Tuesday 22 November 2022

Hadith doa semasa azan

 

Dari sahabat Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bersabda,

 

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

 

Dua doa yang tidak akan ditolak:  doa ketika azan dan doa ketika ketika turunnya hujan  

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi ‘Ashim dalam al-Jihad no. 19, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 5756; Al-Hakim no. 2534 dan ad-Darimi  no. 1200.

 

Sanad hadith ini sahih atau hasan menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/154

 

Ibn Abdul Wahhab menilai sanad hadith ini sahih dalam al-Hadith Ibn Abdul Wahhan 1/237.

 

Syaikh Al Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih Jami’ no. 3078.

 

Hadith lain:

 

Rasulullah bersabda:

 

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا

 

Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang [HR. Abu Daud no. 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nataijul Afkar 1/369, berkata: Hasan Sahih]

 

Selain dianjurkan untuk menjawab azan dengan lafaz yang sama, saat azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Doanya bebas.

 

 


No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...