Thursday, 28 April 2022

Hadith-hadith seputar Syaaban

 

 

1.       Nama bulan Syaaban

 

إنما سُمّي شَعْبانَ لأنهُ يَتَشَعَّبُ فيه خَيْرٌ كثِيرٌ لِلصَّائِمِ فيه حتى يَدْخُلَ الجَنَّةَ

 

Sesungguhnya bulan Syaaban dinamakan Syaaban kerana di dalamnya bercabang kebaikan yang sangat banyak untuk orang yang berpuasa pada bulan itu sampai dia masuk ke dalam syurga (HR. ar-Rafi dalam Tarikhnya daripada Anas bin Malik ra, sepertimana disebutkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 2061, palsu menurut  Syeikh al-Albani).

 

2.       Keutamaan bulan Syaaban

 

رَجَبٌ شَهْرُ الله، وشَعْبانُ شَهْرِي، وَرَمَضانُ شَهْرُ أُمَّتِي

 

Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku (HR. Ibnu Abi al-Fawaris dalam al-Amali dan al-Ashabani dalam at-Targhib daripada Hasan la-Basri ra. Hadith mursal menurut as-Syaukani dalam Nailul Authar 4/334 Syeikh al-Albani menilai hadith ini dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4400).

 

 

خِيرَةُ اللهِ مِنَ الشُّهُورِ شَهْرُ رَجَبٍ وَهُوَ شَهْرُ اللهِ، مَنْ عَظَّمَ شَهْرَ اللهِ رَجَبٍ فَقَدْ عَظَّمَ أَمْرَ اللهِ، وَمَنْ عَظَّمَ أَمْرَ اللهِ أَدْخَلَهُ جَنَّاتِ النَّعِيمِ، وَأَوْجَبَ لَهُ رِضْوَانَهُ الْأَكْبَرَ، وَشَعْبَانُ شَهْرِي فَمَنْ عَظَّمَ شَهْرَ شَعْبَانَ فَقَدْ عَظَّمَ أَمْرِي، وَمَنْ عَظَّمَ أَمْرِي كُنْتُ لَهُ فَرَطًا وَذُخْرًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَشُهِرُ رَمَضَانَ شَهْرُ أُمَّتِي

 

Sebaik-baik bulan adalah bulan Allah, (iaitu Rejab). Barang siapa yang mengagungkan bulan Rejab, maka dia telah mengagungkan urusan Allah. Barang siapa yang mengagungkan urusan Allah, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan pasti mendapatkan keridhaan-Nya yang paling besar. Bulan Syaaban adalah bulanku. Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban maka dia telah mengagungkan urusanku. Barang siapa yang mengagungkan urusanku, maka saya akan menjadi pendahulunya dan simpanan kebaikannya di hari kiamat. Bulan Ramadhan adalah bulan umatku…”(HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3713 daripada Anas bin Malik ra. Hadith munkar menurut al-Baihaqi dan palsu menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Tabyin al-Ajib no. 24).

 

 

فَضْلُ رَجَبَ عَلَى سَائِرِ الشُّهُوْرِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الأَذْكَارِ ، وَفَضْلُ شَعْبَانَ عَلَى سَائِرِ الشُّهُوْرِ كَفَضْلِ مُحَمَّدٍ عَلَى سَائِرِ الْأَنْبِيَاءِ ، وَفَضْلُ رَمَضَانَ عَلَى سَائِرِ الشّهُوْرِ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى عِبَادِه.

 

Keutamaan bulan Rejab dari seluruh bulan adalah seperti keutamaan Al-Quran dari seluruh zikir. Keutamaan bulan Syaaban dari seluruh bulan adalah seperti keutamaan Muhammad dari seluruh nabi. Dan keutamaan bulan Ramadhan dari seluruh bulan adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan hamba-hamba-Nya (HR. ad-Dailami dalam Musnad FIrdaus no. 4350, Ibnu Hajar dalam Tabyinul Ajib no. 25. Beliau berkata, “Seluruh rijal sanad ini tsiqah kecuali As-Saqathi sesungguhnya dia Aafah. Dan sangat terkenal memalsukan hadith dan mengganti-ganti sanad serta tidak ada seorang pun yang meriwayatkan dengan sanad hadith seperti ini kecuali dia).

