Thursday, 21 July 2022

Hadith bercakap setelah kematian

 

Sanad dan Matan hadith

 

عن جعفر بن محمد بن رباح الأشجعي: حدثني أبي عن عبيدة عن عبد الملك بن عُميرعن ربعي بن خِراش قال

 كنا أربع إخوة وكان الربيع أخونا أكثرنا صلاة وأكثرنا صياما " في الهواجر وأنه توفي فبينا نحن حوله وقد بعثنا من يبتاع لنا كفنا إذ كشف الثوب عن وجهه فقال: السلام عليكم، فقال القوم:

وعليكم السلام يا أخا بني عبس أبعد الموت؟ قال: نعم إني لقيت ربي عز وجل بعدكم فلقيت ربا غير غضبان واستقبلني بروح وريحان وإستبرق، ألا وإن أبا القاسم - صلى الله عليه [وآله] وسلم ينتظر الصلاة علي فعجلوني ولا تؤخروني، ثم كان بمنزلة حصاة رمى بها في طست فنمى الحديث إلى عائشة - رضي الله عنها - فقالت: أما إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وآله يقول: يتكلم رجل من أمتي بعد الموت

 

 

Terjemahan

 

Adiknya yang bernama Rib’i bin Hirasy bercerita: Kami adalah empat bersaudara. Saudaraku Rabi’ adalah orang yang paling banyak puasa dan solat di antara kami di Hawajir. Dia telah meninggal dunia terlebih dahulu. Saat ia meninggal, kami berada di dekatnya, sedangkan ia dalam keadaan terbaring dengan sehelai kain penutup di wajahnya. Kami mengutus salah seorang untuk membeli kain kafan. Tiba-tiba ia menyingkap kain yang di wajahnya lalu mengatakan, “Assalamu’alaikum.” Kami semua menjawab, “Wa’alaikumsalam. Benarkah kamu telah mati? Mungkinkah orang mati boleh hidup lagi?” Ia menjawab, “Ya, aku telah berjumpa dengan tuhanku setelah berpisah dengan kalian. Dia tidak marah padaku. Dia menyambutku dengan aroma wangi dan membawa pakaian dari Istabraq. Ketahuilah bahawa Rasulullah telah menungguku. Beliau ingin segera menyolatiku. Maka cepatkanlah pengurusan jenazahku.” Kejadian itu kemudian diceritakan kepada Aisyah RA. Beliau berkomentar, “Benar apa yang ia alami itu. Sungguh saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Akan ada seorang laki-laki dari umatku yang berbicara setelah kematiannya.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Nua'im dalam Hilyatul Auliya no. 6250 dan Dalail Nubuwahnya no. 520, Siyar A'lam an-Nubala 4/361-362, daripada Aisyah ra.

 

Hadith ini tidak sahih (https://islamarchive.cc/H_540581). Kerana Jaafar bin Muhammad bin Rabah) dan ayahnya majhul.

 

Dilemahkan juga oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar ‘Alam an-Nubala 4/361

 

Juga, diriwayatkan oleh Ibnu Abi Duniya dalam kitab Man Ash Ba'dal Maut hal. 19 no. 11, al-Baihaqi dalam Dalail Nubuwah 7/340 no. 2783 daripada Aisyah ra. :

 

حَدَّثَنَا سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ نَافِعٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْغَطَفَانِيُّ ، وَحَفْصُ بْنُ يَزِيدَ ، قَالا : بَلَغَنَا " أَنَّ ابْنَ حِرَاشٍ

 

Hadith tersebut juga dhaif kerana terdapat dua kecacatan dalam sanadnya, terdapat perawi yang majhul hal, Hafs bin Yazid & Ali Bin Ubaidullah al-Ghatfani dan perawi yang dhaif, Khalid bin Nafi' (al-Jarh wa Ta'dil no. 2062).

 

Juga ditemukan sanad lain dalam Man Ash Ba'dal Maut no. 9, Dalail Nubuwah al-Baihaqi, 6/454, Thabaqat Ibnu Sa’ad 6/150

 

Al-Baihaqi mengatakan sanadnya sahih

 

Kesimpulannya hadith tersebut munkar marfu’ menurut Syeikh al-Albani dalam Sisilah Hadith Dhaif no. 6673.

 

Rujukan

 

https://amrkhaled.net/Story/1039999

 

https://www.al-amen.com/vb/showthread.php?t=9692

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 227945

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...