Thursday 19 January 2023

Hadith doa Abu Hurairah yang diaminkan Nabi saw

 

Matan hadith

 

عن محمد بن قيس بن مخرمة، قال: إن رجلاً جاء زيد بن ثابت، فسأله عن شيء، فقال له زيد: عليك بأبي هريرة؛ فإنه بينا أنا وأبو هريرة وفلان في المسجد ذات يوم ندعوا الله تعالى ونذكر ربنا؛ خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى جلس إلينا، قال: فجلس وسكتنا، فقال: عودوا للذي كنتم فيه. قال زيد: فدعوت أنا وصاحبي قبل أبي هريرة، وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يؤمن على دعائنا، قال: ثم دعا أبو هريرة فقال: اللهم! إني أسألك مثل الذي سأل صاحباي هذان، وأسألك علماً لا ينسى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: آمين، فقلنا: يا رسول الله! ونحن نسأل الله علماً لا ينسى. فقال: سبقكما بها الدوسي.

 

Terjemahan

 

Daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah berkata: Bahawa seorang lelaki telah datang menemui Zaid bin Thabit lalu beliau bertanya tentang satu perkara, Zaid pun berkata kepada lelaki itu: Kamu perlu menemui Abu Hurairah, kerana ketika aku, Abu Hurairah dan si fulan berada dalam masjid pada suatu hari, kami sedang berdoa dan berzikir kepada Allah. Rasulullah SAW pun keluar menemui kami dan baginda duduk menghadap kami, Zaid berkata: Baginda duduk lalu kami pun diam. Baginda pun bersabda: Ulangilah apa yang telah kamu lakukan tadi. Zaid berkata: Aku dan sahabatku pun berdoa sebelum Abu Hurairah, Rasulullah SAW pun mengaminkan doa kami. Zaid berkata: Kemudian Abu Hurairah pun berdoa, katanya: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu seperti yang telah diminta oleh dua sahabatku ini dan aku meminta kepada-Mu ilmu yang tidak dilupakan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Amin. Kami pun berkata: Wahai Rasulullah! Kami berdua pun mahu meminta kepada Allah ilmu yang tidak dilupakan. Jawab baginda: Al-Dawsi (Abu Hurairah) telah mendahului kamu berdua.

 

Takhrij

 

HR. al-Hakim no. 6158, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 4750, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 2/45.

 

Sanad disahihkan al-Hakim.

 

Tetapi didhaifkan oleh az-Zahabi kerana terdapat perawi dhaif, Hammad bin Syuaib.

 

Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Siyar 'Alam an-Nubala 2/616, hadith ini mempunyai penyokong dari Muhammad bin Ibrahim sebagaimana dalam Sunan Kubra oleh An-Nasaie 5/374 no. 5839.

 

Manakala, Syeikh al-Albani menilai dhaif dalam Silsilah Hadith Dhaif no.3848 dan disetujui oleh Syeikh Masyhur bin Hasan Salman dalam Takhrij Silsilah Hadith Dhaif no. 7455.

 

 

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...