 

 

3.       Puasa di bulan Syaaban

 

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ-صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-يَصُوْمُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ فَرُبَّما أخَّرَ ذلِكَ حَتَّى يَجْتَمِعَ عَلَيْهِ صَوْمُ السَّنَةِ فَيَصُوْم شَعْبَانَ.

 

Dulu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa tiga hari setiap bulan dan terkadang beliau mengakhirkan puasa tiga hari tersebut sampai setahun, kemudian beliau berpuasa di bulan Syaaban (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 2098, daripada Aisyah ra. Dhaif menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari 4/252, dhaif menurut at-Thabarani, al-Haithami, as-Syaukani dan al-Qastalani kerana terdapat perawi yang dhaif bernama Abdurrahman bin Abi Laila).

 

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak berpuasa di bulan Syaaban. Akan tetapi, yang diingkari pada hadith di atas adalah alasan mengapa beliau berpuasa Syaaban.

 

عن أبي هريرة-رضي الله عنه- أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَصُمْ بَعْدَ رَمَضَانَ إِلَّا رَجَبٌ وَشَعْبَانُ

 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah berpuasa setelah bulan Ramadhan kecuali berpuasa di bulan Rejab dan Syaaban saja (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3522, sanadnya dhaif menurut al-Baihaqi, Ibnu Hajar dalam Tabyinul Ajib no. 20 menilai hadith ini munkar).

 

Hadith ini jelas sekali bertentangan dengan hadith-hadith yang lain yang menunjukkan bahawa beliau biasa berpuasa Syawal, Isnin-Khamis dan lain-lain.

 

 

عن عَائِشَةَ ، قَالَتْ: … فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ: مَالِيْ أَرَى أَكْثَرَ صِيَامِكَ فِيْ شَعْبَانَ ، فَقَالَ:

يَا عَائِشَةُ إِنَّهُ شَهْرٌ يَنْسَخُ لمِلَكِ اْلمَوْتِ مَنْ يَقْبِضُ ، فَأُحِبُّ أَنْ لَا يَنْسَخَ اسْمِيْ إِلَّا وَأَناَ صَائِمٌ.

 

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha … dia bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah! Mengapa saya melihat engkau paling banyak berpuasa di bulan Syaaban?” Beliau pun menjawab, ‘Ya ‘Aisyah! Sesungguhnya dia adalah bulan yang mana Malaikat Maut mencatat (nama-nama) orang yang akan dicabut (nyawanya), dan saya senang jika dicatat namaku dalam keadaaan saya sedang berpuasa (Awal dari hadith tersebut adalah hadith yang sahih diriwayatkan oleh ImamBukhari dan Muslim. Adapun tambahan hadith yang diberi bold, maka tambahan tersebut munkar, sebagaimana dikatakan oleh Abu Hatim Ar-Razi dalam ‘Ilalul-Hadith no. 737)

 

 

4.       Puasa Nisfu Syaaban

 

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ

 

Dari Ali bin Abu Thalib, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila malam nisfu Sya’ban (pertengahan bulan Sya’ban), maka solatlah di malam harinya dan berpuasalah di siang harinya. Sesungguhnya Allah turun ke langit bumi pada saat itu ketika matahari terbenam, kemudian Dia berfirman: “Adakah orang yang meminta ampun kepada-Ku, maka Aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku akan memberinya rezeki? Adakah orang yang mendapat cubaan maka Aku akan menyembuhkannya? Adakah yang begini, dan adakah yang begini…hingga terbit fajar (HR. Ibnu Majah no. 1388, dhaif menurut al-Mizzi dalam Tahdzib al-Kamal 21/79, al-Aini menilai sanadnya dhaif dalam Umdatul Qari 11/117, dhaif jiddan dan sanadnya palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2132).

 

 

5.       Keutamaan malam Nisfu Syaaban

 

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا , فَيَغْفِرُ لأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ

 

Sesungguhnya Allah turun pada malam pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia dan mengampuni lebih dari jumlah bulu kambing suku Kalb (HR. Tirmidzi no. 739, Ibnu Majah no. 1389, Ahmad no. 26018, daripada Aisyah ra, dhaif menurut Imam Bukhari, Imam  Tirmidzi dan Syeikh al-Albani).

