Thursday 19 January 2023

Atsar orang yang kegemukan mati busuk?

 

Matan atsar

 

ونظر عمر رضي الله عنه إلى رجل بادن فقال: ما هذا؟قال: بركة الله. فقال: بل سخطه، ثم قال: إياكم والبطنة فإنها ثقل في الحياة ونتن في الممات.

 

Terjemahan

 

Suatu hari Umar ra didatangi seorang lelaki berperut buncit, lalu umar berkata kepadanya sambil menyentuh perut beliau ' Apakah ini?' Dia menjawab ini adalah anugerah dari Allah, Lalu Umar menyangkal dan berkata " Jauhilah dari kebanyakan makan, kerana hal itu menjadikan beratnya hidup dan kebusukan saat kematian".

 

Takhrij

 

Atsar ini tidak sahih kerana tidak ditemukan sanad yang dapat dipertanggungjawabkan.

 

Dikeluarkan oleh al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin 4/1603 no  2488 tanpa sanad.

 

Juga ditemukan dalam kitab Muhadharat al-Adba' oleh al-Raghib al-Asbhahani 1/451, juga tanpa sanad.

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...