Kisah tular
Nabi Idris diriwayatkan tak henti
beribadah siang dan malam sampai orang lain kesulitan utk menggambarkan giatnya
ibadah Nabi Idris, bahkan malaikat maut pun rindu ingin bertemu dengan Nabi
Idris. Malaikat maut meminta izin kepada Allah untuk mengunjungi Nabi Idris,
maka malaikat maut pun menemui Nabi Idris dalam bentuk manusia. Malaikat maut
memberi salam kepada Nabi Idris dan duduk di sampingnya. Nabi Idris alaihi
salam biasa puasa Dahr, ketika tiba waktu berbuka maka ada malaikat yang
membawakan makanan dari syurga. Malaikat maut datang pada malam itu dengan
membawa makanan dari syurga, Nabi Idris berbuka dengan makan itu dan berkata kepada
malaikat maut :" Engkau makanlah juga." Namun malaikat maut tidak
memakannya. Di dalam kitab sahih telah disebutkan bahawa Rasulullah SAW, bersua
dengannya pada malam beliau menjalani israk, sedangkan Nabi Idris berada di
langit yang keempat.
Menurut Ibnu Abbas, firman Allah
SWT tentang Idris dalam Surah Maryam: Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat
yang tinggi. (Maryam: 57) Kab menjawab bahawa mengenai Idris, sesungguhnya
Allah mewahyukan kepadanya, "Sesungguhnya Aku akan mengangkat bagimu
setiap harinya amal perbuatan yang semisal dengan semua amal perbuatan
anak-anak Adam (Seluruh manusia)." Maka Idris menginginkan agar amalnya
terus bertambah. Kemudian datanglah seorang malaikat yang terdekat dengannya.
Idris berkata kepada malaikat itu, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan
anu dan anu kepadaku, maka bicaralah kamu kepada malaikat maut agar sudilah ia
menangguhkan ajalku supaya amalku makin bertambah. "Malaikat itu akhirnya
mambawa Idris di antara kedua sayapnya, lalu naik ke langit. Ketika sampai di
langit keempat, malaikat maut yang sedang turun bersua dengannya. Maka malaikat
yang membawanya mengemukakan apa yang dimaksudkan oleh Idris. Malaikat maut
bertanya, "Sekarang Idris ada di mana?" Malaikat itu
menjawab,"Dia sekarang ada di belakangku." Malaikat maut
berkata,"Aku hairan, mengapa aku diperintahkan untuk mencabut roh Idris di
langit keempat. Pada mulanya aku bertanya, mengapa aku mencabut roh Idris di
langit keempat, sedangkan ia berada di bumi? Akhirnya roh Nabi Idris dicabut di
langit yang keempat. Di dalam riwayat ini disebutkan pula bahawa malaikat yang
terdekat dengan Idris ketika menanyakan kepada malaikat maut tentang ajal yang
masih tersisa bagi Idris, malaikat maut menjawab. ”Saya tidak tahu, nanti saya
akan lihat dahulu." Malaikat maut melihat buku catatannya, kemudian
berkata, "Sesungguhnya kamu menanyakan kepadaku tentang seorang lelaki
yang tiada tersisa bagi ajalnya selain dari sekejap mata". Lalu malaikat
maut memandang ke arah bawah kedua sayapnya, tiba-tiba ia melihat Idris telah
dicabut nyawanya, sedangkan malaikat maut itu tidak menyedari bahawa dirinya
telah mencabutnya.
Ibnu Abu Nujaih telah
meriwayatkan bahawa Nabi Idris diangkat ke langit dan tidak mati, perihalnya
sama dengan pengangkatan Nabi Isa.
Ibnu Abbas sehubungan dengan
makna firman-Nya: Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.
(Maryam: 57) Bahawa Idris diangkat ke langit yang keenam dan wafat di tempat
itu. Hal yang sama telah dikatakan oleh Ad-Dahhak ibnu Muzahim.