 

Suku Kalb dulu terkenal memiliki banyak kambing peliharaan, sehingga mereka terkenal di negeri Arab. Penyebutan banyak hamba-hamba yang akan diampuni pada malam tersebut benar dan terdapat pada hadith yang sahih, yang diingkari pada hadith ini adalah jumlah khusus yang disebutkan.

 

 

خَمْسُ لَيالٍ لا تُرَدُّ فِيهِنَّ الدَّعْوَةُ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبانَ وَلَيْلَةُ الجُمُعَةِ وَلَيْلَةُ الفِطْرِ وَلَيْلَةُ النَّحْرِ

 

Ada lima malam yang doa tidak akan ditolak pada malam-malam itu, iaitu: malam pertama di bulan Rejab, malam pertengahan di bulan Syaaban, malam Jumaat, malam (idul) fitri dan malam sembelihan (idul-adha) (HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 10/408, Ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 2975, terdapat perawi pendusta menurut Ibnu Asakir iaitu Bundar bin Umar al-Ruyani, palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1452).

 

Yang diingkari dalam hadith ini dan berikutnya adalah penyebutan amalan khusus yang dikhususkan pada malam tersebut.

 

مَنْ قَرَأَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ أَلْفَ مَرَّةٍ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد, بَعَثَ اللهُ إِلَيْه مِئَةَ أَلْفِ مَلَكٍ يُبَشِّرُوْنَه

 

Barang siapa yang membaca di malam pertengahan di bulan Syaaban seribu kali ‘Qul Huwallahu Ahad’, maka Allah akan mengutus kepadanya seratus ribu malaikat untuk memberi khabar gembira kepadanya (Disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 5/271, palsu menurut Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 78).

 

 

يَا عَلِيُّ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ مِئَةَ رَكْعَةٍ بِأَلْفِ: قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد, قَضَى اللهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ الَّليْلَة

 

Ya ‘Ali! Barang siapa yang solat di malam pertengahan di bulan Syaaban sebanyak seratus rakaat dengan membaca seribu ‘Qul Huwallahu Ahad’, maka Allah memenuhi seluruh hajatnya yang dia minta pada malam itu (Disebutkan oleh as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah hal. 50, palsu menurut Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 78).

 

 

مَنْ أَحْيَا لَيْلَتَيْ الِعيْدِ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْب

 

Barang siapa yang menghidupkan dua malam, iaitu: malam id dan malam pertengahan di bulan Syaaban, maka hatinya tidak akan mati, dimana hati-hati manusia banyak yang mati (Disebutkan oleh Ibnu Jauzi dalam al-‘Ilal Mutanahiyah 2/562, daripada Kurdus bin Amru ra dan beliau menilai hadith tersebut tidak sahih, az-Zahabi menilai hadith ini munkar mursal dalam Mizanul ‘Itidal 3/308)

 

 

مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ ثَلاَثَ مِئَةِ ركْعَةٍ ( فِيْ لَفْظٍ ثِنْتَيْ عَشَرَ رَكْعَةً ) يَقْرَأُ فِيْ كُلِّ رَكْعَةٍ ثَلَاثِيْنَ مَرَّةٍ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد شُفِّعَ فِيْ عَشْرَةٍ قَدْ اسْتَوْجَبُوْا النَّار.

 

Barang siapa yang solat di malam pertengahan di bulan Syaaban sebanyak tiga ratus rakaat, (di dalam riwayat lain dua belas rakaat), dan dia membaca pada setiap rakaat tiga puluh kali ‘Qul Huwallah Ahad’, maka dia akan boleh memberi syafaat untuk sepuluh orang yang dipastikan masuk ke dalam neraka (Disebutkan oleh Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 78, palsu menurut Ibnu Qayyim).

