Matan hadith
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّ رَجُلًا خَرَجَ، وَأَمَرَ امْرَأَتَهُ أَنْ لَا تَخْرُجَ
مِنْ بَيْتِهَا، وَكَانَ أَبُوهَا فِي أَسْفَلِ الدَّارِ، وَكَانَتْ فِي أَعْلَاهَا،
فَمَرِضَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ،
فَذَكَرَتْ لَهُ ذَلِكَ فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» فَمَاتَ أَبُوهَا، فَأَرْسَلَتْ
إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَطِيعِي زَوْجَكِ» ،
فَأَرْسَلَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ اللَّهَ
غَفَرَ لِأَبِيهَا بِطاعَتِهَا لِزَوْجِهَا»
Terjemahan
Daripada Anas bin Malik, daripada
Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa seorang lelaki keluar dan dia menyuruh
isterinya untuk tidak keluar dari rumahnya. Ibu si isteri ini berada di tingkat
bawah rumah tersebut, manakala si isteri di tingkat atasnya. Ayah si isteri ini
jatuh sakit. Wanita ini menghantar utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa
sallam lalu memberitahu baginda tentang hal itu. Baginda bersabda: Taatilah
suamimu. Lalu ayah wanita ini meninggal dunia. Dia sekali lagi menghantar
utusan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu baginda bersabda: Taatilah
suami mu. Baginda mengutus pesanan kepadanya: “Sesungguhnya Allah telah
mengampuni ayahnya kerana ketaatannya kepada suaminya”.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam al-Awsath
1/169, Ibn Abi Asamah dalam Zawaid Musnad al-Harits 1/553, Ibnu Adi dalam
al-Kamil 7/153.
Didhaifkan oleh at-Thabarani dan
Ibnu Adi.
Dhaif juga menurut al-Haithami
dalam Majma Zawaid 4/313, al-Iraqi dalam Takhrij Ihya', al-Albani dalam Irwaul
Ghalil 7/76 no. 2014.
No comments:
Post a Comment