Thursday, 21 July 2022

Kisah Imam Syafie tidak solat subuh di Masjid Imam Abu Hanifah

 

Imam Syafie pernah tidak melakukan qunut saat melaksanakan shalat Subuh di Masjid Agung Abu Hanifah yang terletak di dekat makam Imam Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit atau yang dikenal Imam Hanafi. Ia memang sengaja melakukan hal tersebut, tidak dalam keadaan lupa.

 

Thaha Jabir Fayyadl al-Alwani menceritakan dalam kitabnya yang berjudul Adabul Ikhtilaf fil Islam (Pimpinan Mahkamah Syar’iyah dan Urusan Agama, Qatar, hal. 119), bahawa Imam Syafi’i ditanya perihal alasannya tidak berqunut. Beliau menjawab:

 

اُخَالِفُهُ وَ اَنَا فِيْ حُضْرَتِهِ

 

“(Bagaimana) aku mempertentangkannya, sementara aku berada di hadapannya.”

 

Ia pun kembali menyampaikan alasannya kenapa tidak berqunut.

 

رُبَمَا انْحَدَرْنَا اِلَى مَذْهَبِ اَهْلِ الْعِرَاقِ

 

“Terkadang, kami mengikuti mazhabnya penduduk Iraq.”

 

 

لِاَنَّ الْاِمَامَ اَبَا حَنِيْفَةَ لَا يَقُوْلُ بنَدْبِ الْقُنُوْتِ فِيْ صَلَاةِ الصُّبْحِ فَتَرَكْتُهُ تَأَدُّبًا مَعَهُ

 

“Kerana Imam Hanafi tidak menyebut qunut sebagai suatu sunnah pada solat Subuh, maka saya meninggalkannya kerana menjaga adab kepadanya.”

 

Takhrij

 

Kisah ini banyak disebutkan dalam kitab-kitab fiqh dan sumber asalnya ditemukan dalam Hujjatullah al-Balighah 1/270 oleh Syah ad-Dehlawi, tanpa sanad. (at-Thanawi dalam al-Qaida Ulumul Hadits; https://majles.alukah.net/t35363/)

 

Kisah ini tidak sahih. Alasannya:

 

1.       Kisah ini tidak dapat disahkan kerana dinukilkan daripada “sebahagian kitab sejarah” secara mubham dan tanpa sanad.

2.       Matannya ganjil kerana Imam al-Syafie dikatakan solat subuh di sisi makam Imam Abu Hanifah, sedangkan beliau dalam al-Umm 1/278 mengatakan, “dan aku membenci masjid dibina di atas kubur dan ia diratakan, solat di atasnya dalam keadaan tidak diratakan, atau solat menghadapnya.”

3.       Kemudian, selaku ulama yang tergolong dalam aliran ahli hadith, Imam al-Syafie tidak sampai ke tahap itu untuk mengangkat dan memuliakan imam aliran ahl al-ra’y, Imam Abu Ḥanifah. Imam al-Syafie bahkan mempunyai beberapa kata-kata yang merendah-rendahkan Imam Abu Hanifah dan mazhabnya.

 

Contohnya:

 

Pertama, “Abu Hanifah mengadakan awal masalah secara silap, kemudian menqiyaskan keseluruhan kitab di atasnya.”

 

Kedua, “aku membaca kitab-kitab murid-murid Abu Hanifah dan mendapati di dalamnya ada 130 helai kertas. Aku mengira 80 helai daripadanya menyalahi al-Quran dan sunnah.”

 

Kedua-dua kata-kata ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam Adab al-Syafie wa Manaqibuhu dengan sanad yang sahih.

 

Tidak dinafikan terdapat kata-kata yang baik diucapkan oleh Imam al-Syafie kepada Imam Abu Hanifah dan murid-muridnya, namun jika digandingkan dan dibandingkan dengan kata-kata seperti yang dinukilkan tadi, sukar diterima akal bahawa beliau sigup meninggalkan amalan yang dianggap oleh beliau sebagai sunnah Rasulullah semata-mata kerana memuliakan Imam Abu Hanifah.

 

Rujukan

 

https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2019/08/imam-syafie-tidak-qunut-ketika-solat.html?m=1

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 146279

 

https://kisahmuslim.com/2510-imam-syafii-rahimahullah-ngalap-berkah-di-kuburan-imam-abu-hanifah-rahimahullah.html

 

https://al-maktaba.org/book/31888/13660

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...