 

مَنْ أَحْيَا الليَالِيْ الخَمْس ؛ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّة: لَيْلَةَ التَّرْوِيَةِ، وَلَيْلَةَ عَرَفَةَ، وَلَيْلَةَ النَّحْرِ، وَلَيْلَةَ الْفِطْرِ، وَلَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ

 

Barangsiapa yang menghidupkan lima malam maka dia akan masuk syurga, iaitu: malam tarwiyah (9 Zulhijjah), malam ‘Arafah, malam idul-adha, malam idul-fitri dan malam pertengahan di bulan Syaaban (HR. Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 43/93, al-Asbahani dalam al-Qawam as-Sunnah seperti disebutkan dalam al-Targhib wa al-Tarhib al-Mundziri 2/158 dan beliau menilainya dhaif, daripada Muadz bin Jabal ra, al-Dimyathi menilai sanadnya parah dalam al-Mutjir Rabih no. 138, palsu menurut syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib no. 667).

 

إِذَا كَانَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ نَادَى مُنَادٍ : هَلْ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرُ لَهُ? هَلْ مِنْ سَائِلٍ فَأُعْطِيَهُ? فَلَا يَسْأَلُ أَحَدٌ شَيْئًا إِلَّا أُعْطِيَ إِلَّا زَاِنيَة بِفَرْجِهَا أَوْ مُشْرِك .

 

Pada malam pertengahan di bulan Syaaban seorang pemanggil menyeru, “Adakah orang yang meminta ampun, maka aku akan mengampuninya? Adakah orang yang meminta, maka aku akan mengabulkannya? Tidak ada seorang pun yang meminta kecuali saya akan mengabulkannya kecuali penzina dan orang musyrik (HR. al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3555, dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 653)

 

Yang diingkari dalam hadith ini adalah penyebutan lafaz penzina, kerana terdapat lafaz yang sahih yang tidak diampuni pada malam tersebut adalah orang musyrik dan musyahin (orang yang memilki permusuhan dengan saudara seiman)

 

 

6.       Doa diberkati di bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan

 

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

 

Ya Allah! Berkahilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 3939, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya’ 6/269, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 3815, daripada Anas bin Malik ra, sanadnya dhaif menurut at-Thabarani, al-Baihaqi, Imam Nawawi dalam al-Azkar no. 245. Ibnu Hajar menilai hadith ini dhaif dalam Tabyin al-Ajib no. 19, begitu juga as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 6660 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 4395).

 

7.       Amal diangkat

 

أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

 

Usamah bin Zaid dia berkata; Aku bertanya; “Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di bulan Sya’ban?” Beliau bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya; -ia bulan yang berada- di antara bulan Rejab dan Ramadhan, iaitu bulan yang disana berisikan berbagai amal, perbuatan diangkat kepada Rabb semesta alam, aku senang amalku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR. an-Nasaie no. 2317, Ahmad no. 21753 hasan menurut Syeikh al-Albani).

 

8.       Banyak puasa bulan Syaaban

 

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ: وَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ قَطُّ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ فِي شَهْرٍ أَكْثَرَ مِنْهُ صِيَامًا فِي شَعْبَانَ

 

Dari Aisyah ra berkata: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan puasa satu bulan penuh kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat beliau lebih banyak berpuasa sunnah melebihi (puasa sunah) di bulan Syaaban.” (HR. Bukhari no. 1969 dan Muslim no. 1156)

 

9.       Puasa Syaban Terbaik Setelah Ramadhan

 

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

 

Dari Anas dia berkata, Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadlan, Nabi SAW menjawab: “Bulan Sya’ban untuk memuliakan Ramadlan, ” Beliau ditanya lagi, lalu Shadaqah apa yang paling utama? Beliau menjawab: “Sedeqah di bulan Ramadlan.” (HR. Tirmidizi no. 599, hadith gharib menurut Imam Tirmidzi, dhaif menurut al-Iraqi  sepertimana disebutkan oleh al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 3/70).

 

10.   Mengganti puasa

 

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا تَقُولُ كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلَّا فِي شَعْبَانَ قَالَ يَحْيَى الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 

Telah menceritakan kepada kami [Ahmad bin Yunus] telah menceritakan kepada kami [Zuhair] telah menceritakan kepada kami [Yahya] dari [Abu Salamah] berkata; Aku mendengar [‘Aisyah radliallahu ‘anha] berkata: “Aku berhutang puasa Ramadhan dan aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Syaaban“. Yahya berkata: “Kerana dia sibuk atau bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam “. (HR. Bukhari no. 1814, Muslim no. 1933, Abu Daud no. 2047, Tirmidzi no. 714, Nasaie no. 2280, Ibnu Majah no. 1659, Malik no. 600, Ahmad no. 23781).

