Wednesday, 2 August 2023

Hadith Iblis yang pertama sekali melakukan liwat/gay

 Al-Imam Abu Al-Hasan terkenal dengan nama Al-Mawardi (w. 450 H) menyebut di dalam kitabnya yang masyhur “al-Hawi al-Kabir fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’I wa huwa Syarah Mukhtasar al-Muzani di dalam fasal (الْقَوْلُ فِي اللِّوَاطِ) berkata:

 

وَرُوِيَ عَنْهُ ﷺ : أَنَّهُ قَالَ : أَوَّلُ مَنْ لَاطَ إِبْلِيسُ ، أُهْبِطَ مِنَ الْجَنَّةِ فَرْدًا لَا زَوْجَةَ لَهُ لَا بِنَفْسِهِ فَكَانَتْ ذُرِّيَتُهُ مِنْهُ.

 

Dan diriwayatkan daripada Baginda ﷺ bahawa sesungguhnya Baginda bersabda:

 

(Makhluk) yang pertama sekali melakukan liwat adalah Iblis. Apabila ia dikeluarkan dari Syurga seorang diri, ia tidak mempunyai isteri. Lalu ia meliwat dirinya sendiri, dan ia mendapat zuriatnya daripada (perbuatan jijik) itu.”(Al-Hawi Al-Kabir, 13/222)

 

Takhrij

 

Hadith tiada asal menurut pengarang Kitab Fahisyatu 'Amalu Qaum Luth hal. 22, ia adalah riwayat Israiliyat yang tidak dapat dibenarkan  atau ditolak

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...