketika marak para penyanyi dan
alat muzik; diminumnya khamar-khamar; generasi akhir umat (Islam) ini melaknati
generasi awalnya. [HR. Tirmidzi no. 2211 dari Abu Hurairah RA]
Sebenarnya dua riwayat di atas
adalah satu hadith. Selain diriwayatkan oleh al-Tirmidzi, hadith ini juga
diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsath;
al-Baihaqi dalam Sunan al-Baihaqi; al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid;
al-Tibrizi dalam Misykat al-Mashabih; dan al-Muttaqi al-Hindi. Status hadith
ini adalah dhaif. (lihat no. 9).
15.
أَنَّ أَمَامَ الدَّجَّالِ سِنُوْنَ خَدَعَاتٍ، يُكَذَّبُ فِيْهَا
الصَّادِقُ، وَيُصَدَّقُ فِيْهَا الْكَاذِبُ، وَيُخَوَّنُ فِيْهَا الأَمِيْنُ،
وَيُؤْتَمَنُ فِيْهَا الْخَائِنُ. وَيَتَكَلَّمُ فِيْهَا الرُّوَيْبِضَةْ. قِيْلَ:
وَمَا الرُّوَيْبَضَةُ؟ قَالَ: الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ
الْعَامَّةِ.
Sesungguhnya sebelum Dajjal muncul,
ada tahun-tahun penipuan, (iaitu) didustakannya orang yang jujur; dibenarkannya
orang yang dusta; dinilai berkhianatnya orang yang dapat dipercaya;
dipercayanya orang yang berkhianat; pada tahun-tahun itu, Ruwaibidhah ikut
berbicara. Beliau ditanya: “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Nabi SAW menjawab:
Orang bodoh yang berbicara tentang masalah orang awam. [HR. Ahmad 3/220 no. 13298 dan Bazzar no. 2740 dari Anas
bin Malik]
Hadith ini dan yang semakna juga
diriwayatkan dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsath no. 3258; Sunan
Ibn Majah no. 4036; Musnad Abi Ya’la 6/378; al-Mustadrak karya al-Hakim 5/659;
Majma’ al-Zawaid 7/287. Status hadith ini adalah sahih menurut Syeikh
al-Albani dalam Sahih Jami’ no. 3650. Hasan menurut al-Wadi ‘ie dalam Sahih
Musnad no. 27.
16.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَرَوْا أُمُوْرًا عِظَامًا لَمْ
تُحَدِّثُوْا بِهَا أَنْفُسَكُمْ، يَتَفَاقَمُ شَأْنُهَا فِي اَنْفُسِكُمْ،
وَتَسْأَلُوْنَ هَلْ كَانَ نَبِيُّكُمْ ذَكَرَ لَكُمْ مِنْهَا ذِكْرًا، وَحَتَّى
تَرَوْا الْجِبَالَ تَزُوْلَ عَنْ أمَاكِنِهَا.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai kalian melihat kejadian-kejadian agung yang belum pernah kalian
dengarkan ceritanya; keadaannya terasa gawat bagi diri kalian; dan kalian
bertanya-tanya, apakah Nabi kalian pernah memberikan suatu peringatan terkait
kejadian-kejadian itu?; dan hingga kalian melihat gunung-gunung runtuh dari
tempat-tempatnya. [HR. Ahmad no. 20178 dan al-Thabarani dari Samurah bin Jundub
RA]
Hadith ini disebutkan dalam versi
lengkap berupa hadith yang panjang dalam al-Musnad Ahmad; al-Mu’jam al-Kabir
karya al-Thabarani; Sunan al-Baihaqi; Sahih Ibn Hibban; Sahih Ibn Khuzaimah no.
1397; al-Mustadrak karya al-Hakim; Majma’ al-Zawaid karya al-Haithami dan
Musannaf Ibn Abi Syaibah. Para perawi hadith ini tsiqah kecuali Tsa’labah bin Abadul
Abdi, dia ditsiqahkan oleh Ibnu Hibban. Syeikh al-Albani meletakkan hadith ini
dalam Silsilah Hadith Sahih 7/167, Ibnu Katsir menunjukkan riwayat ini ada
penguatnya dalam Jami’ al-Masanid wal Sunan no. 4675.
17.
إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرُوا السَّاعَةَ.
Jika suatu perkara diserahkan
kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat. [HR. Bukhari no. 59 dari
Abu Hurairah RA]
Status hadith ini adalah sahih.
18.
