Ada penjelasan dalam Al-Qur’an bahawa
penduduk syurga akan mengingat kehidupan yang pernah mereka alami dunia ini.
Sebagaimana yang terdapat dalam surat At-Thur.
Allah berfirman,
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ * قَالُوا إِنَّا
كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا
عَذَابَ السَّمُومِ * إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ إِنَّهُ هُوَ
الْبَرُّ الرَّحِيمُ
Penduduk syurga itu saling
berhadap-hadapan satu sama lain seraya bertegur sapa. Mereka berkata,
“Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa
takut (akan azab). Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan memelihara kami
dari azab neraka. Sesungguhnya kami menyembah-Nya sejak dahulu. Dialah Yang
Maha Melimpahkan Kebaikan, Maha Penyayang.”
(QS. At-Thur: 25-28).
Mereka juga ingat orang-orang
jahat yang mencuba membuat ragu orang beriman serta mengajak mereka kepada
kekafiran.
Allah berfirman dalam surat
As-Shaffat,
فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ * قَالَ قَائِلٌ
مِنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ * يَقُولُ أَإِنَّكَ لَمِنَ الْمُصَدِّقِينَ *
أَإِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَدِينُونَ
Penduduk syurga itu saling
berhadap-hadapan satu sama lain sambil bercakap-cakap. Berkatalah salah seorang
di antara mereka, “Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) pernah mempunyai seorang
teman yang berkata, “Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang
membenarkan (hari berbangkit)? Apabila kita telah mati dan telah menjadi tanah
dan tulang-belulang, apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi
pembalasan?” (QS. As-Shaffat : 50 -53).
Mereka teringat cubaan dan
kesengsaraan yang pernah mereka alami di dunia ini. Baik cubaan yang berkenaan
dengan diri mereka, anak-anak, keluarga dan harta mereka.
Kemudian mereka akan berkata
dengan penuh sukacita,
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَن
“Segala puji bagi Allah yang
telah menghilangkan kesedihan dari kami.” (QS. Fathir : 34).
Mereka juga diingatkan tentang
kenangan di dunia, saat mereka melihat buah yang menyerupai buah yang biasa
mereka makan di dunia, namun ukuran dan rasanya berbeda.
Allah berfirman,
كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي
رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا
Setiap kali mereka diberi rezeki
buah-buahan dari syurga, mereka berkata, “Inilah rezeki yang diberikan kepada
kami dahulu di dunia.” Mereka diberi (buah-buahan) yang serupa. (QS. Al-Baqarah
: 25).
Mereka juga akan mengingat doa
yang pernah mereka panjatkan di saat-saat susah. Saat mereka menengadahkan
tangan ke langit, memohon agar amal-amal mereka diterima, diberi taufik untuk
beramal shalih dan dimasukkan ke dalam barisan orang-orang yang mendapatkan syurga.
Allah berfirman,
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ * قَالُوا إِنَّا
كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ * فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا
عَذَابَ السَّمُومِ * إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ إِنَّهُ هُوَ
الْبَرُّ الرَّحِيمُ
Dan sebahagian mereka
berhadap-hadapan satu sama lain saling bertegur sapa. Mereka berkata,
“Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa
takut (akan diazab). Maka Allah memberikan kurnia kepada kami dan menjaga kami
dari azab neraka. Sesungguhnya kami menyembah-Nya ketika di dunia dahulu.
Dialah Yang Maha Melimpahkan
Kebaikan, Maha Penyayang.” (QS. At-Thur: 25-28)
Adapun mengenai masalah, penduduk
syurga menginginkan kenikmatan dunia, maka sesungguhnya mereka kelak akan
menginginkan sesuatu yang lebih baik dari itu. Kerana penduduk syurga yang darjatnya
paling rendah, akan mendapatkan sepuluh kali lipat kenikmatan dunia.
Abdullah bin Mas’ud berkata,
“Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda,
إِنِّي لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ
الْجَنَّةِ دُخُولًا الْجَنَّةَ
رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ
وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ
أَنَّهَا مَلاَى
فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى
فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ
قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ
يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ
الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ
لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِي أَوْ
أَتَضْحَكُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ
يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً
Sesungguhnya aku tahu siapa orang
yang paling terakhir dikeluarkan dari neraka dan paling terakhir masuk ke syurga.
Iaitu seorang laki-laki yang
keluar dari neraka dengan merangkak. Kemudian Allah berfirman kepadanya,
“Pergilah engkau, masuklah engkau ke syurga.”
Ia pun mendatangi syurga. Tetapi
ia membayangkan bahawa syurga itu telah penuh. Ia kembali dan berkata, “Wahai
Rabbku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya telah penuh.”
Allah berfirman kepadanya,
“Pergilah kamu dan masuklah syurga.”
Ia pun mendatangi syurga. Tetapi
ia masih membayangkan bahawa syurga sudah penuh.
Kemudian ia kembali dan berkata,
“Wahai Rabbku, aku mendatangi syurga tetapi sepertinya sudah penuh.”
