Thursday 19 January 2023

Hadith fadhilat berkongsi bekas minuman

 

Matan hadith

 

من التواضع أن يشرب الرجل من سؤر أخيه، ومن شرب من سؤر أخيه رفعت له سبعون درجة، ومحيت عنه سبعون خطيئة وكتبت له سبعون حسنة 

 

 

Terjemahan

 

Antara sikap rendah diri bagi seseorang lelaki ialah dia meminum baki air minuman saudaranya dan sesiapa yang meminum baki air minuman saudaranya diangkat darjatnya sebanyak 70 darjat, dihapuskan daripadanya 70 keburukan dan ditulis baginya 70 kebaikan

 

Takhrij

 

HR. ad-Daruquthni sepertimana disebutkan oleh as-Syaukani dalam Al-Fawa’id al-Majmuʻah no. 185, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad no. 2196, al-Ismaili dalam Mu’jam Asami Syuyukh 3/753 no. 377, juga disebutkan dalam Kanzul Ummal no. 5748, Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat beliau 3/204, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Hadith ini palsu, kerana dalam sanadnya terdapat perawi pendusta dan matruk.  Nuh Ibn Abi Maryam dalam sanad tersebut adalah seorang pendusta. Perkara ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jauzi, ad-Daruquthni, az-Zahabi, as-Suyuthi (al-Maudhuat Ibnu Jauzi 3/204; Tartib Maudhuat no. 229; al-La’li al-Maudhuat 2/258).

 

Syeikh al-Albani menilai hadith ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 79.

 

Hadith tiada asal menurut Dr. al-Atar (shorturl.at/nwO35)

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...