Friday 23 September 2022

Hadith meminta tolong kepada makhluk

 

 

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

 

إنَّ للهِ ملائكةً في الأرضِ سِوى الحَفَظةِ يكتُبون ما يسقُطُ مِن وَرِقِ الشَّجَرِ فإذا أصاب أحدُكم عَرْجةً بأرضٍ فَلاةٍ فليُنادِ أعينوا عبادَ اللهِ

 

Sesungguhnya Allah memiliki malaikat di bumi selain Hafadzah yang menulis daun-daun yang jatuh dari pohonnya. Jika kalian ditimpa kesulitan di suatu daerah (bumi) yang tidak ada seseorang yang kau kenal,  maka hendaklah mengatakan: Tolonglah aku, wahai para hamba Allah

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 4922, daripada Ibnu Abbas ra

 

Al-Bazzar sendiri mengisyaratkan kelemahan hadith ini kerana gharibnya sanad tersebut.

 

al-Haithami mengatakan: Perawi-perawinya terpercaya (Majma Zawaid 10/1350)

 

Hadith ini dinilai gharib jiddan akan tetapi sanadnya hasan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Futuhat Rabbaniyah 5/151.

 

Hadith ini jika sahih sekalipun, ia cuma perkataan Ibnu Abbas sahaja bukan Nabi saw, sepertimana diterangkan oleh al-Baihaqi dalam al-Adab hal. 269 dan yang dirajihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif  2/112.

 

 

2.

 

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عُمَرَ بْنِ شَقِيقٍ ، حَدَّثَنَا مَعْرُوفُ بْنُ حَسَّانَ ، عَنْ سَعِيدٍ ، عَنْ قَتَادَةَ ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ ، أَنَّهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا انْفَلَتَتْ دَابَّةُ أَحَدِكُمْ بِأَرْضٍ فَلاةٍ فَلْيُنَادِ : يَا عِبَادَ اللَّهِ احْبِسُوا ! يَا عَبَّادَ اللَّهِ احْبِسُوا ! فَإِنَّ لِلَّهِ حَاضِرًا فِي الأَرْضِ سَيَحْبِسُهُ ” .

 

Telah berkata kepada kami Hasan bin Umar bin Syaqiq, berkata kepada kami Ma’ruf bin Hasan, dari Sa’id, dari Qatadah, dari Ibnu Buraidah, dari Abdullah bin Mas’ud berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila terlepas binatangnya salah seorang di antara kalian di tanah lapang, maka hendaknya dia menyeru : “Wahai hamba-hamba Allah tahanlah, wahai hamba-hamba Allah tahanlah” kerana sesungguhnya Allah memiliki hamba yang akan hadir yang akan menahannya.

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 5269, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 10/10518 dan Ibnu As-Sunni hadith marfu’, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa-al-Lailah no. 508, daripada Ibnu Mas’ud ra.

 

Sanadnya didhaifkan oleh Al-Bushiri dalam Itahaf al-Khiyarah 6/123.

Dhaif juga menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/132 Ibnu Hajar dalam Syarah al-Azdkar 5/150 dan as-Sakhawi dalam al-Ibtihaj bi Adzkar al-Musafir wal Haaj hal. 39.

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhifah no. 655

 
3. 


إذَا أَضَلَّ أَحَدُكُمْ شَيْئًا ، أَوْ أَرَادَ أَحَدُكُمْ عَوْنًا ، وَهُوَ بِأَرْضٍ لَيْسَ بِهَا أَنِيسٌ ، فَلْيَقُلْ : يَا عِبَادَ اللَّهِ أَغِيثُونِي ، يَا عِبَادَ اللَّهِ أَغِيثُونِي ، فَإِنَّ لِلَّهِ عِبَادًا لا نَرَاهُمْ


Jika salah seorang di antara kalian kehilangan sesuatu, atau salah seorang di antara kalian memerlukan pertolongan, sedangkan ia berada di suatu tempat yang tidak ada penduduknya, maka hendaklah ia mengucapkan, 'Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku, wahai hamba-hamba Allah, tolonglah aku,' kerana sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang tidak kita lihat


Takhrij

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir 17/117, daripada ‘Utbah ibn Ghazwan ra. 