 

11.   Allah mengampunkan dosa makhluk*

 

 

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ لَيلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِهِ إِلاَّ مُشْرِكٌ أَوْ مَشَاحِنٌ

 

Allah melihat kepada makhlukNya pada malam Nisfu (pertengahan) Syaaban lalu mengampuni seluruh makhlukNya, kecuali orang musyrik dan orang yang bertikai (HR. Ibnu Abi Ashim dalam al-Sunnah no. 512, Ibnu Hibban no. 5665 at-Thabarani dalam MU’jam al-Kabir no. 215, daripada Muadz bin Jabal ra. Sahih dari seluruh jalannya menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1144).

 

Hadith di atas adalah satu-satunya hadith sahih [*] yang menunjukkan keutamaan malam Nisfu Syaaban. Dan hal ini berlaku bagi mereka yang mempunyai kebiasaan beribadah pada malam hari yang bertepatan dengan malam Nisfu Syaaban. Ini BUKANLAH bererti bahawa diizinkan untuk melakukan ibadah-ibadah khusus yang tidak pernah dilakukan pada hari-hari lainnya, sebagaimana kebiasaan sebahagian manusia yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban secara khusus.

 

Catatan [*]:

Kebanyakan para ulama menganggap bahawa tidak ada satu hadith pun yang sahih berkaitan dengan keutamaan Nisfu Syaaban. Di antara mereka yang menganggap seperti itu, Al-Hafiz Ibnu Dihyah, Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, Al-Qurthubi, Jamalauddin Al-Qasimi, Syaikh Ibnu Baz, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin dan lain-lainnya. Dan sebahagian penulis di masa ini ada yang tidak menyetujui Syeikh Al-Albani dalam mensahihkan hadith di atas.

 

Tidak pernah dinukil dari Nabi dan para shahabatnya ada yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban secara khusus dengan melaksanakan solat malam dengan melebihkan malam-malam lainnya, apalagi melakukan ritual-ritual khusus yang sama sekali tidak ada tuntunannya dalam agama kita.

 

12.   Larangan puasa setelah pertengahan Syaaban

 

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا حتى يكون رمضان

 

Jika Syaaban sudah sampai pertengahan, janganlah kalian berpuasa hingga datang Ramadhan (HR. Tirmidzi no. 738, Abu Daud no. 2337, Ahmad no. 9414 dari Abu Hurairah ra. Dhaif menurut Imam Ahmad, Ibnu Mahadi, Abu Zur’ah dan disahihkan oleh at-Tirmidzi).

 

Jumhur ulama tidak mengamalkan hadith ini kerana bertentangan dengan hadith-hadith sahih lain yang menunjukkan disyariatkannya puasa. Larangan untuk berpuasa sebelum Ramadhan yang benar adalah satu-dua hari sebelum Ramadhan, sebagaimana dalam hadith Bukhari no. 1914 dan Muslim no. 1082 dari jalan Abu Salamah bin Abdirrahman dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasallam bersabda:

 

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا رجلاً كان له صوم فليصمه

 

Jangan kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa satu-dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang memang sudah biasa berpuasa (sunnah) maka silakan berpuasa

 

hadith ini menunjukkan bolehnya puasa pada hari-hari setelah pertengahan bulan Syaaban. Sebagaimana juga ditunjukkan dalam hadith, bahawa Nabi Shalallahu’alaihi Wasallam:

 

كان يصومُ شعبانَ إلا قليلًا

 

Biasanya beliau berpuasa di bulan Syaaban hampir di seluruh harinya, kecuali hanya beberapa hari saja beliau tidak berpuasa (HR. Bukhari no. 1969, Muslim no. 1156)

 

Rujukan

 

https://nasihatsahabat.com/beberapa-hadith-shohih-seputar-syaban/

 

https://muslim.or.id/21644-mengenal-hadith-hadith-lemah-seputar-bulan-syaban.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...