Thursday, 21 July 2022

Hadith-hadith enggan berselawat ke atas Nabi saw saat nama Baginda disebut

 

Pertama

 

dicatat sebagai orang yang celaka.

 

مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ فقد شقي

 

orang yang ketika namaku disebut di sampingnya, kemudian ia tidak mahu membaca selawat kepadaku, maka ia telah celaka (HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 3871, Ibnu Sunni no. 381, daripada Jabir ra, dhaif menurut at-Thabarani, sanadnya dhaif menurut an-Nawawi dalam al-Azkar, as-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ no. 213, as-Syaukani dalam Fathul Rabbani 21/5842, dhaif menurutsyeikh al_Albani dalam Dhaif Jami’ no. 5585).

 

Juga berdasarkan hadith riwayat Imam Tirmidzi no. 3545 dari Abu Hurairah, dia berkata bahawa Nabi Saw bersabda;

 

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

 

Celaka seseorang yang namaku disebut di sisinya namun ia tak mahu berselawat kepadaku

 

Imam Tirmidzi mengatakan hadith tersebut gharib dari jalur tersebut.

 

Hadith ini disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam al-Irwaul Ghalil no. 6 dan Syeikh al-Arnauth dalam takrhij Riyadhusshalihin no. 1400.

 

Kedua

 

dicatat sebagai orang paling kedekut

 

البَخِيلُ الَّذِي مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

 

Orang yang siat kedekut adalah orang yang ketika namaku disebut di sampingnya, ia tidak mahu membaca selawat kepadaku.(HR. Tirmidizi no. 3546, Ahmad no. 1736, an-Naisaie dalam Sunan Kubra no. 8100, daripada Hassan bin Ali ra, hasan sahih gharib menurut Imam Tirmidizi, sahih menurut Syeikh al-Albani).

 

 

Ketiga

 

salah jalan menuju syurga.

 

مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَخَطِئَ الصَّلَاةَ عَلَيَّ؛ خَطِئَ طَرِيقَ الْجَنَّةِ

 

Barangsiapa yang aku disebut di sisinya lalu luput ia tak berselawat kepadaku maka ia telah salah jalan ke syurga (HR. ad-Daulabi dalam al-Zuriyayul Thahirah no. 155, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 2887, daripapada Hasan bin Ali ra. Ibnu Qayyim berkata dalam Jala’al-Afham no. 166, hadith ini terdapat kecacatan dan mursal. Hasan dengan syawahid menurut al-Saghani dalam al-Tanwir Syarah Jamius Saghir 10/ 223, Syeikh al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Sahih Targhib no. 1681).

 

 

Keempat

 

dicatat sebagai orang yang keras hatinya.

 

مِنَ الْجَفَاءِ أَنْ أُذْكَرَ عِنْدَ الرَّجُلِ فَلَا يُصَلِّي عَلَيَّ

 

Termasuk kasar hatinya adalah ketika aku disebut di sisi seseorang lalu ia tidak berselawat kepadaku (HR. Abdurrazzaq dalam Musannafnya no. 3121, dariada Qatadah ra. Ibnu Qayyim berkata dalam Jala’ ul Afham no. 552, hadith ini mursal dan mempunyai syawahid, hadith mursal tapi perawinya tsiqah menurut Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Futuhat Rabbaniyah 3/325 dan anak muridnya as-Sakhawi dalam Qaulul Badi’ no. 215. didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 5687).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...