Allah berfirman kepadanya,
“Pergilah kamu dan masuklah syurga. Untukmu syurga seperti dunia dan sepuluh
kali lipat darinya.” Atau “Untukmu syurga seperti sepuluh kali lipat kenikmatan
dunia.”
Orang tersebut berkata, “Apakah
Engkau mengejek atau menertawakanku duhai Tuhanku. Sedangkan Engkau adalah
pemilik semesta alam?”
Ibnu Mas’ud berkata, “Aku melihat
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tertawa sampai tampak gigi geraham
beliau.
Kemudian beliau bersabda, “Itulah
penghuni syurga yang paling rendah darjatnya.”
(HR. Muslim no. 272)
Apa saja yang diinginkan oleh
penduduk syurga, dapat mereka dapatkan.
Sebagaimana yang Allah khabarkan,
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ وَأَنْتُمْ
فِيهَا خَالِدُونَ
Di dalam syurga itu terdapat
segala yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu
kekal di dalamnya. (QS. Az-Zukhruf : 71).
Sejumlah hadith menjelaskan, bahawa
penduduk syurga berhasrat untuk memiliki anak dan bercucuk tanam. Semua itu
dapat mereka raih tanpa perlu menunggu.
Dari Abu Hurairah
radhiyallahu’anhu, bahawa suatu hari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suatu
hari menyampaikan hadith sedang di sisinya ada seorang arab badui,
أَنَّ رَجُلا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ اسْتَأْذَنَ رَبَّهُ فِي الزَّرْعِ (
وهذا إخبار عن المستقبل بصيغة الماضي لبيان أنّ الوقوع متحقّق ) فَقَالَ لَهُ
أَوَلَسْتَ فِيمَا شِئْتَ قَالَ بَلَى وَلَكِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَزْرَعَ
فَأَسْرَعَ وَبَذَرَ فَتَبَادَرَ الطَّرْفَ ( أي سبق لمح البصر ) نَبَاتُهُ
وَاسْتِوَاؤُهُ وَاسْتِحْصَادُهُ وَتَكْوِيرُهُ أَمْثَالَ الْجِبَالِ فَيَقُولُ
اللَّهُ تَعَالَى دُونَكَ يَا ابْنَ آدَمَ فَإِنَّهُ لا يُشْبِعُكَ شَيْءٌ فَقَالَ
الاَعْرَابِيُّ يَا رَسُولَ اللَّهِ لا تَجِدُ هَذَا إِلا قُرَشِيًّا أَوْ
أَنْصَارِيًّا فَإِنَّهُمْ أَصْحَابُ زَرْعٍ فَأَمَّا نَحْنُ فَلَسْنَا
بِأَصْحَابِ زَرْعٍ فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Ada seorang penduduk syurga
meminta izin Tuhannya untuk bercucuk tanam (Khabar ini berkaitan dengan masa
depan, untuk menjelaskan bahawa hal seperti ini akan terjadi). Allah berujar,
“Bukankah kamu sudah mendapatkan semua yang kau inginkan ?!” Orang tersebut
menjawab, “Iya, namun aku ingin bertani.”
Orang itu kemudian bergegas
menabur benih. Tak lama kemudian tunas benih itu pun tumbuh dengan cepatnya.
(Melebihi cepatnya kerdipan mata). Juga masa penanamnannya. Sehingga ia dapat
mendapatkan hasil tanaman sebesar gunung. Allah berfirman kepadanya, “Silahkan
ambil hai Anak adam. Kamu ini memang tak pernah puas.. “
Orang arab badui tadi berkata,
“Ya Rasulullah, kalau demikian, tidak akan anda temui orang seperti ini kecuali
dari Quraisy atau kaum Ansar. Sebab mereka hobi bercucuk tanam. Adapun kami,
tidak suka bercucuk tanam. ” Rasulullahpun tertawa. (HR. Bukhari no. 6965).
Ibnu Hajar mengatakan, “Dari
hadith ini ada pelajaran, bahawa apa pun keinginan duniawi yang diinginkan, di syurga
dapat tercapai.” (Fathul Bari)
Dari Abu Sa’id al-Khudri beliau
mengatakan, “Rasulullah shallallahualaihiwasallam bersabda,
الْمُؤْمِنُ إِذَا اشْتَهَى الْوَلَدَ فِي الْجَنَّةِ كَانَ حَمْلُهُ
وَوَضْعُهُ وَسِنُّهُ فِي سَاعَةٍ كَمَا يَشْتَهِي
“Seorang mukmin apabila
menginginkan anak di syurga, maka masa kandungan, menyusui, dan tumbuh pada
usia yang diinginkan, berlalu hanya dalam sekejap, seperti sekejapnya keinginan
itu muncul.” (HR. Tirmidzi no. 2487. Abu Isa mengatakan,” Hadith ini Hasan
Gharib, termaktub dalam Sahih Al-Jami’ no. 6649).
Kita memohon, semoga Allah
menjadikan kita di antara penduduk syurga, dengan keberkahan dan rahmat-Nya.
Wallahuta’ala a’lam.
Rujukan
https://konsultasisyariah.com/29702-penduduk-syurga-ingat-kehidupan-dunia.html
Fatwa Soaljawab Islam no. 1141
No comments:
Post a Comment