Matan hadith
حق الزوج على الزوجة الا تمنعه نفسها ولو كان على ظهر قتب وان لا تصوم يوما
واحدا الا باذنه الا لفريضة فان فعلت اثمت ولم يتقبل منها وان لا تعطى من بيتها
شيئا الا باذنه فان فعلت كا ن له الاجر وعليها الوزن والا تخرح من بيته الا باذنه
فان فعلت لعنها الله وملئكة الغضب حتى تتوب اوترجع وان كان ظالما.
Terjemahan
Hak suami terhadap isterinya
adalah tidak menghalangi permintaan suaminya sekalipun sedang di atas punggung
unta; tidak berpuasa walaupun sehari tanpa seizinnya, kecuali puasa wajib. Jika
ia berbuat demikian, ia berdosa dan tidak diterima puasanya. Ia tidak boleh
memberi sesuatu dari rumahnya kecuali dengan izin (suaminya). Jika ia memberi
maka pahalanya bagi suaminya, dan dosanya untuk dirinya sendiri. Ia tak keluar
dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya. Jika ia berbuat demikian maka Allah
akan melaknatnya dan para malaikat memarahinya sampai taubat dan pulang kembali
sekalipun suaminya itu zalim.
Takhrij
HR. Abu Daud at-Thayalisi dalam
Musnadnya no. 2063, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya 4/303, Ibnu Hibban dalam
al-Majruhin 2/239, daripada Ibnu Umar ra.
Dhaif menurut az-Zahabi dalam
Mizanul 'Itidal 3/421 kerana terdapat kritikan pada perawi bernama al-Laits bin
Abi Salim.
Ibnu Hajar menyebutkan hal yang
sama dalam al-Mathalib al-A'liyah 2/194.
Hadithnya (al-Laits) ditinggalkan
oleh Yahya al-Qatthan, Ibnu Mahdi, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main (al-Majruhin
2/239).
Dhaif menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3515.
Sanadnya dhaif menurut Syeikh
al-Arnauth dalam Takhrij Siyar A'lam an-Nubala 6/184.
No comments:
Post a Comment