Friday, 23 September 2022

Tatacara minum Nabi saw, minum 3 kali nafas dimulai dengan bismillah dan diakhri Alhamdulillah setiap nafas akan memelihara diri dari melakukan kemaksiatan

 

 

Telah tular para habaib mengajarkan cara minum baginda saw dengan fadhilat terhindar dari kemaksiatan:


Ulama karismatik Mesir Al-Imam Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi (1911-1998) menjelaskan cara minum yang dilakukan Rasulullah yang faedahnya dapat mencegah kemaksiatan. Berikut penjelasan Imam Sya'rawi:

 ‎إنَّك اذا ما اقبلتَ على شَربَةِ مَاء , فقَسِّمْهُ اَثلاَثًا 

"Sesungguhnya jika engkau saat akan meneguk air minum, maka bahagilah dengan tiga kali tegukan." 

‎إشْرَبْ أوّلَ جَُرعَةٍ وقُلْ بِسْمِ اللَّه، واشْرَبْهَا ! ثمَّ انْتَهِ مِنَ الجرعة و قُل الحَمدُ لِلّٰه 

"Minumlah pada tegukan pertama dan ucapkan Bismillah lalu minumlah! kemudian setelah selesai ucapkanlah Alhamdulillah."

 ‎واقتَدِ الىَ الجُرعَة الثَّانِيَة وقل بسم الله، وانْتَهِ منها وقل الحمد لله 

"Lalu ikuti pada tegukan selanjutnya dan ucapkan Bismillah, dan bila telah selesai dari tegukan kedua ini ucapkan kembali Alhamdulillah."

 ‎ثم اخْتِمْ بالثّالثَة و قل بسم الله و اختِمهَا بقولِكَ الحمد لله 

"Kemudian akhiri pada tegukan yang terakhir(ketiga) dan ucapkan Bismillah, lalu setelah kau minum ucapkan Alhamdulillah."

 ‎إِذَا أَخَذْتَ شَرْبَةَ مَاءٍ بهٰذِهِ الطَّرِيقَة الّتِي نُقِلَتْ عَنْ رَسُولِ اللهِ صلى الله عليهِ وَ سلَّم.. طَالَمَا كَانَ فِي جَوفِكَ ذٰلكَ المَاء فَلمْ تحدّثكَ ذَرّة بمَعْصِيَةِ الله 

"Jika engkau mempraktiskan saat meminum air dengan cara seperti ini (yang dinukilkan dari cara Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam), ketahuilah selama air itu ada dalam perutmu maka tak akan terjadi di tubuhmu untuk ada keinginan melakukan maksiat walau hanya sebesar biji zarah di hadapan Allah."


Ulasan

Palsu dan rekaan semata-mata, tanpa syak, kalau begitu tentulah habaib yang paling ramai alim sebab mengamalkan cara minum air cara tersebut. Tapi ironinya merekalah yang terkehadapan mencoreng arang atas wajah sunnah dengan praktis syiirik, khurafat, bidaah.

 

Maka tatacara dan kelebihan minum cara sedemikian dapat disimpulkan:

 

Tatacara minum tersebut benar – ada hadith sahih lain menyatakan demikian

 

Kelebihan minum dengan tatacara tersebut palsu - gabungkan kedua-dua matan lalu sandar kepada Nabi saw adalah satu kedustaan

 

Tatacara minum nabi beragam, ada sekali teguk, dua kali, tiga kali, ada baca bismillah alhamdulillah setiap kali teguk ada alhamdulillah hujung tegukan akhir dsb

 

حَدَّثَنَا ابْنُ رُسْتَةَ، نَا أَبُو كَامِلٍ، نَا عُلَيْلَةُ بْنُ بَدْرٍ، نَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ كَنْعَانَ أَوْ صَنْعَانَ، شَكَّ أَبُو كَامِلٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: مَا شَرِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَابًا إِلَّا تَنَفَّسَ فِيهِ ثَلَاثًا، وَقَالَ: بِاسْمِ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّه

 

 

Ibnu Umar r.a. menuturkan, "Setiap kali Rasulullah s.a.w. minum, pastilah beliau mengambil nafas sebanyak tiga kali, kemudian beliau mengucapkan basmalah dan hamdalah."

 

Ibnu Rustah menyampaikan kepada kami, 'Abu Kamil menyampaikan kepada kami, 'Ulailah ibn Badr menyampaikan kepada kami, 'Abdullah ibn Kan'an atau Shan'an - Abu Kamil ragu-ragu- menyampaikan kepada kami dari Nafi',  dari Ibnu Umar yang menuturkan......hadith di atas (Akhlak an-Nabi wa Adabuhu 3/410 no. 709)

 

Sanad hadith ini sangat dhaif kerana di dalamnya terdapat Ulailah ibn Badr yang bernama ar-Rabi' ibn Badr dan dijuluki dengan Ulailah. Dia adalah perawi matruk, sebagaimana disebutkan dalam at-Taqrib. Di samping itu juga terdapat Abdullah ibn Kan'an atau Shan'an yang majhul.

 

Hadith ini disebutkan oleh al-Haithami dalam Majma' az-Zawaid dari Ibnu Umar ra. dengan redaksi: "Nabi s.a.w. selalu mengambil nafas sebanyak tiga kali (ketika minum)," tetapi tanpa menyebutkan tambahan redaksi: "Basmalah" dan "Hamdalah".

 

Al-Haithami mengatakan, "Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bazzar, dan para perawinya tsiqah (tepercaya).

 

Redaksi meniupkan nafas sebanyak tiga kali (ketika minum)," kuat dan sahih.

 

Sedangkan redaksi: "Basmalah" dan "Hamdalah diperkuat oleh hadith yang diriwayatkan oleh at-Thabarani dalam al-Awsath dengan sanad hasan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi saw. biasa mengambil nafas sebanyak tiga kali. Ketika beliau mendekatkan gelas ke mulutnya maka beliau membaca basmalah, dan ketika beliau melepaskan gelas itu dari mulutnya maka beliau membaca hamdalah. Beliau melakukan hal itu sebanyak tiga kali."

 

Hadith ini disebutkan oleh al-Hafiz dalam Fathul Bari juz 10, no. 5631. Di penghujung hadith tersebut al-Hafiz menegaskan, "Hadith ini asalnya disebutkan dalam riwayat Ibnu Majah dan memiliki sebuah syahid (hadith penguat) iaitu hadith Ibnu Mas'ud ra. yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan at-Thabarani. Hadith ini juga diriwayatkan oleh at- Tirmidzi dari hadith Ibnu Abbas, sebagaimana dipaparkan sebelumnya dengan redaksi:

 

 "Bacalah bismillah apabila kalian minum, dan bacalah hamdalah apabila kalian melepaskan gelas"

 

 

Rujukan

https://kalam.sindonews.com/read/493940/68/cara-minum-rasulullah-cegah-kemaksiatan-yuk-amalkan-1627373264

https://www.motivasihijrahmuslim.com/2020/10/Cara-Minum-Rasulullah-Mencegah-Kemaksiatan-dan-Penyakit.html

Nota kaki, Akhlak an-Nabi wa Adabuhu karya Abu Syaikh as-Asbhahani (t), hal. 261, Tahqiq Syeikh Ishamuddin Sayyid as-Shababithi

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...