Monday 11 September 2023

Hadith penghuni kubur gembira dengan kehadiran penziarah kubur?

 

 

Matan hadith

 

عن عائشة رضى الله تعالى عنها قالت قال رسول الله ما من رجل يزور قبر أخيه ويجلس عنده إلا استأنس به ورد عليه حتى يقوم

 

Terjemahan

 

Dari Aisyah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: “Siapa saja yang ziarah kubur saudaranya, kemudian duduk di sisi kuburnya maka menjadi tenanglah si mayat itu, dan Allah akan mengembalikan roh saudaranya yang meninggal itu untuk menemaninya sampai selesai ziarah.

 

Takhrij

 

HR. Ibn Abi Duniya dalam al-Qubur seperti mana disebutkan dalam Takhrij Ihya’  al-Iraqi 5/243.

 

Al-Iraqi berkata dalam sanadnya terdapat perawi yang majhul.

 

Muhammad Ibni Abdul Hadi dalam al-Sharimul Manki no. 366 berkata hadith ini sanadnya dhaif jiddan.

 

Tidak jauh juga jika dikatakan hadith ini palsu kerana,  terdapat perawi yang bermasalah, dhaif jiddan, malah pendusta, Abdullah bin Sam’an.

 

Kata Imam Malik: Beliau Kazzab (Pendusta).

 

Imam Ahmad: Aku pernah mendengar Ibrahim bin Sa'ad bersumpah dengan nama Allah bahawa Ibn Sam'an adalah pendusta.

 

Yahya bin Main: Beliau pendusta.

 

Al-Awzaie berkata: Dia bukanlah ahli ilmu.

 

Hisham bin 'Urwah pernah menyatakan tentang 'Abdullah bin Sam'an meriwayatkan haditg yang kononnya diambil daripada Hisham bin 'Urwah, lalu Hisham bin 'Urwah berkata: Demi Allah, aku tidak pernah meriwayatkan hadith tersebut. Dia telah berdusta ke atas aku (al-Kamil fi Dhuafa' 4/125; Tahdzibul Kamal 14/526; Jarh Wa Ta'dil 5/60)

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...