Friday 23 September 2022

Hadith palsu alasan Nabi saw mencium mulut Hasan dan leher Husein

 

 

Teks tular

 

Dalam sebuah riwayat disebutkan, saat masih kanak-kanak, suatu hari Imam Hasan dan Imam Husain a.s. masuk ke rumah Nabi saw. Beliau saw. menyambut kedatangan kedua cucunya dengan mencium mulut suci Imam Hasan a.s. dan mencium leher Imam Husain a.s.

 

Merasa dibezakan oleh datuknya, Imam Husain a.s. menghampiri ibundanya Fatimah Zahra, lalu bertanya, “Wahai Ibu, ciumlah mulutku ini, apakah mulut ini beraroma tidak sedap sehingga, Rasulullah saw. tidak mahu menciumnya?”

 

Sayyidah Fatimah a.s. pun menuruti permintaan putera tercintanya. Beliau a.s. mencium mulut mungilnya. Ternyata aroma yang tercium dari mulut Imam Husain lebih wangi daripada misik. Lantas Sayyidah Fatimah a.s. mengajak Imam Husain menghadap Rasulullah saw.

 

Sayyidah Fatimah a.s. bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayah, mengapa ayah membuat sedih puteraku, Al-Husain?”

 

“Tentang apakah itu, apa yang terjadi?” sahut Rasulullah saw. dengan kehairanan.

 

Sayyidah Fatimah a.s. menjawab, “Mengapa tadi ayah mencium Al-Hasan di mulutnya, sedangkan mencium Al-Husain di lehernya?”

 

Mendengar pertanyaan sang puteri, Rasulullah saw. menangis. Lalu beliau saw. berkata, “Wahai puteriku, Fatimah, mengapa aku mencium Al-Hasan di mulutnya? Itu lantaran mulut tersebut akan diracuni hingga Al-Hasan syahid kerananya. Sedangkan kenapa aku mencium Al-Husain di lehernya? Hal itu kerana leher tersebut akan disembelih hingga terpisah dari badannya.”

 

Mendengar ucapan sang ayah, Sayyidah Fatimah a.s. menangis.  Lalu beliau bertanya, “Ayah, bilakah hal itu akan terjadi?”

 

Rasul menjawab, “Kelak di suatu zaman ketika aku datuknya, engkau ibunya, Ali ayahnya dan Al-Hasan abangnya telah tiada.”

 

Jawapan ini membuat tangisan Sayyidah Fatimah a.s. semakin menjadi. Lalu beliau kembali bertanya kepada sang ayah, “Wahai ayah, lantas siapakah yang akan menangisi puteraku, Al-Husain dan siapakah yang akan menghidupkan acara duka untuknya?”

 

Rasulullah  menjawab, “Puteriku Fatimah, kelak di kemudian hari, para wanita umatku akan menangisi penderitaan wanita Ahlul Baitku dan para lelaki dari umatku akan menangisi Al-Husain beserta keluarganya. Mereka akan selalu menghidupkan acara-acara duka untuknya secara turun menurun. Dan di hari kiamat kelak, engkaulah yang akan memberikan syafaat kepada para wanita itu, dan aku sendiri yang akan mensyafaati kaum lelakinya dan setiap orang yang menangis untuk putraku, Al-Husain ini, lalu kita akan menuntun tangan-tangan mereka untuk memasuki syurga.

 

Takhrij

 

Teks hadith ini banyak ditemukan dalam web syiah, antaranya :

 

https://safinah-online.com/mengapa-ayah-membuat-putraku-husain-bersedih/

 

https://www.shiachat.com/forum/topic/16617-what-did-hussain-ra-said/

 

Hadith ini palsu, palsu yang terang lagi bersuluh rekaan syiah, kerana sinonim dengan acara duka mereka mengingati hari Karbala setiap tahun.

 

Hadith peristiwa terbunuhnya Husein telah diberitakan Nabi saw

 

1.