لا تَذْهَبُ الدُّنْيا حتّى يَمُرَّ الرَّجُلُ على القَبْرِ فَيَتَمَرَّغُ
عليه، ويقولُ: يا لَيْتَنِي كُنْتُ مَكانَ صاحِبِ هذا القَبْرِ
Dunia tidak akan musnah sampai
seseorang melewati perkuburan, kemudian dia bolak-balik ke perkuburan dan
berkata: “Seandainya saja aku adalah penghuni kuburan ini”. [HR. Muslim no.
2907, Ibnu Majah no. 3278 dari Abu Hurairah RA]
Status hadith ini adalah sahih.
19.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَسَافُدَ النَّاسُ تَفَاسُدَ
الْبَهَائِمِ فِي الطُّرُقِ.
Hari kiamat tidak akan datang
sampai manusia bersetubuh di jalan-jalan seperti persetubuhan
binatang-binatang. [HR. al-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath 1/432 dari Ibnu
Umar]
Hadith ini dan yang semakna juga
diriwayatkan dalam Musnad Ibn Abi Syaibah; Musnad al-Bazzar 6/345 dan Kanz
al-‘Ummal14/246. Status hadith ini sahih menurut al-Bazzar, Ibnu Hibban
dan al-Hakim.
20.
لاَ تَفْنَى هَذِهِ الأُمَّةُ حَتَّى يَقُوْمَ الرَّجُلُ إِلَى الْمَرْأَةِ
فَيَفْتَرِشَهَا فِي الطَّرِيْقِ، فَيَكُوْنُ خِيَارُهُمْ يَوْمَئِذٍ مَنْ
يَقُوْلُ: لَوْ وَارَيْنَا وَرَاءَ هَذَا الْحَائِطِ.
Umat ini tidak akan musnah sampai
ada laki-laki menemui wanita lalu dia menyetubuhi wanita itu di jalan. Dan
orang pilihan di antara mereka saat itu adalah orang yang berkata: “Hendaknya
kita berhubungan badan di belakang tembok ini”. [HR. Abu Ya'la no. 6183, ad-Dailami
dalam Musnad Firdaus no. 7044 dari Abu Hurairah RA]
Hadith lain yang semakna
diriwayatkan oleh al-Thabarani sebagai syahid atau penguat bagi hadith di atas.
Para perawi hadith di atas berstatus tsiqah sepertimana disebutkan oleh
al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/334, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith
Sahih 1/868
21.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تُوْجَدَ الْمَرْأَةُ نَهَارًا تُنْكَحُ اي
تُجَامَعُ وَسَطَ الطَّرِيْقِ، لاَ يُنْكِرُ ذَلِكَ أَحَدٌ، فَيَكُوْنُ
أَمْثَلُهُمْ يَوْمَئِذٍ اَلَّذِيْ يَقُوْلُ: لَوْ نَحَيْتَهَا عَنِ الطَّرِيْقِ
قَلِيْلاً، فَذَلِكَ فِيْهِمْ مِثْلُ أَبِيْ بَكْرٍ وَ عُمَرَ فِيْكُمْ.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai ada wanita di siang hari disetubuhi di tengah jalan, dan tidak ada
seorang pun yang mengingkari hal itu. Orang yang paling terhormat di antara
mereka saat itu adalah orang yang berkata: “Hendaknya engkau sedikit menjauh
dari jalan”. Orang itu di tengah-tengah mereka layaknya Abu Bakar dan Umar di
sisi kalian. [HR. al-Hakim dari Abu Hurairah RA]
Hadith ini juga diriwayatkan oleh
al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Status hadith ini adalah sahih
menurut al-Hakim. Dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith
Dhaif no. 1254 (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 137434).
22.
وَحَتَّى تَمُرَّ الْمَرْأَةُ عَلَى الْقَوْمِ، فَيَقُوْمُ أَحَدُهُمْ
فَيَرْفَعُ بِذَيْلِهَا كَمَا يَرْفَعُ ذَنْبَ النَّعْجَةِ، فَيَقُوْلُ
بَعْضُهُمْ: أَلاَ وَارَيْتَهَا وَرَاءَ الْحَائِطِ، فَهُوَ يَوْمَئِذٍ فِيْهِمْ
مِثْلُ أَبِيْ بَكْرٍ وَ عُمَرَ فِيْكُمْ.
[Hari kiamat tidak akan terjadi]
sampai ada wanita berjalan di dihadapan suatu kaum, kemudian salah seorang dari
mereka mengangkat kain wanita itu layaknya mengangkat ekor kambing. Lalu sebahagian
mereka berkata: “Sebaiknya kita menyetubuhinya di belakang tembok”. Padahal
orang tersebut pada saat itu di tengah-tengah mereka layaknya Abu Bakar dan Umar
RA di tengah-tengah kalian.
