Hadith
Dari Abdullah bin Abbas
Radhiyallaahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda,
يَخْرُجُ مِنْ عَدَنِ أَبْيَنَ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا يَنْصُرُونَ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ هُمْ خَيْرُ مَنْ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ
Akan muncul dari Aden Abyan,
12000 orang yang menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka adalah sebaik-baik orang
di antaraku dan mereka.” [HR. Ahmad no. 2918, 2079 dan Ath-Thabrani dalam
Mu'jam al-Kabir 11/56 no.11029, sahih al-Wadi'ie].
Di ambil kesimpulan dari durus
Syeikh Muqbil al-Wadi'ie ketika berkomentar mengenai hadith ini:-
Yang terlihat dari lafaz
hadith bahawa mereka keluar dari Aden
dan dari penduduk Aden (Yaman). Dan tidak ada larangan untuk keluar bersama
mereka iaitu seseorang yang akidahnya seperti akidah mereka.
Mereka adalah orang-orang yang
berpegang teguh dan MENOLONG AGAMA ALLAH sebagaimana disabdakan Nabi saw.
Mereka bukanlah orang-orang yang
membuat kekacauan dan yang ingin menyalakan fitnah di negeri Yaman.
Aden Abyan adalah satu tempat di
Yaman:
Al-Allamah Ibnul Atsir Al-Jazari
berkata:
فيه [ من كذا وكذا إلى عدنِ أبْيَنَ ] أبيَنُ – بوزن أحمر – : قرية على
جانب البحر ناحية اليمن . وقيل هو اسم مدينة عدن
“Di dalam hadith ada lafaz (dari
demikian menuju Aden Abyan). Abyan –dengan wazan ‘ahmar’- adalah desa di tepi
laut dari arah Yaman. Dan dikatakan bahawa Aden Abyan adalah nama kota Aden.”
(An-Nihayah fii Gharibil Hadith 1/22).
Yang demikian itu bahawa penduduk
‘Aden dan Abyan telah tersifati dengan dua perkara yang membawa kebaikan, iaitu:
PERTAMA: Faqih (pemahaman) dalam agama.
‘Aden Alhamdulillah telah dipenuhi masyaikh dan para da’i Ahlussunnah,
menegakkan perintah Allah dan MENGIKUTI ATSAR DARI ULAMA KIBAR.
KEDUA: Gagah berani dan tidak gentar
bersamaan minimalnya persenjataan dan persiapan bekal.
Al-Imam (Asy-Syaikh Muqbil bin
Hady) al-Wadi’ie dalam Tuhfaatul Mujib hal. 351 berkata:
ففي عــدن إخــوان محبون لسنة رســول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم
ومحبون للعلم النـــافع، ويعلم الله أنني أتمنى في كثير من الأوقـــات أنني أسكن
عندهم في الأيام الباردة من أجـــل إفادتهم، ومن أجل المحافظة على الصحة وإننا
نستبشر بقول النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم :
« يخرج من عدن
أبين اثنا عشر ألفًا ينصرون الله ورسوله هم خير من بيني وبينهم ».
فنرجـــو أن يحقق الله ذلك الــحديث في ذلك الشباب المبـــارك
Sungguh aku memuji Allah Yang
Maha Suci lagi Maha Tinggi, di ‘Aden terdapat ikhwan yang mencintai sunnah
Rasulullah ﷺ dan ilmu yang bermanfaat. Dan Allah mengetahui bahawa aku
berangan-angan di banyak waktu untuk menetap di sisi mereka selama musim dingin
untuk memberi faedah kepada mereka dan menjaga kesihatan (suhu di ‘Aden tidak
sedingin di Dammaj ketika musim dingin). Dan kami berikan khabar gembira dengan
sabda Nabi ﷺ :
يخـــرج من عــدن أبين اثنـــا عشر ألفاً ينصـــرون الله ورسولـــه، هم خير
من بيني وبينهــم
Akan keluar dari ‘ADEN-ABYAN dua
belas ribu pasukan yang akan menolong Allah dan Rasul-Nya, mereka adalah ORANG
TERBAIK antara aku dan mereka. Maka AKU BERHARAP semoga Allah menjadikan hadith
ini dilaksanakan para pemuda yang berkah tersebut.”
