Matan hadith
أنَّ رسولَ اللهِ ﷺ تَلا هذه الآيةَ: {وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ
قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثالَكُمْ} [محمد: ٣٨] قالوا: يا رسولَ
اللهِ، مَن هؤلاء الذين إنْ تولَّيْنا استُبدِلوا بنا، ولا يَكونوا أمثالَنا؟
فضَرَبَ على فَخِذِ سَلْمانَ، وقال: هذا وقَومُه، ولو كان الدينُ عندَ الثُّريّا
لَتَناوَلَه رِجالٌ منَ الفُرسِ
Terjemahan
Ibnu Abu Hatim dan Ibnu Jarir
mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Abdul Ala, telah
menceritakan kepada kami Ibnu Wahb, telah menceritakan kepadaku Muslim ibnu
Khalid, dari Al-Ala ibnu Abdur Rahman, dari ayahnya, dari Abu Hurairah r.a.
yang menceritakan baHawa Rasulullah Saw. membaca ayat berikut, iaitu firman-Nya:
dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang
lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini). (Muhammad: 38) Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan mereka yang jika kami
berpaling maka akan menjadi pengganti kami dan mereka tidak akan seperti kami
sikapnya?" Abu Hurairah r.a. melanjutkan kisahnya, baHawa lalu Rasulullah
Saw. menepukkan tangannya ke bahu Salman Al-Farisi r.a. seraya bersabda:
"هَذَا وَقَوْمُهُ، وَلَوْ كَانَ الدِّينُ عِنْدَ الثُّرَيَّا لَتَنَاوَلَهُ
رِجَالٌ مِنَ الْفُرْسِ"
Orang ini dan kaumnya. Seandainya
agama berada di bintang tsurayya, nescaya akan diraih oleh orang-orang dari
Persia.
Takhrij
HN. At-Thabari dalam tafsirnya
surah Muhammad ayat 38
Hadith gharib (dhaif) menurut
al-Baghawi dalam Syarahus Sunnah 7/261.
Dhaif menurut Syeikh al-Arnauth dalam
Takhrij Musykil Atsar no. 2134.
Terdapat beberapa perawi bermasalah,
Muslim bin Khalid az-Zunji, Abdullah bin Jaafar.
Muslim ibnu Khalid Az-Zunji
meriwayatkan hadith ini secara munfarid, tetapi banyak perawi lain yang
meriwayatkan hadith ini darinya. Dan ada sebagian imam ahli hadith yang
mempermasalahkan dia; hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment