Wednesday 2 August 2023

Hadith banyak keruntuhan negara berlaku sebelum kiamat

 Matan hadith

 

ويبدأ الخراب في أطراف الأرض حتى تخرب مصر، ومصر آمنة من الخراب حتى تخرب البصرة وخراب البصرة من الغرق، وخراب مصر من جفاف النيل، وخراب مكة وخراب المدينة من الجوع، وخراب اليمن من الجراد، وخراب الأبلة من الحصار، وخراب فارس من الصعاليك، وخراب الترك من الديلم، وخراب الديلم من الأرمن، وخراب الأرمن من الخزر، وخراب الخزر من الترك، وخراب الترك من الصواعق، وخراب السند من الهند، وخراب الهند من الصين، وخراب الصين من الرمل، وخراب الحبشة من الرجفة، وخراب الزوراء من السفياني، وخراب الروحاء من الخسف وخراب العراق من القتل

 

 

Terjemahan

 

Berbagai penjuru bumi mulai runtuh hingga Mesir pun runtuh.Mesir merupakan negeri yang aman dari keruntuhan, sehingga Basrah runtuh. Keruntuhan Basrah di Iraq. Mesir runtuh kerana mengeringnya sungai Nil, Mekah dan Madinah runtuh kerana kelaparan,Yaman runtuh kerana (serangan) belalang, Aballah runtuh kerana pengepungan,Persia runtuh kerana  Sha’alik, runtuhnya Turki disebabkan Dailam,runtuhnya Dailam kerana Armenia,runtuhnya Armenia kerana bangsa khazar,runtuhnya bangsa khazar kerana Turki, runtuhnya Turki kerana Shawa’iq, runtuhnya sindh kerana India, runtuhnya India kerana China, runtuhnya China kerana Rumal, runtuhnya Habasyah kerana Rajfah, runtuhnya Zaura kerana Sufyani,runtuhnya Rauha kerana penenggelaman dan runtuhnya Irak kerana pembunuhan."

 

Setelah itu Al-Qurthubi berkata,"Hadith ini juga diriwayatkan Abu Faraj bin Jauzi. Ia berkata,'Aku mendengar bahawa runtuhnya Andalusia disebabkan kerana angin kencang yang membinasakan'."

 

Takhrij

 

HR. al-Qurthubi dalam al-Tadzkirah hal. 518, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus, juga disebutkan oleh  al-Munawi dalam Faidhul Qadir sepertimana disebutkan oleh as-Suyuthi dalam Hasanul Muhadharah fi Tarikh Mesir wal Kaherah hal. 15. Juga dinukilkan oleh  Ibnu Katsir dalam An-Nihayah fil Fitan wal Malahim 1/80-81 dan BIdayah wan Nihayah 17/59, daripada Hudzaifah al-Yamani ra.

 

Tidak sahih menurut Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah 17/59

 

As-Suyuthi menilai hadith in dhaif sepertimana disebutkan dalamSyabakah Islamiyah no. 408790

 

Tidak sahih menurut pentahqiq kitab An-Nihayah fil Fitan wal Malahim Syeikh IShamuddin ash-Shababithi

 

Dhaif jiddan menurut Ibn Irraq al-Kinani dalam Tanzih Syariah 2/351

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 408790

 

https://hadithanswers.com/an-unreliable-narration-regarding-the-destruction-of-cities-countries-before-qiyamah/

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...