Hadith dhaif, kerana terdapat beberapa kelemahan antaranya kelemahan perawi bernama ‘Abd ar-Rahmaan ibn Shuraik ibn ‘Abdullah an-Nakha‘i al-Kufi,dia dilemahkan oleh Abu Hatim dan al-Hafiz (Jarh wa Ta'adil 5/224,Tahzibut Tahdzib 6/176); Syuraik pula menurut Ibnu Hajar shaduq akan tetapi dia berbuat salah dan ingatannya terjejas selepas dilantik menjadi qadhi di Kufah (Taqribut Tahdzib hal. 266); dan terputus sanad: Zaid bin Ali al-Hussain tidak bertemu dengan 'Utbah atau mendengar dari beliau, tempoh waktu antara kematian 'Utbah dan kelahiran Zaid adalah 60 tahun (Tahzibut Tahdzib 2/249, 4/64). Hal ini juga disebutkan oleh al-Haithami dalam Majma Zawaid 10/93

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 383.



Atsar Imam Ahmad rah

حججت خمس حجج منها ثنتين [راكبا] وثلاثة ماشيا، أو ثنتين ماشيا وثلاثة راكبا، فضللت الطريق في حجة وكنت ماشيا، فجعلت أقول: (يا عباد الله دلونا على الطريق!) فلم أزل أقول ذلك حتى وقعت على الطريق.


Aku mengerjakan haji sebanyak lima kali, dua kali dengan menunggang dan tiga kali dengan berjalan kaki – atau dua kali berjalan kaki dan tiga kali dengan menunggang – lalu aku tersesat dalam satu kali yang aku pergi dengan berjalan kaki. Aku pun berkata, ‘wahai hamba-hamba Allah, tunjuklah jalan kepada kami.’ Aku tidak henti-henti mengucapkannya sehingga aku berada di atas jalan (yang sebenar).’ 


Takhrij

AR. Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dalam Masail Imam Ahmad hal. 245; Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 5/298, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 7697

Para perawinya tsiqah


Konteks hadith


Meminta sesuatu pertolongan akan hal-hal yang mutlak milik Allah dan Dia saja yang berkuasa untuk mengurniakanNya, maka wajib minta kepada Allah, seperti mintak turun hujan, panjangkan nyawa, kurniakan rezeki dll. Jika perkara-perkara seperti ini diminta kepada makhluk, maka ia sebuah kesyirikan.


Manakala bagi meminta pertolongan atas perkara perkara yang manusia/makhluk, tidak menjadi masalah untuk memohon bantuan dari mereka dengan syarat:


-dia masih hidup

-bantuan yang diminta itu, mestilah dia juga mampu melakukannya (Majmu Fatawa 1/370).


Syaikh Al Albani membahas hadith ini secara terperinci dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 656, beliau rahimahullah berkata:


Selain kerana hadith ini dhaif, tidak ada dalam nas yang menunjukkan bolehnya meminta pertolongan kepada orang yang sudah meninggal, seperti para wali dan orang-orang soleh, kerana jelas sekali bahawa yang dimaksudkan dengan hamba-hamba Allah di sini adalah selain manusia.


Hal ini berdasarkan pada kenyataan bahawa dalam hadith-hadith di atas,  beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki (malaikat) di muka bumi yang akan mengembalikannya kepada kalian," dan dalam hadith ini beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah memiliki hamba-hamba yang tidak dapat kita lihat."


Penjelasan ini hanya berlaku untuk para malaikat atau jin, kerana mereka adalah makhluk yang tidak biasa kita lihat. ... Oleh kerana itu, tidak boleh memasukkan ke dalam golongan jin dan manusia yang mereka sebut sebagai "ahli ghaib", seperti para auliya' dan orang-orang soleh, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Memohon pertolongan kepada mereka dan meminta bantuan mereka adalah kesyirikan yang terang-terangan, kerana mereka tidak mampu mendengar doa, dan kalaupun mereka mampu mendengarnya, mereka tidak akan dapat menjawab dan mengabulkannya.


Hal ini telah disebutkan dengan jelas dalam banyak ayat, di antaranya firman Allah swt: yang ertinya:


Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui (QS. Fatir: 13-14).



Rujukan

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 132642, 181206

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...