Thursday 28 December 2023

Kisah palsu romantik dan adilnya Nabi saw terhadap isterinya dengan sebiji tamar/sebentuk cincin

 

 

Kisah tular

 

سَأَلَت السيِّدةُ عائشةُ النبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أكثَرُ واحدةٍ تُحبُّها بين زوجاتِك يا رسولَ الله؟ فقال لها: أنتِ يا عائشةُ، فقالت: إذاً اخرج عليهنَّ وأُخْبرهنَّ جميعَاً، فضَحِك النبيُّ وأعطاها تمرةً، وقال لها: في اللَّيلِ أَجمَعُهنَّ وأُخْبرهنَّ ولا تُخْبري أحدَاً أنِّي أعطيتُكِ تمرة، وانصرَفَ، ومرَّ على كلِّ واحدةٍ من زوجاتِه وسألَها عن أحوالِها وأعطى كلَّ واحدةٍ منهنَّ تمرةً وأخبَرَها أنْ لا تُخْبِر أحدَاً، وفي اللَّيلِ اجتَمعْنَ وسألَتْه عائشةُ: أيٌّ من زوجاتِك تُحِبُّ أكثرَ؟ فابتسمَ النبيُّ، وقال: صاحبةُ التمرةِ هي من أُحبُّها أكثرَ، فابتسمْنَ وفَرِحْنَ بداخلهنَّ، وكلُّ واحدةٍ فَرِحَت لحبِّ رسولِ الله لها؟

 

Pernah Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, siapakah diantara isteri-isterimu yang paling engkau cintai?”

Beliau menjawab, “Tentu saja dirimu wahai Aisyah.” Aisyah membalas, “Kalau begitu sampaikanlah dan katakanlah tentang hal ini pada isteri-isteri yang lain.”

 

Nabi SAW tersenyum. Sambil memberi Aisyah sebutir kurma, lalu beliau berkata, “Malam ini akan aku kumpulkan mereka dan akan aku sampaikan hal ini pada mereka, tapi ingat jangan engkau memberitahu mereka bahawa aku memberimu sebutir kurma.”

 

Nabi pun lalu mengunjungi isteri-isterinya satu persatu dan bertanya tentang keadaan dan khabar mereka. Nabi SAW memberi masing-masing dari mereka sebutir kurma seraya berpesan, “Jangan beritahu yang lain bahawa aku memberimu sebutir kurma ini.”

 

Malam itu, kala seluruh isteri-isteri Nabi berkumpul Aisyah ra bertanya, “Wahai Rasulullah , siapakah diantara kami yang paling engkau cintai?”

 

Rasulullah SAW tersenyum dan menjawab, “Tentu saja isteri yang memiliki sebutir kurma pemberianku , dialah isteri yang paling aku cintai.”

Semua isteri-isteri nabi SAW saling pandang dan tersenyum, rasa bahagia dan senang ada di dalam diri dari masing-masing mereka, kerana kecintaan Rasulullah saw terhadap mereka.

 

Takhrij

 

Tidak ditemui asal dalam mana-mana kitab hadith dan sirah muktabar. Ia menunjukkan tanda kepalsuan yang jelas.

 

Syeikh Naasan juga memberi penilaian palsu dalam laman sesawang rasmi beliau Naasam.net/ fabricated hadith no. 38

 

Malah terdapat sebahagian kisah menceritakan pemberian Nabi saw itu adalah sebentuk cincin:

 

سألت السيدة عائشة -رضي الله عنها وأرضاها- النبي: أي من زوجاتك تحب أكثر؟ فأجاب: أنت يا عائشة، فقالت: إذًا أخرج عليهن وأخبرهن جميعا، فضحك، وأعطاها خاتما، وقال لها: في الليل أجمعهن وأخبرهن، ولا تخبري أحدا أني أعطيتك خاتما. وانصرف، ومر على كل واحدة من زوجاته، وسألها عن أحوالها، وأعطى كل واحدة منهن خاتما، وأخبرها أن لا تخبر أحدا، وفي الليل اجتمعن وسألته عائشة: أي من زوجاتك تحب أكثر؟ فابتسم النبي وقال: صاحبة الخاتم، فهي من أحبها أكثر، فابتسمن وفرحن بداخلهن وكل واحدة فرحت لحب رسول الله لها 

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 208066

 

https://dorar.net/fake-hadith/941

 

https://www.naasan.net/index.php?page=YXJ0aWNsZQ==&op=ZGlzcGxheV9hcnRpY2xlX2RldGFpbHNfdQ==&article_id=MjQ2Mw==&lan=YXI=

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...