Tuesday 22 November 2022

Hadith sifat wajah para penghuni syurga yang muda belia

 

 

Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA yang mana Nabi SAW bersabda:

 

يدخل أهل الجنة الجنة جرداً مرداً مكحلين أبناء ثلاثين أو ثلاث وثلاثين سنة

 

Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan Jurdan (yang tidak berbulu di badan), Murdan (yang tidak janggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak), muda remaja berusia 30 atau 33 tahun (HR. Tirmidzi no. 2545, hasan al-Albani).

 

Kata Jurdan [جُرْدًا] merupakan bentuk jamak dari ajrad [أَجْرَد] yang ertinya orang yang fizikalnya tidak berbulu. (al-Qamus hal. 347)

 

Sementara Murdan [مُرْدًا] dari kata amrad [أَمْرَد], yang ertinya pemuda yang baru tumbuh kumisnya dan belum tumbuh janggutnya. (al-Qamus hal. 407;  As-Sindi, Tahqiq Musnad Ahmad 13/316)

 

Ibnul Qayyim menjelaskan rahasia usia 33 tahun,

 

إن فيه من الحكمة ما لا يخفى فإنه أبلغ وأكمل في استيفاء اللذات، لأنه أكمل سن القوة عظم الآت اللذة وباجتماع الأمرين يكون كمال اللذة وقوتها

 

Hikmah diberi usia 33 tahun sangat jelas, kerana di usia itu merupakan puncak dan keadaan paling sempurna dalam merasakan kenikmatan. Kerana di usia itu adalah usia kekuatan yang paling sempurna, segala organ kenikmatan berkembang. Dengan gabungan dua ini, diperoleh kesempurnaan kenikmatan dan kuat dalam menikmatinya. (Hadi al-Arwah hal. 104).

 

 

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...