Malaikat maut mencabut nyawanya
Nabi Idris, maka saat itu juga beliau wafat, Malaikat maut menangis dan berdoa
kepada Allah agar mengembalikan nyawa sahabatnya, Idris. Allah mengabulkan
doanya dan menghidupkan kembali Nabi Idris alaihi salaam. Malaikat maut
merangkul Nabi Idris yang hidup kembali sambil bertanya: "Wahai saudaraku,
bagaimana rasanya pahitnya kematian ?" Nabi Idris menjawab :
"Sesungguhnya hewan ketika dikuliti hidup-hidup, maka sakitnya kematian 1000
kali lipat lebih berat daripada hal itu." Malaikat maut berkata :
"Padahal aku mencabut nyawamu dengan halus dan itu belum pernah aku
lakukan kepada seorang pun sebelumnya." "Wahai malaikat maut, aku
masih punya kebutuhan lain terhadapmu, aku ingin melihat neraka jahannam, dan
aku akan beribadah kepada Allah ta'ala setelah melihat tali kekang dan hiruk
pikuk jahannam," kata Nabi Idris. Malaikat maut menjawab : "bagaimana
aku pergi keneraka Jahannam tanpa adanya perintah dari Allah ta'ala ?"
Allah pun memberinya perintah, Malaikat maut membawa Nabi Idris ke neraka
jahannam, di sana beliau melihat semua hal yang Allah ciptakan untuk
musuh-musuhnya mulai dari rantai, belenggu, tali kekang, ular, kalajengking,
api, ter, zaqqum dan air panas. kemudian keduanya kembali. "Wahai malaikat
maut, aku punya kebutuhan lagi thdmu, aku ingin engkau membawaku ke syurga, aku
ingin melihat apa yang Allah ciptakan untuk para kekasih-Nya dan aku akan
menambah lagi ibadahku." kata Nabi Idris lagi. Malaikat maut menjawab :
"Bagaimana boleh aku pergi ke syurga tanpa adanya perintah dari Allah
ta'ala ?" Allah pun memberinya perintah, Malaikat maut membawa Nabi Idris
sampai ke pintu syurga, dari sana Nabi Idris boleh melihat
kenikmatan-kenikmatan, kerajaan yang agung, hadiah yang luar biasa,
pohon-pohon, sungai-sungai dan buah-buahan. Nabi Idris berkata : "Wahai
saudaraku malaikat maut, aku telah merasakan pahitnya kematian, telah melihat
hiruk pikuk neraka jahannam, apakah engkau mau memohon kepada Allah agar
mengizinkanku masuk ke dalam syurga dan meminum airnya agar hilang pahitnya
kematian ?" Malaikat maut meminta izin kepada Allah dan Allah pun
mengizinkan Nabi Idris untuk masuk ke dalam syurga dan kemudian keluar lagi.
Maka masuklah Nabi Idris alaihis salaam kedalam syurga dan beliau meninggalkan
sandalnya di bawah pohon yang ada di syurga lalu keluar. Nabi Idris berkata :
"Wahai malaikat maut, sendalkau tertinggal di dalam syurga."Kalau
begitu kembalilah dan ambil sendalmu." kata malaikat maut.
Takhrij
أن ملك الموت كان صديقا لإدريس وقد
صحبه في رحلته التي كان يتعبد فيها ويسيح في الأرض.. فقال له أسالك بالذي أحببتني
لأجله أن تريني لمحة من الجنة- وكان قد طلب منه قبل ذلك أن يميته ويريه النار
ليحمله ذلك على العبادة- فقال له ملك الموت - عليه السلام : يا نبي الله أبشر !