 

حدثنا شيبان حدثنا عمارة بن زاذان حدثنا ثابت البناني عن أنس بن مالك قال : استأذن ملك القطر ربه أن يزور النبي صلى الله عليه و سلم فأذن له وكان في يوم أم سلمه فقال النبي صلى الله عليه و سلم : ( يا أم سلمه احفظي علينا الباب لا يدخل علينا أحد ) قال : فبينما هي على الباب إذ جاء الحسين بن علي فاقتحم ففتح الباب فدخل فجعل النبي صلى الله عليه و سلم يلتزمه ويقبله فقال الملك : أتحبه ؟ قال ( نعم ) قال : إن أمتك ستقتله إن شئت أريتك المكان الذي تقتله فيه قال : ( نعم ) قال : فقبض قبضة من المكان الذي قتل به فأراه فجاء سهلة أو تراب أحمر فأخذته أم سلمة فجعلته في ثوبها

قال ثابت : فكنا نقول : إنها كربلاء

 

Dari Anas bin Malik, “Malaikat hujan memohon izin dari Allah untuk mengunjungi nabi saw. lalu diizinkan.” Pada hari tersebut beliau bersama Ummu Salamah. Nabi berkata, “Wahai Ummu Salamah, jagalah pintu dan jangan biarkan seorangpun masuk.” Ketika dia (Ummu Salamah) dekat pintu, Husain bin Ali membuka pintu dan masuk ke ruangan. Kemudian nabi saw. mulai memeluk dan menciumnya. Malaikat bertanya “Apakah engkau mencintainya?” Dijawab, “Ya” Malaikat berkata: “Sesungguhnya umatmu akan membunuhnya. Jika engkau berkenan, aku akan menunjukkan tempat di mana mereka membunuhnya.” Nabi menjawab, “Ya.” Maka ia mengambil segenggam tanah dari tempat dia terbunuh dan menunjukkannya dalam bentuk sahlah atau tanah merah. Maka Ummu Salamah mengambil dan menyimpan di bajunya. Tsabit berkata, “Kami mengatakan ia berasal dari Karbala.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya 6/129 no. 3402, Ahmad no. 13563, Ibnu Hibban no. 6742, al-Baghawi dalam Mu’jam Sahabah no. 411, daripada Anas ra.

 

Hussain Salim Asad menilai hadith ini hasan.

 

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini hasan dalam Takhrij Sahih Ibnu Hibban.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dengan pengumpulan semua jalan riwayatnya dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1171.

 

 

2.

 

 

أنَّها دخلَتْ على رَسولِ اللهِ ﷺ فقالَتْ: يا رَسولَ اللهِ، إنِّي رأيْتُ حُلمًا مُنكَرًا اللَّيلةَ، قالَ: «وما هو؟» قالَتْ: إنَّه شَديدٌ، قالَ: «وما هو؟» قالَتْ: رأيْتُ كأنَّ قِطْعةً من جسَدِكَ قُطِعَتْ ووُضِعَتْ في حِجْري، فقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: «رأيْتِ خَيرًا، تلِدُ فاطِمةُ إنْ شاءَ اللهُ غُلامًا، فيَكونُ في حِجرِكِ»، فولَدَتْ فاطِمةُ الحُسينَ، فكانَ في حِجْري كما قالَ رَسولُ اللهِ ﷺ، فدخَلْتُ يومًا إلى رَسولِ اللهِ ﷺ فوضَعْتُه في حِجْرِه، ثمَّ حانَتْ منِّي الْتِفاتةٌ، فإذا عَيْنا رَسولِ اللهِ ﷺ تُهْريقانِ الدُّموعَ، قالَتْ: فقلْتُ: يا نَبيَّ اللهِ، بأبي أنتَ وأمِّي ما لكَ؟ قالَ: «أتاني جِبْريلُ عليه السَّلامُ، فأخْبَرَني أنَّ أُمَّتي ستَقتُلُ ابْني هذا»، فقلْتُ: هذا؟ فقالَ: «نعمْ، وأتاني بتُربةٍ من تُربتِه حَمْراءَ

 

Dari Ummul Fadhl binti Al-Harits Dia menemui Rasullah saw. dan berkata, “Wahai rasulullah, tadi malam saya mendapat mimpi yang kurang jelas.” Nabi berkata, “Apa itu?” Dia berkata, “Sangat sedih”. Nabi berkata “Apa itu?” Dia berkata: “Saya melihat seolah-olah bahagian dari tubuhmu terpotong dan diletakkan didadaku.” Nabi berkata “Engkau melihat hal baik. Insya Allah Fatimah akan melahirkan bayi laki-laki dan diletakkan di dadamu.” Maka Fatimah melahirkan Husain dan dia ada di dadaku seperti yang pernah Rasulullah katakan kepadaku. Maka suatu hari aku menemui Rasulullah dan meletakkan Husain di dadanya. Kemudian nabi memalingkan wajahnya ke samping dan saya melihat air mata nabi berlinang. Saya bertanya, “Wahai nabi Allah, demi ayah dan ibuku, apa yang terjadi?” Beliau saw. berkata, “Jibril mendatangiku dan mengabarkan bahawa umatku akan membunuh puteraku ini—yakni Husain—dan membawakanku sedikit tanah merah.”