Hadith ini hanya diriwayatkan
oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir yang sekaligus menjadi syahid atau penguat
bagi hadith 20 di atas. Status hadith rujuk no. 22.
23.
اَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَتَنَاكَرَ الْقُلُوْبُ وَتَخْتَلِفَ
الأَقَاوِيْلُ وَيَخْتَلِفَ الأَخَوَانِ مِنَ الأَبِ وَالأُمِّ فِي الدِّيْنِ.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai hati-hati manusia saling bermusuhan; pendapat-pendapat saling bertentangan;
dan dua bersaudara dari ayah dan ibu saling berbeza dalam agama. [HR.
al-Dailami dari Hudzaifah RA]
Hadith ini memang hanya
diriwayatkan oleh al-Dailami 5/90 no. 7556.
24.
لا تقومُ الساعةُ حتى يكونَ السلامُ على المَعرفةِ وإن هذا عرفنِي من
بينكُم فسلّم عليّ، وحتى تُتخذَ المساجدُ طرقا لا يسجدُ للهِ فيها حتى يَخرونَ
وحتى يَبعثَ الغلامُ الشيخَ بريدا بين الاثنينَ وحتى ينطلقَ التاجرُ إلى أرضٍ فلا
يجد ربحا
Hari kiamat tidak akan tiba
sampai masjid-masjid dijadikan pejabat-pejabat dan Allah tidak disembah di
dalamnya; anak kecil menyuruh orang tua sebagai tukang pos yang pergi ke sana
ke mari; dan hingga pedagang menjelajah ke sana ke mari, namun dia tidak
memperoleh keuntungan. [HR. al-Thabarani dari Ibnu Mas'ud RA.]
Hadith ini dan yang semakna juga
diriwayatkan Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 8/158. Hadith ni dhaif
menurut Ibnu Adi, Ibnu al-Qaisarani dalam Zakiratul Huffaz 5/2634 dan az-Zahabi
dalam Mizanul I’tidal 3/235, kerana perawi yang matruk bernama Abu Hamzah
al-Qassab.
25.
يأتي على الناس زمان همتهم بطونهم وشرفهم متاعهم وقبلتهم نساؤهم ودينهم
دراهمهم ودنانيرهم أولئك شرار الخلق لا خلاق لهم عند الله
Akan datang kepada manusia, suatu
masa di mana keinginan kuat mereka
adalah (keperluan.) perut; kehormatan mereka adalah harta; kiblat mereka adalah
wanita; agama mereka adalah dirham dan dinar; mereka adalah seburuk-buruk
makhluk, tiada bahagian sedikitpun bagi mereka di sisi Allah.
Hadith ini diriwayatkan oleh al-Dailami
dalam musnadnya 5/444 no. 8688 dan al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-‘Ummal
11/192 no. 31186 daripada Ali ra. Ibnu
Hajar dalam Gharaib al-Multaqathah min Musnad Firdaus hal. 3306, menilai sanad
hadith ini palsu kerana al-Harits atau al-A’war tertuduh dusta dan terdapat juga
perawi majhul, Diwan Abdullah bin Raja’. Hadith ini didhaifkan oleh Ibn Baz,
hadith ini dinilai palsu dalam oleh Lajnah Daimah (Fatwa Syabakah Islamiyah
no. 80198; https://majles.alukah.net/t163933/; https://www.islamink.com/2021/01/blog-post_9.html; Fatwa Lajnah Daimah no. 9580).
26.
لاَ تَذْهَبُ الأَيَّامُ وَاللَّيَالِيُّ حَتَّى يَخْلُقَ الْقُرْأَنُ فِي
صُدُوْرِ اَقْوِامٍ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ كَمَا يُخْلَقُ الثِّيَابُ، وَيَكُوْنَ
مَا سِوَاهُ أَعْجَبَ لَهُمْ، وَيَكُوْنَ أَمْرُهُمْ طَمْعًا كُلَّهُ، لاَ
يُخَالِطُهُ خَوْفٌ اِنْ قَصَّرَ فِي حَقِّ اللهِ تَعَالَى، مَنَّتْهُ نَفْسُهُ
الأَمَانِيَّ، وَاِنْ يُجَاوِزَ إِلَى مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ. قَالَ: اَرْجُوْ
اَنْ يَتَجَاوَزَ الله عَنِّيْ.
