Thursday, 28 December 2023

Hadith Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik

 

Matan hadith

 

رحم الله والدا أعان ولده على بره، قالوا: كيف يا رسول الله ؟ قال: يقبل إحسانه، ويتجاوز عن إساءته.

 

 

Terjemahan

 

Semoga Allah merahmati seorang ayah yang membantu anaknya dalam berbuat baik. Para sahabat bertanya: Bagaimanakah itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Iaitu dengan menerima kebaikannya dan memaafkan keburukannya.

 

 

Takhrij

 

HR. ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no. 3216, Abu Syaikh dalam al-Tsawab sepertimana disebutkan as-Suyuthi dalam Jamius Saghir 1/431, daripada Ali ra dan

 

Tambahan matan akhir ditemukan dalam riwayat  Ibn Wahab dalam Jami'ul Ibn Wahab no. 137 daripada Atha' bin Abi Rabah ra.

 

As-Subki dalam Thabaqat Syafieyyah 6/318 menyatakan hadith ini tidak ditemui sanadnya.

 

al-Iraqi mendhaifkan hadith ini dalam Takhrij Ihya 2/272

 

Sanadnya dhaif menurut as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no. 269, begitu juga al-Ajluni dalam Kasyaful Khafa' 1/514

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1946.

 

Juga dhaif menurut Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 977.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...