Thursday, 2 June 2022

Hadith palsu hati menjadi keras jika tidak berkumpul dengan ulama lebih 40 hari

 

Matan hadith

 

يَا عَلِيُّ، إِذَا مَضَى عَلَى الْمُؤْمِنِ أَرْبَعُوْنَ صَبَاحًا وَلَمْ يُجَالِسِ الْعُلَمَاءَ قَسَى قَلْبُهُ وَجَسُرَ عَلَى الْكَبَائِرِ لِأَنَّ الْعِلْمَ حَيَاةُ الْقَلْبِ

 

Terjemahan

 

Wahai Ali, jika melampaui 40 hari seorang Mukmin tidak berkumpul dengan ulama (seperti tidak mahu bergandingan dengan ulama, mendengarkan nasihat ulama, datang ke pengajian atau majlis ilmu  para ulama) maka jadi keras hatinya dan berani untuk melakukan dosa-dosa besar. Karena sesungguhnya ilmu itu adalah kehidupan hati.

 

Takhrij

 

Hadith Palsu (https://www.dorar.net/fake-hadith/486, Fatwa Lajnah Daimah 4/462-463)

 

Hadith palsu menurut as-Saghani dalam al-Dar al-Multaqath (Maudhuat) no. 49

 

Al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa hal. 2/384 beliau mengatakan:

 

وقال بعض المحققين إن وصايا علي المصدرة بيا كلها موضوعة إلا قوله عليه الصلاة والسلام يا علي أنت مني بمنـزلة هارون من موسى إلا أنه لا نبي بعدي.

 

Berkata para ulamak yang telah membuat kajian: “Sesungguhnya wasiat Saidina Ali (ringkasan nama hadith wasiat Nabi kepada Saidina Ali) yang dimulakan dengan “Ya” ( “Ya Ali”: yang bererti “wahai Ali”) semuanya adalah palsu kecuali sabdaan baginda: “Wahai Ali, perumpamaan aku denganmu samalah seperti Nabi Musa dan Nabi Harun, namun tiada lagi Nabi selepasku”.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...