Thursday, 21 July 2022

Kisah Umar al-Khattab dengan ibu bapa derhaka

 

Matan kisah

 

 

( جاء رجل إلى عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – يشكو إليه عقوق ابنه ، فأحضر عمر الولد وابنه وأنّبه على عقوقه لأبيه ، ونسيانه لحقوقه ، فقال الولد : يا أمير المؤمنين أليس للولد حقوق على أبيه ؟ قال : بلى ، قال : فما هي يا أمير المؤمنين ؟ قال عمر : أن ينتقي أمه ، ويحسن أسمه ، ويعلمه الكتاب ( أي القرآن ) ، قال الولد : يا أمير المؤمنين إن أبي لم يفعل شيئاً من ذلك ، أما أمي فإنها ونجية كانت لمجوسي ، وقد سماني جُعلاً ( أي خنفساء ) ، ولم يعلمني من الكتاب حرفاً واحداً

فالتفت عمر إلى الرجل وقال له : جئت إلي تشكو عقوق ابنك ، وقد عققته قبل أن يعقك ، وأسأت إليه قبل أن يسيء إليك ؟!

 

 

Terjemahan

 

Pernah pada satu ketika, di zaman Saidina Umar menjadi khalifah, seorang ayah datang mengadukan perihal anaknya yang derhaka.”

 

“Umar kemudian memanggil anak yang dikatakan derhaka tersebut lalu memarahinya kerana derhaka.”

“Anak itu kemudian bertanya kepada Saidina Umar pula.”

 

“Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak itu mempunyai hak yang patut dia dapat dari ayahnya?”

“Lalu Umar menjawab, “Ya””

 

“Anak ‘derhaka’ itu kemudiannya bertanya lagi, “lalu apakah hak-hak tersebut?”

“Umar menjawab, pertama, memilih wanita yang solehah sebagai ibunya, kemudian, memberikan nama yang baik dan mengajarkan anak membaca Al Quran.”

 

“Jawab si anak, “sesungguhnya ayah saya tidak melakukan yang demikian, ibu saya adalah seorang hamba hitam dan dulunya isteri kepada seorang penyembah api, kemudian dia telah menamakan saya Jaklan (lipas) dan dia tidak pernah mengajarkan saya satu huruf pun daripada Al Quran.”

 

“Mendengar jawapan anak itu, maka Umar lalu berkata, “sebenarnya engkaulah yang terlebih dahulu derhaka kepada anakmu itu, engkau telah merosakkannya sebelum dia merosakkan dirimu

 

Takhrij

 

Diriwayatkan oleh as-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 130 tanpa sanad

 

Kisah ini tiada asal (https://majles.alukah.net/t188696/; https://www.consuhadeth.com/questions/3936)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...