Thursday 28 December 2023

Hadith perkara yang membuat cemburu para Nabi dan Syuhada

 

Dari Umar al-Khattab ra, beliau berkata,

 

إن من عباد الله لأناسا ماهم بأنبياء ولاشهداء يغبطهم الأنبياء والشهداء يوم القيامة بمكانتهم من الله عز وجل

من هم وما أعمالهم؟ لعلنا نحبهم

قال: قوم يتحابون بروح الله عز وجل من غير أرحام بينهم ولا أموال يتعاطونها بينهم والله إن وجوههم لنور وإنهم لعلى منابر من نور لايخافون إذا حاف الناس ولايحزنون إذاحزن الناس

 

Terjemahan

 

Sungguh dari sebahagian hamba-hambaku terdapat manusia, yang mana mereka bukanlah para Nabi dan tidak para syuhada, namun membuat cemburu para Nabi dan para syuhada, sebab mereka ditempatkan sebagaimana para Nabi dan Syuhada ditempatkan oleh Allah azza wa jalla”.

Mendengar itu, seseorang bertanya kepada Umar: “

“Siapakah Mereka, dan apa amal-amal yang mereka perbuat? Agar supaya kami juga ikut mencintainnya”.

“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah azza wa jalla tanpa ada hubungan saudara, dan tidak harta yang saling mereka berikan satu sama lain. Demi Allah, sungguh pada wajah mereka terdapat cahaya, pun mereka di atas berada dalam gudang-gudang dari cahaya. Mereka tidak takut sama sekali, di saat manusia lain ketakutan, dan mereka tidak bersedih hati, di saat manusia lain bersedih”.

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 3527, Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya 1/5, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 8584

 

al-Wadi'ie berkata para perawinya adalah perawi Kitab Sahih Hadith sahih tetapi sanadnya munqathi' (Ahadith Mu'allat no. 513)

 

Sanad yang sahih satu lagi:

 

HR. Abu Ya'la dalam Musnadnya no. 6110, Ibnu Hibban dalam Sahihnya  no. 573

No comments:

Post a Comment

Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail

  Hadith kelebihan solat di dalam Hijir Ismail Matan hadith أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لأبي هريرة رضي الله عنه: " إن ...