Hari-hari dan malam-malam tidak
akan berakhir sampai al-Quran menjadi usang (lapuk) di dada para kaum di antara
umatku, seperti usangnya baju-baju. Sedangkan perkara selain al-Quran lebih
menakjubkan bagi mereka; semua perkara mereka dilandasi sifat tamak; tanpa ada
sedikitpun rasa takut ketika berbuat cuai dalam hak Allah Ta’ala; masing-masing
orang ingin memenuhi impian-impiannya; jika dia melanggar larangan Allah, maka
dia berkata: “Saya berharap Allah mengampuniku”.
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu
Nu’aim dalam al-Hilyah 6/59; al-Haithami dalam Musnad al-Harits 2/767 no. 768
dan al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-‘Ummal no. 38567. Sanadnya dhaif
jiddan menurut Ibnu Hajar, terdapat perawi yang matruk, Abban bin Abi Ayyash
(al-Mathalib al-'Aliyah 18/305 no. 4473).
27.
يَدْرُسُ الاِسْلاَمُ كَمَا يَدْرُسُ وَشْيُ الثَّوْبِ. حَتَّى لاَ يُدْرَى
مَا صِيَامٌ وَلاَ صَلاَةٌ وَلاَ نُسُكٌ وَلاَ صَدَقَةٌ. وَيَبْقَى طَوَائِفٌ مِنَ
النَّاسِ الشَّيْخُ الْكَبِيْرُ وَالْعَجُوْزُ الْكَبِيْرَةُ، وَيَقُوْلُوْنَ: أَدْرِكْنَا
آباءَنَا عَلَى هَذِهِ الْكَلِمَةِ لا إِلهَ إِلاَّ الله، فَنَحْنُ نَقُوْلُهَا.
Islam akan rosak sebagaimana rosaknya
hiasan baju. Sampai-sampai tidak diketahui apa itu puasa, solat, haji dan sedaqah.
Kemudian kelompok yang tersisa di tengah-tengah manusia adalah kaum laki-laki
dan wanita yang lanjut usia; mereka berkomentar: “Kami mendapati para orang tua
kami menetapi kalimat ini La Ilaha Illallah, maka kami pun ikut
mengucapkannya”. [HR. Ibnu Majah dari Hudzaifah bin Al-Yaman RA]
Hadith ini juga diriwayatkan oleh
al-Hakim dalam al-Mustadrak; al-Baihaqi dalam Syuabul Iman; serta dalam Musnad
al-Bazzar dan Kanz al-‘Ummal. Status hadith ini adalah sahih menurut
al-Hakim.
28.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى لاَ يُقَالُ فِي الأَرْضِ لا إِلهَ إِلاَّ
الله.
Hari kiamat tidak akan terjadi sampai
tidak lagi diucapkan di muka bumi, (kalimat) La Ilaha Illallah.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dalam al-Musnad; al-Hakim dalam al-Mustadrak; al-Haithami dalam Majma’
al-Zawaid. Status hadith ini sahih menurut al-Hakim.
29.
لا تقومُ السّاعةُ حتّى يظهَرَ الفُحشُ والبُخلُ، ويُخوَّنُ الأمينُ،
ويُؤتمَنُ الخائنُ، وتهلِكُ الوُعولُ، وتظهَرُ التُّخوتُ، قال: يا رسولَ اللهِ !
وما الوُعولُ وما التُّخوتُ؟ قال: الوُعولُ: وجوهُ النّاسِ، والتُّخوتُ: الَّذين
كانوا تحت أقدامِ النّاسِ
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai marak perbuatan keji dan bakhil; dianggap berkhianatnya orang yang dapat
dipercaya dan diberi amanatnya orang yang khianat; akan rosak para wa'ul dan
akan marak para tahut". Para Shahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah,
apakah yang dimaksud tahut dan wa’ul?” Nabi SAW menjawab: “Wa’ul adalah orang-orang
yang terkemuka dan mulia di masyarakat (yakni, masyarakat kelas atas);
sedangkan tahut adalah orang-orang yang berada di bawah “telapak kaki” manusia
(yakni, masyarakat kelas bawah). [HR. al-Thabarani dari Abu Hurairah RA]
Hadith ini diriwayatkan oleh
al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath no. 3767, Abu Nuai’im dalam Hilyatul
Auliya 4/306 dan Ibnu Hibban no. 6844. Hadith yang semakna juga diriwayatkan
oleh dari sahabat Said bin Jubair ra. Hadith ini didhaifkan oleh Abu Nua’im dan
Syeikh al-Arnauth. Manakala Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no.
3211 mensahihkan hadith ini dengan pengumpulan jalan riwayat.
30.
لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ سَبْعُوْنَ كَذَّابًا، قُلْتُ:
وَمَا اَيَتُهُمْ؟ قَالَ: يَأْتُوْنَكُمْ بِسُنَّةٍ لَمْ تَكُوْنُوْا عَلَيْهَا،
يُغَيِّرُوْنَ بِهَا سُنَّتَكُمْ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوْهُمْ فَاجْتَنِبُوْهُمْ.
Hari kiamat tidak akan terjadi
sampai muncul 70 pendusta. Saya bertanya: “Apakah tanda-tanda mereka?”. Nabi
SAW menjawab: “Mereka datang kepada kalian dengan membawa sunnah yang kalian
belum pernah menetapinya; mereka merubah sunnah kalian dengan sunnah tersebut.
Apabila kalian melihat mereka, maka jauhilah mereka. [HR. Thabarani dari
Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA]
Hadith yang semakna juga
diriwayatkan oleh al-Thabarani. Ada versi lain, redaksi (لاَ تَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى تَخْرُجَ سَبْعُوْنَ
كَذَّابًا) menjadi hadith tersendiri yang diriwayatkan dalam al-Thabarani
(Tuhfat al-Ahwadzi 6/78). Terdapat juga riwayat dari Anas ra yang diriwayatkan
oleh Abi Ya’la, juga sanadnya dhaif. Status hadith dengan potongan redaksi ini
adalah dhaif (Fathul Bari 13/93). Dhaif menurut syeikh al-Albani
dalam Dhaif Jami’ no. 6258.
31.
إذا ظَهَرَ القولُ، وخُزِنَ العملُ، وائتلَفتِ الألسنةُ، وتباغَضتِ
القلوبُ، وقَطعَ كلُّ ذي رحمٍ رحمَهُ، فعندَ ذلِكَ لعنَهُمُ اللَّهُ، وأصمَّهم،
وأعمى أبصارَهُمْ
Ketika banyak bertebaran
perkataan; digudangkan (ditiadakan) perbuatan; lisan-lisan bersatu, tapi hati
berseteru; setiap kerabat memutus tali silaturrahimnya; maka ketika itu, Allah
melaknati mereka, membuat mereka tuli dan membutakan penglihatan mereka. [HR. Ahmad
dan Abdullah bin Humaid dari Salman al-Farisi RA]
Hadith ini juga diriwayatkan
al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsath; al-Haithami
dalam Majma’ al-Zawaid; dan al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-‘Ummal; Imam
al-Suyuthi dalam Jami‘ al-Ahadith menyebut hadith ini juga diriwayatkan oleh
Ibn ‘Asakir, al-Hasan bin Sufyan dan al-Khara’ithy. Menurut al-Haithami, sanad
hadith ini dhaif. Didhaifkan juga oleh Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5559.
Al-Muttaqi al-Hindi menjelaskan baHawa
bahagian awal matan hadith di atas terdapat dalam Sahih Muslim pada kitab (bab)
al-Birr wa al-Shilah. Sedangkan bahagian akhir matan hadith adalah ayat al-Quran,
tepatnya Surah Muhammad [47]: 23.
32.
إِذَا النَّاسُ اَظْهَرُوا الْعِلْمَ، وَضَيَّعُوْا الْعَمَلَ،
وَتَحَابُّوْا بِالأَلْسُنِ، وَتَبَاغَضُوْا بِالْقُلُوْبِ، وَتَقَاطَعُوْا فِي
الأَرْحَامِ، لَعَنَهُمُ الله عِنْدَ ذلِكَ، فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى
اَبْصَارَهُمْ.
Ketika manusia menampakkan ilmu,
namun menyia-nyiakan amal; saling mengasihi melalui lisan saja, tetapi hatinya
saling benci; mereka memutus tali silaturrahim; maka Allah akan melaknati
mereka pada saat itu. Kemudian membuat mereka tuli dan membutakan penglihatan
mereka. [HR. Ibnu Abi Dunya dari al-Hasan RA sepertimana disebutkan dalam Durar
al-Mantsur 13/446]
Dalam Qurrah al-‘Ainayn fi Syarh
Ahadith Mukhtarah min al-Sahihayn karya Sulaiman bin Muhammad al-Luhaimid
disebutkan baHawa riwayat di atas bukanlah hadith, melainkan perkataan seorang
ulama’ salaf, iaitu al-Hasan al-Basri.
Ada satu lagi riwayat yang seakan
semakna melalui sahabat Salman al-Farisi mausul kepada Nabi saw dalam riwayat
at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 1578. Akan tetapi al-Iraqi mendhaifkan
sanadnya dalam Takhrij Ihya 1/71, begitu juga al-Haithami dalam Majma Zawaid
7/290.
No comments:
Post a Comment