Monday, 11 September 2023

Hadith palsu memuliakan tetamu

 

 

1.       datangnya tetamu bersama malaikat membawa rahmat, dan keluarnya tetamu membawa keluar masalah

 

كل بيت لا يدخل فيه الضيف لا تدخله الملائكة

 

Rumah yang tidak dimasuki tamu (tidak ada tamu), maka Malaikat Rahmat tidak akan masuk ke dalamnya

 

Takhrij

 

Hadith ini tidak ditemui asal dan tidak juga ditemukan  dalam kitab hadith muktabar sunnah (https://www.dorar.net/fake-hadith?q=%D8%B2%D8%B9%D9%8A%D9%85%20%D8%A8%D9%8A%D8%AA).

 

Tetapi ditemukan dalam kitab hadith Syiah Bihar al-Anwar 72/461

 

Dr. Sadiq al-Baydani dalam laman rasminya pada soalan no. 252 berkata, hadith ini dinuqilkan oleh al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin tanpa sanad. Hadith ini tiada asal dan termasuk hadith palsu.

 

Begitu juga Syeikh Suleiman bin Abdullah Al Majid yang menilai hadith ini palsu (Fatwa Salmajed no. 22158)

 

 

 

فقال لها رسول الله هكذا دائما عندما يخرج الضيوف من بيتكِ يخرج كل البلاء والضرر والدواب من منزلكِ

 

Dan Nabi saw bersabda, seperti itulah yang terjadi. Setiap kali tamu keluar dari rumahmu, maka keluar pula segala bala, bahaya dan segala binatang yang membahayakan dari rumahmu

 

Takhrij

 

Hadith ini palsu. Tidak ditemui asal usulnya di dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 217842).

 

Dr. Khalid Abdul ‘Alim dalam laman web rasminya menyatakan perkara yang sama dan menyebutkan bahawa petanda kepalsuan hadith ini sangat jelas.

 

Begitu juga Syeikh Suleiman bin Abdullah Al Majid yang menilai hadith ini palsu (Fatwa Salmajed no. 22158)

 

2.       satu perjalanan musafir diiringi 70 ribu malaikat

 

من زار أخاه لله لا لغيره التماس موعد الله وتنجز ما عند الله وكل الله به سبعين الف ملك

 

Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, bukan kerana orang lain, kerana mencari janji Allah dan menunaikan hak Allah,  nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk menyertainya.

 

Takhrij

 

Ia bukanlah hadith, akan tetapi ia adalah ucapan imam kepercayaan Syiah, Imam Sadiq yang dinukilkan dalam Mizan al-Hikmah 2/1192 dan kitab hadith Syiah al-Kafi 2/188.

 

 

Petanda hadith palsu

 

Ketiadaan sesebuah hadith dalam kitab hadith merupakan antara bukti kepalsuan hadith tersebut.

 

Al-Shaikh Al-Mar'i bin Yusuf Al-Karmi Al-Hanbali menukilkan bahawa Imam al-Sayuti berkata:

 

وأما الآن فالعمدة على الكتب المدونة ، فمن جاء بحديث غير موجود فيها فهو رد عليه ، وإن كان من أتقى المتقين

 

Sekarang, yang dijadikan pegangan adalah kitab-kitab hadith yang telah disusun. Sesiapa yang datang dengan membawa hadith yang tidak wujud di dalam kitab-kitab hadith, maka ia tertolak walaupun yang membawanya adalah manusia paling bertaqwa (Al-Fawaid Al-Maudhu'ah hal. 69).

 

Dr. Umar Muhammad Noor pernah menulis tentang isu hadith yang tidak ditemui dalam kitab-kitab hadith. Beliau menukilkan perkataan Imam Al-Syafie:

 

“...iaitu bahawa hadith-hadith yang sahih atau terletak di antara sahih dan lemah telah dihimpun dan ditulis dalam kitab-kitab para imam ahli hadith, tidak mungkin ada yang terlepas daripada pandangan mereka semua walaupun boleh terlepas ke atas sesetengah mereka, kerana jaminan pemilik syariah (Allah) yang akan menjaganya. Maka, siapa yang meriwayatkan sebuah hadith yang tidak dijumpai di sisi mereka semua, maka tidak diterima daripadanya. Dan siapa yang meriwayatkan sesuatu hadith yang dikenal dalam kalangan ulama, maka perawinya tidak bersendirian pada hari ini. Hujah telah tertegak dengan riwayat orang selainnya … (Manaqib al-Imam al-Syafii 2/321)

 

Prof. Dr. Abul Lais Khayr Abadi dalam kitabnya Ulum al-Hadith: Asiluha Wa Muasiruha. Ketika menyebutkan tentang petanda hadith palsu, beliau menyebutkan:

 

"Apabila ulama-ulama hadith mencari hadith dengan penuh ketelitian, lalu dia tidak menemuinya di dalam kitab-kitab hadith, kitab-kitab para huffaz, muhaddisin dan para perawi hadith. Maka ini merupakan petunjuk bahawa hadith itu palsu. Ini kerana ketiadaannya di dalam kitab-kitab hadith merupakan bukti bahawa ia tidak ada asalnya. Ini adalah selepas para ulama itu melakukan pembacaan menyeluruh kepada hadith-hadith di dalam kitab-kitab hadith. Imam Al-Sayuti berkata: Adapun sekarang, maka yang menjadi pegangan adalah kitab-kitab yang bertulis. Sesiapa yang datang membawa hadith yang tidak wujud di dalamnya, maka ia tertolak (Asiluha Wa Muasiruha hal. 291-292).

 

Rujukan

 

https://youtu.be/IaGLDJWkfwc

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 271842

 

https://www.khaledabdelalim.com/home/play-8180.html

 

Salmajed.com: https://shorturl.at/lyK05

 

https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/soal-jawab-inboxtetamu-membawa-berkatada-seorang-lelaki-yang-senang-kedatangan-t/1385055278188635/

 

http://www.albidhanimga.com/post.php?post=632

 

https://www.facebook.com/photo/?fbid=2323367931087137&set=a.392380914185858

 

http://hadeeth30.blogspot.com/2017/03/blog-post_30.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...