Thursday 19 January 2023

Kisah orang nazak didatangi 4 malaikat

 Teks kisah

 

Dalam sebuah khabar disebutkan bahawa; apabila lepasnya ruh seorang hamba telah tiba masanya maka lisannya terkunci, lalu datanglah empat malaikat.

 

Malaikat pertama berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi rezekimu, aku telah mencari dari hujung timur sampai hujung barat namun aku tidak mendapatkan rezekimu sesuappun, kini ajalmu telah tiba.

 

Malaikat kedua berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku  adalah malaikat yang bertugas mengurusi minumanmu dan lain-lainnya, aku telah mencari dari hujung bumi timur sampai hujung barat namun aku tidak mendapatkan seteguk airpun untukmu, kini ajalmu tinggal sesaat lagi.

 

Malaikat ketiga berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku  adalah malaikat yang bertugas mengurusi hembusan nafasmu, aku telah mencari mulai dari hujung bumi bahagian timur sampai hujung bahagian barat namun aku tidak mendapatkan satu hembusan nafaspun untukmu.

 

Malaikat keempat berkata; Assalaamu ‘alaikum, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi usiamu, aku telah mencari mulai dari hujung bumi bahagian timur sampai hujung bumi bahagian barat namun aku tidak mendapatkan satu detikpun untukmu.

 

Lalu datanglah malaikat Kiram Al Katibin dari arah kanan dan arah kiri, dan malaikat yang berada di arah kanan berkata; Assalaamu ‘alaika, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi ‘amal baikmu. Lantas ia mengeluarkan buku catatan berwarna putih dan memperlihatkannya kepadanya seraya berkata; Lihatlah ‘amal-‘amalmu!. Begitu melihatnya dia merasa senang dan bersemangat. Lalu malaikat yang berada di arah kiri berkata; Assalaamu ‘alaika, aku adalah malaikat yang bertugas mengurusi ‘amal jelekmu. Lantas ia mengeluarkan buku catatan berwarna hitam dan memperlihatkannya kepadanya seraya berkata; Lihatlah!. Begitu melihatnya, keringatnya bercucuran dan memandang kearah kanan dan kiri kerana takut membaca buku catatannya, maka malaikat itu menjatuhkannya diatas bantal dan pergi.

 

Kemudian datanglah malaikat Maut bersama malaikat Rahmah disebelah kanannya, dan malaikat ‘azab disebelah kirinya, serta diantara mereka adalah malaikat pencabut ruh, malaikat yang menarik ruh dan malaikat yang cekatan kerjanya.

 

Setelah ruh sampai dikerongkong, malaikat Maut lantas menggenggamnya, apabila dia termasuk orang yang beruntung maka malaikat Rahmah memberi aba-aba, dan apabila dia termasuk orang yang celaka maka malaikat ‘azab memberi aba-aba.

 

Kemudian malaikat itu pergi membawa ruh tersebut kehadapan Tuhan semesta alam. Apabila dia termasuk orang yang beruntung maka Allah berfirman; Kembalikanlah ruh ini kejasadnya sehingga dia menyaksikan apa yang terjadi pada jasadnya. Maka malaikat itu pergi membawa ruh tersebut dan meletakkannya ditengah-tengah rumah, maka ruh tersebut menyaksikan orang-orang yang bersedih dan yang tidak bersedih atas kamatiannya, sementara dia tidak mampu untuk berbicara.

 

 

Takhrij

 

Dinuqil oleh Syeikh Abdul Rahim Ahmad al-Qadhi dalam Daqaiq al-Akhbar hal. 13-15, dar al-Haramain, tanpa sanad

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...