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 4886, daripada Ummu Fadhl binti Harits ra.

 

Al-Hakim menilai hadith ini sahih berdasarkan syarat sahihain, tetapi az-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif.

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini sahih dengan syawahid dalam Silsilah Hadith Sahih no. 821.

 

3.

 

حدَّثني عبدُ اللهِ بنُ سعيدٍ، عن أبيهِ، عن عائشةَ، أو أمِّ سلَمةَ -قال وَكيعٌ: شكَّ هو؛ يَعني عبدَ اللهِ بنَ سعيدٍ- أنَّ النَّبيَّ ﷺ قالَ لإحداهُما: لقد دَخَلَ علَيَّ البيتَ ملَكٌ لم يَدخُلْ علَيَّ قبْلَها، فقال لي: إنَّ ابنَكَ هذا حُسيْنٌ مقتولٌ، وإن شِئتَ أَريتُكَ مِن تُربةِ الأرضِ التي يُقتَلُ بها. قال: فأَخرَجَ تُربةً حَمراءَ

 

Waki' menceritakan kepada kami, dia berkata: Abdullah bin Sa'id menceritakan kepadaku dari ayahnya, dari Aisyah atau Ummu Salamah -Waki' berkata: Dia ragu-ragu (yakni Abdullah bin Sa'id), bahawa Nabi SAW bersabda kepada salah seorang dari keduanya, "Tadi seorang

malaikat masuk rumah untuk menemuiku, padahal sebelumnya dia tidak pernah masuk lalu dia berkata kepadaku, 'Sesungguhnya cucumu (Husain) akan terbunuh, lalu engkau mahu akan ku perlihatkan kepadamu tanah tempat dia dibunuh' Perawi berkata, “Lalu malaikat tersebut mengeluarkan tanah berwarna merah”.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 26524, Fadhail as-Sahabah no. 1357, At-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 3/106, 108, daripada Ummu Salamah ra.

 

Syeikh al-Arnauth menilai hadith ini hasan dengan pengumpulan semua jalan riwayat.

 

 

4.

 

عن عبد الله بن نجي عن أبيه أنه سار مع علي وكان صاحب مطهرته فلما حاذى نينوى وهو منطلق إلى صفين فنادى علي : إصبر أبا عبد الله إصبر أبا عبد الله بشط الفرات قلت : وماذا يا أبا عبد الله ؟ قال : دخلت على النبي صلى الله عليه و سلم ذات يوم وعيناه تفيضان قال : قلت : يا نبي الله : أغضبك أحد ؟ ما شأن عينيك تفيضان ؟ قال : بل قام جبريل قبل فحدثني أن الحسين يقتل بشط الفرات  فقال : هل لك أن أشمك من تربته ؟ قال قلت : نعم قال : فمد يده فقبض قبضة من تراب فأعطانيها فلم أملك عيني أن فاضتا

 

Dari Abdullah bin Naji dari ayahnya, dia bepergian bersama Ali. Mereka tiba di Nainawa, dan dia hendak menuju Shiffin [untuk perang melawan Muawiyah]. Maka Ali berseru: “Bersabarlah, wahai Abu Abdillah! Bersabarlah Abu Abdillah di tepi sungai Eufrat!” Saya berkata, “Apa maksud ‘Wahai Abu Abdillah’?” Dia (Ali) berkata, “Suatu hari saya menemui nabi dan matanya tak henti-henti menangis (tafîdhân).” Dia (Ali) berkata, “Wahai nabi Allah, apakah seseorang membuatmu marah? Apa yang membuat matamu terus-menerus menangis?” Jawabnya, “Tidak. Jibril baru saja pergi. Dia memberitahuku bahawa Husain akan dibunuh di tepi sungai Eufrat.” Jibril berkata, “Maukah engkau mencium bagian dari tanah tersebut?” Nabi Menjawab: “Ya.” Maka ia melebarkan tangannya yang penuh dengan tanah dan aku mengambilnya. Kemudian aku tidak mampu menahan mata ini untuk menangis.

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 648, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 884 dan Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 363 daripada Ali ra.

 

Sanadnya sahih menurut pentahqiq Musnad Abu Ya’la Husain Salim Asad 1/298 no. 363.

 

Sanadnya dhaif menurut Syeikh al-Arnauth.

 

Sanadnya dhaif, tetapi mempunyai syawahid menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadiith Sahih 3/159

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...