Manakala ada dua hadith salah
satunya atsar yang menyokong hal ini (mereka adalah golongan terbaik umat
ketika itu):
عَنْ أَبِي حَوَالَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “ سَيَصِيرُ الْأَمْرُ إِلَى أَنْ
تَكُونُوا جُنُودًا مُجَنَّدَةً ، فَجُنْدٌ بِالشَّامِ ، وَجُنْدٌ بِالْيَمَنِ ،
وَجُنْدٌ بِالْعِرَاقِ “ ، قَالَ ابْنُ حَوَالَةَ : خِرْ لِي يَا رَسُولَ اللَّهِ
، إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ ، قَالَ : “عَلَيْكَ بِالشَّامِ ، فَإِنَّهَا خِيرَةُ
اللَّهِ مِنْ أَرْضِهِ ، يَجْتَبِي إِلَيْهَا خِيرَتَهُ مِنْ عِبَادِهِ ، فَإِنْ
أَبَيْتُمْ ، فَعَلَيْكُمْ بِيَمَنِكُمْ ، وَاسْقُوا مِنْ غُدُرِكُمْ ، فَإِنَّ
اللَّهَ قَدْ تَكَفَّلَ لِي بِالشَّامِ وَأَهْلِهِ “
Pada akhirnya umat Islam akan
menjadi pasukan perang: satu pasukan di SYAM, satu pasukan di YAMAN, dan satu
pasukan lagi di IRAQ. Ibnu Hawalah bertanya: Wahai Rasulullah, pilihkan untukku
jika aku mengalaminya. Nabi saw: Hendaklah kalian memilih Syam, kerana ia
adalah negeri pilihan Allah, yang Allah kumpulkan di sana hamba-hamba
pilihan-Nya, jika tak mampu hendaklah kalian memilih Yaman dan berilah minum
(haiwan kalian) dari kolam-kolam (di lembahnya), kerana Allah menjamin untukku
Negeri Syam dan penduduknya. (HR. Abu Daud no. 2483, Ahmad 4/110, Al-Hakim, dan
Ibnu Hibban, sahih).
أخبرنا عبد الرزاق، قال أخبرنا معمر، عن أيوب، عن ابن سيرين، عن عقبة بن
أوس الدوسي (الصواب: السدوسي)، عن عبد الله بن عمرو بن العاص، قال: « يكون على
الروم ملك لا يعصونه – أو لا يكادون يعصونه – ، فيجيء حتى ينزل بأرض كذا وكذا » ، قال
عبد الله: « أنا ما نسيتها » ، قال: « ويستمد المؤمنون بعضهم بعضا حتى يمدهم أهل
عدن أبين على قلصاتهم »….
Abdullah bin Amr bin Al-Ash ra
berkata: “Rom akan memiliki raja yang mereka taati. Kemudian mereka turun di
tempat demikian dan demikian (iaitu kota A’maq atau kota Dabiq).” Abdullah
berkata:“Aku tidak melupakan tempat tersebut.” Kemudian beliau berkata: “Kaum
mukminin ketika itu saling meminta bantuan kepada yang lainnya (dalam
menghadapi tentara Rom yang banyak) sampai akhirnya penduduk Aden Abyan membantu
(dan bergabung) dengan mereka di atas air sumur-sumur mereka…..dst.” (AR. Abdur
Razzaq dalam Jami’ Ma’mar bin Rasyid 4/174 no. 1433 dan juga dalam Musannafnya
11/287 no. 20813, sanadnya hasan).
Maksudnya adalah bahawa mereka
(pasukan dari Aden) akan berangkat dan bergabung ke kota A’maq bersama pasukan
kaum muslimin untuk berperang melawan Rom pada peristiwa Al-Malhamah Al-Kubra
(Pertempuran Besar) dan Penaklukan Konstantinopel pada akhir zaman sebelum
munculnya Dajjal La’natullah alaih.
Rujukan
http://www.muqbel.net/fatwa.php?fatwa_id=2305
(minit ke 2:57), Kaset Pertanyaan dari daerah Baitul Faqih.
No comments:
Post a Comment