Thursday 28 December 2023

Hadith kematian adalah istirehat bagi orang mukmin

 

Matan hadith

 

وعَنِ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ الأَنْصَارِىِّ أَنَّهُ كَانَ يُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ فَقَالَ : مُسْتَرِيحٌ ، وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ قَالَ: الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلاَدُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ  

  

Terjemahan

 

Dari Abu Qatadah bin Rib’i al-Anshari, dia menceritakan bahawa ada jenazah yang (dipikul) melewati Rasulullah saw , maka beliau bersabda, “Orang yang beristirehat, dan orang yang diistirehatkan darinya”. Mereka (para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah (maksud) orang yang beristirehat, dan orang yang diistirehatkan darinya?” Beliau menjawab, “Seorang hamba yang Mukmin beristirehat dari kepayahan dan gangguan dunia menuju rahmat Allah. Sedangkan hamba yang fajir (jahat), maka banyak manusia, bumi, pepohonan, dan binatang, beristirehat darinya”. [HR. Bukhari no. 6512]

 

Syarah

 

Ibnut Tien rahimahullah berkata, “(Yang dimaksudkan seorang Mukmin dalam hadith di atas) kemungkinan adalah khusus orang yang bertaqwa, atau semua orang Mukmin. Adapun yang dimaksudkan seorang fajir (jahat) di dalam hadith di atas kemungkinan adalah orang yang kafir, atau termasuk orang yang bermaksiat.”

 

ad-Dawudi rahimahullah berkata, “Adapun istirehatnya manusia adalah kerana kemungkaran yang dilakukan oleh orang fajir itu (telah berhenti juga-red). Jika manusia mengingkarinya, dia mengganggu mereka; namun jika mereka membiarkannya, maka mereka berdosa. Adapun istirehatnya kota (bilad) kerana kemaksiatan-kemaksiatan yang dilakukan oleh orang fajir itu (telah sirna juga-red). Kerana hal itu menyebabkan tidak turun hujan, yang berakibat kebinasaan pertanian dan peternakan”.

 

Tetapi al-Baji rahimahullah mengkritik bahagian awal dari perkataan ad-Dawudi, iaitu bahawa orang yang mendapatkan gangguannya, maka dia tidak berdosa dengan tidak mengingkarinya, jika dia telah mengingkari dengan hatinya. Atau dia mengingkari kemungkarannya dengan cara yang boleh menghindarkan dirinya dari gangguan si pelaku kejahatan. Dan kemungkinan yang dimaksudkan dengan istirehatnya manusia darinya adalah kerana kezalimannya yang menimpa manusia (telah terhenti). Sedangkan istirehatnya bumi darinya kerana perbuatannya yang merampas bumi, menghalanginya dari hak bumi, dan dia mempergunakan bumi untuk perkara yang tidak selayaknya. Sedangkan istirehatnya binatang kerana perkara yang seharusnya tidak boleh dilakukan, iaitu melelahkannya. Wallahu a’lam.” [Fathul Bari 18/354]

 

Rujukan

 

https://almanhaj.or.id/4050-kematian-lebih-baik-bagi-orang-mukmin.html

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...