فإنك إن شاء الله من خيار أهلها وإنها إن شاء الله مقيلك ومصيرك، فقال : يا ملك
الموت إني أحب أن أنظر إليها ولعل ذلك أن يكون أشد لشوقي وحرصي وطلبي! فذهب به إلى
باب من أبواب الجنة فنادى بعض خزنتها فأجابوه فقالوا : من هذا ؟ قال: ملك الموت،
فارتعدت فرائصهم وقالوا: أمرت فينا بشيء ؟ فقال: لو أمرت فيكم بشيء ما ناظرتكم
ولكن نبي الله إدريس - عليه السلام - سأل أن ينظر إلى لمحة من الجنة فافتحوا، فلما
فتح أصابه من بردها وطيبها وريحانها ما أخذ بقلبه فقال: يا ملك الموت إني أحب أن
أدخل الجنة فآكل أكلة من ثمارها وأشرب شربة من مائها فلعل ذلك أن يكون أشد لطلبتي
ورغبتي وحرصي، فقال: ادخل، فدخل فأكل من ثمارها وشرب من مائها، فقال له ملك الموت:
اخرج يا نبي الله قد أصبت حاجتك حتى يردك الله مع الأنبياء يوم القيامة، فاحتضن
بساق شجرة من شجر الجنة وقال: ما أنا بخارج منها وإن شئت أن أخاصمك خاصمتك، فأوحى
الله إلى ملك الموت: قاضه الخصومة؛ فقال له ملك الموت: ما الذي تخاصمني به يا نبي
الله ؟ فقال إدريس: قال الله تعالى كل نفس ذائقة الموت" فقد ذقت الموت الذي
كتبه الله على خلقه مرة واحدة، وقال الله : وإن منكم إلا واردها كان على ربك حتما
مقضيا، وقد وردتها أفأردها مرة بعد مرة، وإنما كتب الله ورودها على خلقه مرة واحدة
؟ وقال لأهل الجنة : وما هم منها بمخرجين، أفأخرج من شيء ساقه الله إلي ؟ فأوحى
الله إلى ملك الموت: خصمك عبدي إدريس وعزتي وجلالي: إن في سابق علمي قبل أن أخلقه
أنه لا موت عليه إلا الموتة التي ماتها وإنه لا يرى جهنم غلا خلا ؟ الورد الذي
وردها وأنه يدخل الجنة في الساعة التي دخلها وأنه ليس بخارج منها فدعه يا ملك
الموت
1) kisah yang menceritakan Nabi
Idris as diangkat ke langit lalu diwafatkan di sana adalah bersumberkan kisah israiliyat dan Kisah ini ditemukan dalam banyak kitab
tafsir dan juga dalam Bidayah wan Nihayah Ibnu Katsir, dhaif menurut az-Zahabi.
1/100. Ia tidak tsabit menurut Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 6/375. (Fatwa
Soaljawab Islam no. 136890, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 160425).
2) Kisah Nabi Idris as jelajah
syurga dan neraka juga bersumberkan riwayat israiliyat. Kisah ini tidak ada
dalil sunnahnya, maka boleh percaya bulat-bulat atau menolaknya mentah-mentah
(Fatwa Syabakah Islamiyah no. 105111).
Kisah ini ditemukan juga dalam
sumber syiah, Qasas al-Anbiya al-Jazairi hal. 76.
Kisah yang ditanyakan
dalam soalan adalah termasuk dalam kisah panjang riwayat no. 2 tersebut.
Menyikapi kisah
Israiliyat
Syeikh Muhammad Bin
Shalih al-Utsaimin rahimahullah mengatakan,
وتنقسم هذه الأخبار إلىٰ ثلاثة أنواع:
١. ما أقره الإسلام وشهد
بصدقه فهو حق.
٢. ما أنكره الإسلام وشهد
بكذبه فهو باطل.
٣. ما لم يقره الإسلام
ولم ينكره فيجب التوقف فيه.
Berita-berita
Israiliyat terbagi menjadi tiga keadaan:
1. Berita yang
disetujui dan didukung oleh Islam, maka berita itu adalah kebenaran.
2. Berita tersebut
diingkari dan didustakan oleh Islam, maka itu adalah kebatilan.
3. Islam tidak
membenarkan berita tersebut, tidak pula mengingkarinya, maka wajib tawaquf
(diam) padanya.
Ushul fi at-Tafsir hal. 505
Rujukan
https://binsahak.com/index.php/akidah/2605-sdi-0719-benarkah-nabi-idris-juga-diangkat-ke-langit-seperti-nabi-isa-as
No comments:
Post a Comment