Matan hadith
ليس صغير بصغير مع الإصرار، وليست كبيرة بكبيرة مع الاستغفار، طوبى لمن وجد
في كتابه يوم القيامة استغفار كثيرا.
Terjemahan
Dosa yang kecil tidak dikira
kecil sekiranya dilakukan secara berterusan, manakala dosa yang besar tidaklah
dikira besar selama mana diiringi istighfar. Beruntunglah bagi sesiapa yang
terdapat di dalam catatan amalannya pada hari kiamat istighfar yang banyak.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Musnad
as-Syamiyyin no. 3606, Ibn Syahin dalam al-Targhib fi Fadhail Amal no. 187 dan al-Qadhaie
dslsm Musnad Syihab no. 1190. daripada Abu Hurairah ra.
Hadith palsu menurut Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5551.
Ia juga dinilai palsu oleh Syeikh
MAsyhur bin Hasan Salman dalam Silsilah Hadith Dhaifah wal Maudu’ah Mujarradah
an al-Takhrij no. 7807
Juga terdapat hadith lain yang
hampir semakna dengan hadith di atas, dari Aisyah ra:
لا كبيرة بكبيرة مع الاستغفار ولا صغيرة بصغير مع الاصرار
Tidak dianggap dosa besar itu
kekal dosa besar jika disertai dengan istighfar, tidak ada dosa kecil kekal
kecil melainkan dilakukan berterusan
Dhaif menurut as-Suyuthi dalam
Jamius Saghier no. 7951 dan diikuti oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami’ no.
5127 .
As-Shana’ni dalam al-Tanwir 9/432
menyebutkan hadith ini mempunyai syawahid
Dan Ibnu Abbas ra:
لَا كَبِيْرَةَ مَعَ الْإِسْتِغْفَارِ وَلَا صَغِيْرَةَ مَعَ الْإِصْرَارِ
Tidak bererti dosa itu besar, jika disertai dengan istighfar. Dan dosa
itu tidak boleh dianggap kecil, apabila dikerjakan secara terus menerus (HR.
Ibnu Abi Duniya dalam al-Taubah,al-Qadhaie dalam Musnad Syihab no. 853,
al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7268)
Hadith munkar menurut az-Zahabi dalam Mizan al-‘Itidal 4/537, dan Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4810.
Kerana perawi Bisyr bin Abdul Warits matruk dan Abu Syaibah al-Khurasani
menurut Imam Bukhari hadithnya tidak boleh ditulis (al-Kafi al-Syaf no. 57)
Ada juga perkataan sahabat
seperti atsar dari Anas ra sepertimana diriwayatkan oelh ad-Dailami dalam
Musnadnya dengan sanad yang bagus:
عَن أنس قَوْله: لَا صَغِيرَة مَعَ الْإِصْرَار
Tidak ada dosa kecil melainkan dilakukan berterusan
No comments:
Post a Comment