Friday, 18 February 2022

Hadith Nabi saw meminta izin isterinya untuk solat malam

 

Matan hadith

 

عن عَطاءٍ قال: دَخَلتُ أنا وعُبَيدُ بنُ عُمَيرٍ على عائشةَ فقالتْ لعُبَيدِ بنِ عُمَيرٍ: قد آنَ لكَ أنْ تَزورَنا؟! فقال: أقولُ يا أُمَّهْ كما قال الأوَّلُ: زُرْ غِبًّا تَزدَدْ حُبًّا، قال: فقالتْ: دَعُونا مِن رَطانتِكم هذه، قال ابنُ عُمَيرٍ: أخبِرينا بأعجبِ شَيءٍ رَأَيتِه مِن رسولِ اللهِ ﷺ، قال: فسَكَتَتْ ثُمَّ قالتْ: لمّا كان ليلةٌ مِنَ اللَّيالي قال: يا عائشةُ، ذَرِيني أتَعبَّدِ اللَّيلةَ لربِّي، قُلتُ: واللهِ إنِّي لأُحِبُّ قُربَكَ، وأُحِبُّ ما سَرَّكَ، قالتْ: فقام فتَطهَّرَ، ثُمَّ قام يُصلِّي، قالتْ: فلمْ يَزَلْ يَبكي حتى بَلَّ حِجرَه، قالتْ: ثُمَّ بَكى، فلمْ يَزَلْ يَبكي حتى بَلَّ لِحيَتَه، قالتْ: ثُمَّ بَكى، فلمْ يَزَلْ يَبكي حتى بَلَّ الأرضَ، فجاء بِلالٌ يُؤذِنُه بالصَّلاةِ، فلمّا رَآه يَبكي قال: يا رسولَ اللهِ، لِمَ تَبكي وقد غفَرَ اللهُ لكَ ما تَقدَّمَ وما تَأخَّرَ؟ قال: أفَلا أكونُ عبدًا شَكورًا؟! لقد نَزَلَتْ علَيَّ اللَّيلةَ آيةٌ، وَيلٌ لمَن قرَأَها ولم يَتفكَّرْ فيها: {إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَواتِ والْأَرْضِ} [البقرة: ١٦٤]، الآيةَ كلَّها.

Terjemahan

 

Ibnu Hibban meriwayatkan melalui Atha bahawa, “Suatu ketika dia bersama rakannya (Ubaid bin Umair), mengunjungi Aisyah ra. isteri Nabi saw., untuk bertanya tentang peristiwa apa yang paling mengesankan beliau dari rasul saw. Aisyah menangis sambil berkata: “Semua yang beliau lakukan mengesankan kalau hanya menyebut satu, maka satu malam, yakni di malam giliran beliau tidur berdampingan denganku, kulitnya menyentuh kulitku lalu beliau bersabda,”wahai Aisyah, izinkanlah aku beribadah kepada Tuhanku” dan aku berkata berkata, “demi Allah, aku senang berada disampingmu, tetapi aku senang juga engkau beribadah kepada Tuhan.” Maka beliau pergi berwudhu, tidak banyak air yang beliau gunakan lalu berdiri melaksanakan solat dan menangis hingga membasahi janggot beliau lalu sujud dan menangis hingga membasahi lantai, lalu berbaring dan menangis. Setelah itu bilal datang untuk adzan subuh bilal bertanya kepada rasul tentang apa gerangan yang membuat beliau menangis sedang Allah telah mengampuni dosanya yang lalu dan yang akan datang. Rasul saw. menjawab, “aduhai bilal, apa yang dapat membendung tangisku sedang semalam Allah telah menurunkan ayat, “إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَواتِ والْأَرْضِ.., sungguh celaka siapa yang membaca tapi tidak memikirkannya” .

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Hibban 2/386 no. 620, Uqaili dalam Dhuafa’ al-Kabir 2/224, Ibnu Munzir dalam Tafsirnya no. 1261,  daripada Aisyah ra,

 

Sanadnya sahih menurut Syeikh al-Arnauth dalam takhrijnya ke atas Sahih Ibnu Hibban.

 

Hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no. 1468.

 

Hasan menurut al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad no. 1654.

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...